Tuesday, August 5, 2025

Yayasan MR D.I.Y. dinobatkan ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ untuk kali kedua berturut-turut di CSR Malaysia Awards 2025

Hi Korang,

Cabang amal Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, Yayasan MR D.I.Y., sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 baru-baru ini.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Yayasan MR D.I.Y. menerima gelaran ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ yang berprestij itu. Pada 2024, Yayasan tersebut telah menerima pengiktirafan untuk Semangat Komuniti Cemerlang.

Anugerah tahunan yang dianjurkan oleh CSR Malaysia di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia itu bertujuan mengiktiraf organisasi di Malaysia yang menunjukkan kepimpinan dalam memacu kemajuan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Para pemenang dinilai oleh panel hakim profesional dari sektor korporat dan sosial berdasarkan matlamat CSR yang jelas, impak yang boleh diukur, konsistensi, ketelusan, kreativiti, kebolehan pasukan dan keikhlasan pelaksanaan.

Yayasan MR D.I.Y. menerima anugerah Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025. Dato’ Seri CP Loo, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR D.I.Y. (tengah) menerima anugerah dari Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (dua dari kiri). Turut bergambar: Pengerusi CSR Malaysia, Dato’ R. Rajendran (kiri), Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y. (dua dari kanan), dan Pengerusi Bersama merangkap Ketua Pengarang CSR Malaysia, Lee Seng Chee (kanan).


Majlis anugerah tersebut telah diadakan pada 17 Julai 2025 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Anugerah ini adalah bukti dedikasi dan keprihatinan setiap anggota Yayasan MR D.I.Y. dan Kumpulan MR D.I.Y. Ia mencerminkan komitmen bersama kami untuk berkhidmat kepada komuniti dengan integriti, belas ihsan dan matlamat yang jelas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur dan panel juri CSR Malaysia Awards, serta kepada Kumpulan MR D.I.Y. atas kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami amat berbesar hati atas penghormatan ini dan akan terus menggiatkan usaha kami dalam membawa perubahan positif yang berkekalan demi masa depan yang lebih baik dan negara Malaysia yang lebih sejahtera.”

Ditubuhkan pada Jun 2023, Yayasan MR D.I.Y. menerajui inisiatif impak komuniti bagi Kumpulan MR D.I.Y. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada lebih 95,000 individu di seluruh negara. Yayasan MR D.I.Y. komited untuk terus memperluas jangkauannya serta memacu pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., layari laman web rasmi MR D.I.Y. di www.mrdiy.com atau ikuti saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.


Monday, August 4, 2025

Spark The Fun Dengan drinho® Sparkling Tea Zero Terbaharu!

Hi Korang,

Nikmati teh dengan sensasi berkabonat! drinho®, jenama minuman ikonik Malaysia yang sinonim dengan cita rasa Asia kini memperkenalkan drinho® Sparkling Tea Zero, minuman teh berkabonat tanpa kalori, gula dan pewarna di Malaysia, khusus untuk generasi muda yang mahukan kesegaran penuh gaya.


Sebagai produk pertama jenama berkenaan dalam segmen teh berkarbonat, drinho® tampil dengan dua varian unik - Salted Lemon yang menghadirkan kesegaran sitrus dengan sentuhan masin lembut, serta Rose Lychee yang memadankan keharuman bunga ros dan kemanisan leci - sesuai untuk mereka yang inginkan pilihan yang lebih ringan tanpa mengorbankan kenikmatan rasa.

“drinho® Sparkling Tea Zero dicipta untuk golongan peka kesihatan hari ini yang tetap mahukan rasa yang enak! Minuman ini segar, bebas kalori, dan sesuai dinikmati bila-bila masa, sama ada semasa dalam perjalanan, waktu makan, atau sekadar untuk ‘boost’ tenaga di tengah hari. Kami ingin membawa nafas baharu dalam segmen teh sedia diminum dengan kombinasi unik tradisi dan kelainan berkarbonat yang segar, menarik, dan pasti meningkatkan mood. Setiap tegukan bukan sekadar menyegarkan, ia pasti dapat ‘spark’kan keseronokan.” kata Cik Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran, Ace Canning Corporation.

Pelancaran ini turut menampilkan identiti visual baharu drinho®, dengan sub-jenama dan reka bentuk bungkusan yang lebih moden dan mantap, khas untuk rangkaian terbaharu ini yang selari dengan gaya dan trend hidup masa kini.


drinho® Sparkling Tea Zero kini boleh didapati di pasar raya terkemuka seperti AEON, Giant, Jaya Grocer, dan NSK dengan harga RM1.80 setin atau RM7.20 untuk pek 4 tin.

Tontoni video drinho® Sparkling Tea Zero di sini:



Thursday, July 31, 2025

Hafiz Suip Bangkit Buat ‘Comeback’

Hi Korang,

Agak lama penyanyi Hafiz Suip menyepikan diri dari dunia sini. Dan siapa sangka, Hafiz Suip kini kembali dan bakal mengadakan konsert solo berskala besar di ibu kota menerusi Di Sebalik Aku: Hafiz Suip. Konsert ini bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada November 2025 dinawah penganjuran SAH Entertainment.



Ianya bukanlah sekadar persembahan muzik biasa.. Imi kerana ianya menjanjikan pengalaman emosional yang menyentuh hati.

Kisah perjalanan hidup Hafiz, termasuk perjuangannya menempuh pelbagai cabaran peribadi dan tekanan hidup, yang membentuk kekuatannya hari ini.

Pengalaman Hidup Menjadikan Hafiz Kuat


Selepas 16 tahun berada dalam industri seni tanah air, Hafiz kini tampil lebih matang bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai individu yang bangkit daripada kejatuhan untuk terus memberi inspirasi menerusi muzik.


Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, konsert ini membawa nilai yang cukup mendalam dan istimewa kerana ia menandakan satu titik perubahan dalam karier Hafiz.

“Ini adalah konsert pertama Hafiz Suip di Kuala Lumpur, dan ia sangat istimewa buat kami. Ia bukan sekadar tentang muzik, tapi sebuah kisah peribadi yang diangkat ke pentas menjadi inspirasi untuk semua” katanya. Dalam pada itu, Sufi memberitahu penganjuran konsert ini merupakan satu ruang penting buat Hafiz untuk kembali aktif dalam dunia seni selepas melalui detik-detik sukar dalam kehidupan peribadinya.

Konsert ini menjadi satu sumber rezeki besar dan motivasi untuk Hafiz bekerja lebih keras. Muzik adalah perkara yang sangat dekat di hatinya. Ini adalah medan untuk dia menyalurkan semula semangat dan cintanya terhadap nyanyian.

Jika dilihat dari segi katalog lagu, Hafiz memiliki jumlah lagu hit yang sangat banyak pada usia muda berbanding ramai penyanyi lain. Setiap lagu mempunyai makna tersendiri dan dekat dengan peminat,

Jom Dapatkan Tiket Konsert


Malah, penganjur turut memberi perhatian khusus terhadap harga tiket agar ia mampu diakses oleh lebih ramai peminat.

Pihak management akan memastikan harga tiket adalah antara yang paling berpatutan di pasaran, lebih-lebih lagi untuk kategori VVIP. Ini sebagai penghargaan kepada peminat yang setia menyokong Hafiz sejak awal pembabitannya dalam industri.


Harga tiket konsert “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip” adalah seperti berikut:

RM188 – Matahari
RM288 – Ku Akui
RM388 – Ombak Rindu
RM488 – Takdir Tercipta
RM588 – Awan Nano
RM788 – Bahagiamu Deritaku

Jualan tiket pra-tempahan (pre-sale) akan dibuka pada 29 Julai, jam 10 pagi, manakala jualan umum bermula pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.

Tiket konsert boleh dibeli melalui laman sesawang Ticketmelon.

Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena untuk menyaksikan konsert ini yang bakal menggabungkan elemen muzik, naratif kehidupan serta persembahan vokal luar biasa daripada juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu.

Pada konsert kali ini juga, Hafiz akan turut menampilkan penyanyi jemputan istimewa, Namun buat masa ini, identitinya masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada penonton.