Wednesday, August 6, 2025

IHH Media Health Hunt Challenge : Peluang Media Jelajah Kenali Lebih Dekat

Hi Korang,

Dapat mengenali IHH Healthcare Malaysia dengan lebih dekat terutama dari segi servis perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di negara ini merupakan satu peluang cukup bermakna. Satu program Media Health Hunt Challenge menghimpunkan lebih 40 pengamal media dari 20 organisasi utama tanah air telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2025.


Program sehari ini memberi peluang kepada para media untuk menerokai enam hospital swasta terkemuka di kawasan Lembah Klang di bawah IHH Healthcare. 

Antaranya seperti:-

· Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

· Hospital Pantai Ampang

· Hospital Pantai Cheras

· Hospital Pantai Klang

· Hospital Pantai Kuala Lumpur

· Pusat Perubatan Prince Court


Melihat Lebih Dekat Perbezaan IHH Healthcare


Menurut Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau IHH Healthcare Malaysia, program ini direka bagi membolehkan media merasai sendiri pengalaman perubatan unik yang ditawarkan oleh IHH.

Kami mahu media melihat sendiri bagaimana kami menyediakan penjagaan peribadi bertaraf tinggi, didorong oleh kecemerlangan klinikal dan komitmen terhadap kesejahteraan pesakit.

Beliau turut menjelaskan bahawa kesemua hospital terbabit beroperasi sebagai satu sistem yang saling berhubung dengan sistem rujukan dalaman tersusun bagi memastikan rawatan yang cepat, tepat dan berkesan.

Pengenalan Teknologi Terkini & Perkhidmatan Terbaik di Setiap Lokasi


Dr Shuba Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court Medical Centre, menyifatkan program ini sebagai satu pengalaman interaktif dan menyeronokkan. Lengkap dengan pencarian lokasi, penerokaan kepakaran klinikal dan teknologi hospital serta pertemuan bersama pasukan pakar.




Antara kemudahan dan inovasi teknologi terkini yang kita boleh dapati di IHH Healthcare

· Ambulans Motosikal Elektrik Pertama di Malaysia.

· Kolam Hidroterapi Moden & Wad Pediatrik Pintar berasaskan suara (Prince Court)

· Lounge Premier untuk Pesakit Antarabangsa (Prince Court)

· Mako SmartRobotics™ & EksoNR robotic exoskeleton (Gleneagles Kuala Lumpur)

· Makmal Kateterisasi Jantung & Kardiologi Intervensi (Pantai Klang)

· Perkhidmatan Kecemasan Jantung 24/7 & Cath Lab (Pantai Ampang)

· Rawatan Radiosurgeri Gamma Knife, Pusat Tangan & Pusat Penjagaan Payudara (Pantai Kuala Lumpur)

Komited terhadap Rawatan Menyeluruh


IHH Healthcare senyiasa bersiap sedia menawarkan kepakaran dalam bidang kanser, jantung, ortopedik dan perkhidmatan kecemasan. Begitu juga dengan kepakaran lain seperti:Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik. Bedah Saraf serta Pemulihan Perubatan.

Berprinsipkan merawat sehingga pulih, IHH healthcare sentiasa memastikan setiap pesakit mendapat rawatan berkualiti dan disokong pakar pelbagai bidang.

IHH Healthcare di Seluruh Negara


Sehingga kini HH Healthcare Malaysia telah mengendalikan 18 hospital di seluruh negara iaitu

· Hospital Gleneagles

· Hospital Island

· Hospital Pantai

· Pusat Perubatan Prince Court

· Pusat Perubatan Timberland


Menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan terbaik, kepakaran yang diyakini bersama kemudahan canggih, sekaligus menjadikan IHH Healthcare antara rangkaian hospital swasta paling dipercayai di Malaysia.


Tuesday, August 5, 2025

Yayasan MR D.I.Y. dinobatkan ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ untuk kali kedua berturut-turut di CSR Malaysia Awards 2025

Hi Korang,

Cabang amal Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, Yayasan MR D.I.Y., sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 baru-baru ini.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Yayasan MR D.I.Y. menerima gelaran ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ yang berprestij itu. Pada 2024, Yayasan tersebut telah menerima pengiktirafan untuk Semangat Komuniti Cemerlang.

Anugerah tahunan yang dianjurkan oleh CSR Malaysia di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia itu bertujuan mengiktiraf organisasi di Malaysia yang menunjukkan kepimpinan dalam memacu kemajuan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Para pemenang dinilai oleh panel hakim profesional dari sektor korporat dan sosial berdasarkan matlamat CSR yang jelas, impak yang boleh diukur, konsistensi, ketelusan, kreativiti, kebolehan pasukan dan keikhlasan pelaksanaan.

Yayasan MR D.I.Y. menerima anugerah Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025. Dato’ Seri CP Loo, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR D.I.Y. (tengah) menerima anugerah dari Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (dua dari kiri). Turut bergambar: Pengerusi CSR Malaysia, Dato’ R. Rajendran (kiri), Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y. (dua dari kanan), dan Pengerusi Bersama merangkap Ketua Pengarang CSR Malaysia, Lee Seng Chee (kanan).


Majlis anugerah tersebut telah diadakan pada 17 Julai 2025 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Anugerah ini adalah bukti dedikasi dan keprihatinan setiap anggota Yayasan MR D.I.Y. dan Kumpulan MR D.I.Y. Ia mencerminkan komitmen bersama kami untuk berkhidmat kepada komuniti dengan integriti, belas ihsan dan matlamat yang jelas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur dan panel juri CSR Malaysia Awards, serta kepada Kumpulan MR D.I.Y. atas kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami amat berbesar hati atas penghormatan ini dan akan terus menggiatkan usaha kami dalam membawa perubahan positif yang berkekalan demi masa depan yang lebih baik dan negara Malaysia yang lebih sejahtera.”

Ditubuhkan pada Jun 2023, Yayasan MR D.I.Y. menerajui inisiatif impak komuniti bagi Kumpulan MR D.I.Y. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada lebih 95,000 individu di seluruh negara. Yayasan MR D.I.Y. komited untuk terus memperluas jangkauannya serta memacu pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., layari laman web rasmi MR D.I.Y. di www.mrdiy.com atau ikuti saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.


Monday, August 4, 2025

Spark The Fun Dengan drinho® Sparkling Tea Zero Terbaharu!

Hi Korang,

Nikmati teh dengan sensasi berkabonat! drinho®, jenama minuman ikonik Malaysia yang sinonim dengan cita rasa Asia kini memperkenalkan drinho® Sparkling Tea Zero, minuman teh berkabonat tanpa kalori, gula dan pewarna di Malaysia, khusus untuk generasi muda yang mahukan kesegaran penuh gaya.


Sebagai produk pertama jenama berkenaan dalam segmen teh berkarbonat, drinho® tampil dengan dua varian unik - Salted Lemon yang menghadirkan kesegaran sitrus dengan sentuhan masin lembut, serta Rose Lychee yang memadankan keharuman bunga ros dan kemanisan leci - sesuai untuk mereka yang inginkan pilihan yang lebih ringan tanpa mengorbankan kenikmatan rasa.

“drinho® Sparkling Tea Zero dicipta untuk golongan peka kesihatan hari ini yang tetap mahukan rasa yang enak! Minuman ini segar, bebas kalori, dan sesuai dinikmati bila-bila masa, sama ada semasa dalam perjalanan, waktu makan, atau sekadar untuk ‘boost’ tenaga di tengah hari. Kami ingin membawa nafas baharu dalam segmen teh sedia diminum dengan kombinasi unik tradisi dan kelainan berkarbonat yang segar, menarik, dan pasti meningkatkan mood. Setiap tegukan bukan sekadar menyegarkan, ia pasti dapat ‘spark’kan keseronokan.” kata Cik Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran, Ace Canning Corporation.

Pelancaran ini turut menampilkan identiti visual baharu drinho®, dengan sub-jenama dan reka bentuk bungkusan yang lebih moden dan mantap, khas untuk rangkaian terbaharu ini yang selari dengan gaya dan trend hidup masa kini.


drinho® Sparkling Tea Zero kini boleh didapati di pasar raya terkemuka seperti AEON, Giant, Jaya Grocer, dan NSK dengan harga RM1.80 setin atau RM7.20 untuk pek 4 tin.

Tontoni video drinho® Sparkling Tea Zero di sini: