Monday, November 18, 2024

Perasmian Butik Kecantikan Mewah Di Pulau Pinang Oleh BMF x SVENSON, Butik Konsep Untuk Kulit, Badan Rambut Dan Sebagainya

Hi Korang,

BMF The Aesthetics People, yang dahulunya dikenali sebagai Bella Marie France, dan Svenson, peneraju global dalam kecantikan dan trikologi, telah merasmikan sebuah stor konsep terbesar dan paling mewah di Gurney Plaza, Pulau Pinang.


Usahasama yang berinovasi ini menggabungkan dua peneraju industri di bawah satu bumbung untuk mencipta destinasi sehenti bagi pembaharuan kulit yang maju, pengurusan badan dan pelangsingan, penjagaan rambut holistik, serta terapi kecantikan yang komprehensif-sesuai untuk pemanjaan diri seharian.


Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi ini telah disempurnakan oleh Puan Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif Marie France Bodyline Sdn. Bhd., dan dihadiri oleh Chef Selebriti Penyanyi Malaysia yang juga pelanggan setia BMF x Svenson, Dato' Ahmad Fadzli Yaakob, atau lebih dikenali sebagai Dato' Fazley Yaakob, yang telah berkongsi perjalanan peribadinya sendiri bersama jenama ini.



Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan yang dipercayai di Malaysia, BMF telah menjadi peneraju dalam bidang estetik, kulit, pelangsingan dan penyelesaian kesejahteraan, dikenali kerana mempertingkatkan kecantikan semula jadi dengan teknologi maju dan penjagaan yang dipersonalisasi. Svenson, yang ditubuhkan secara global dalam trikologi sejak tahun 1956, membawa lebih daripada 60 tahun kepakaran perintis dalam penjagaan rambut dan kulit kepala. BMF x Svenson komited untuk menyediakan penjagaan holistik yang menggabungkan kecantikan, kesejahteraan, dan inovasi dari hujung rambut hingga hujung kaki di bawah satu bumbung.



Terletak di pusat membeli-belah paling berprestij di Pulau Pinang, BMF x Svenson dibuka semula dengan perkhidmatan kecantikan dan penjagaan rambut terkini sebagai salah satu pusat kecantikan perintis untuk komuniti tempatan dan para pelancong yang berkembang pesat:

• Keselesaan Serba Mewah 
Nikmati relaksasi yang unggul dan keselesaan terbaik sementara pakar kami merawat semua keperluan kecantikan anda.

• Reka Bentuk Mewah Maden
Reka bentuk kedai ini berkonsepkan kemewahan moden, dengan bilik rawatan yang luas serta kemudahan terkini yang menawarkan 15 bilik yang didedikasikan untuk kulit, badan, rambut dan sebagainya.

• Ruang Pakar Pemakanan yang Unik
Dapatkan konsultasi pemakanan yang melengkapi program pelangsingan kulit dan badan, mempromosikan kulit yang berseri, fizikal yang lebih langsing, dan peningkatan keyakinan diri.


"Kami bertujuan untuk mencipta suasana yang indah di mana pelanggan boleh memanjakan diri dengan rawatan kecantikan dan penjagaan rambut yang luar biasa sambil mengalami pengalaman inovasi terkini dalam industri, termasuk Sistem CRISTAL Pro® Sculpt, teknologi pertama di Pulau Pinang yang membawa kemajuan dalam perubatan cryolipolysis," kata Puan Amy Quek, Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF, ketika pelancaran rawatan lanjutan ini di BMF Pulau Pinang.

"Berbeza dengan mesin tradisional yang bergantung pada plat Peltier, CRISTAL Pro@ menggunakan sistem cecair penyejuk yang merangkumi seluruh cangkerang logam aplikator. lni membolehkan pengedaran penyejukan 360°, memastikan penyejukan yang konsisten dan seragam ke seluruh tisu lemak yang disasarkan," tambah beliau.



Selain itu, Dato' Fazley Yaakob pula berkongsi pengalaman yang menakjubkan: "Saya adalah pelanggan setia BMF dan sentiasa kagum dengan penjagaan serta profesionalisme pasukan di sini. Saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya sebagai yang pertama mencuba Teknologi CRISTAL Pro®, di mana saya melihat hasil yang jelas selepas hanya satu sesi. Rawatan ini dengan berkesan menyasarkan kawasan yang saya sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Terima kasih kepada pasukan BMF, dan saya harap kita semua akan merasai tahap kepuasan yang sama."

Rawatan CRISTAL Pro® bermula dengan menilai sel-sel lemak; penyejukan kemudian mengkristalkan sel-sel lemak tersebut, yang kemudian dihapuskan oleh makrofaj melalui sistem limfa. Sepanjang minggu berikutnya, tubuh secara semula jadi akan membuang sel-sel lemak mati ini, dengan penghasilan yang jelas dalam masa kurang dua bulan. 


Kawasan sasaran termasuk lengan, dagu, lipatan bra, abdomen, pinggul, mons pubis, pelana, peha, lutut, betis, dan kawasan dada untuk lelaki.



KELEBIHAN UTAMA SISTEM CRISTAL PRO® SCULPT


• KEPEKAAN DAN KUSTOMISASI
CRISTAL Pro® menawarkan parameter rawatan mengikut kesesuaian (suhu, vakum, dan masa) untuk pengurangan lemak berdasarkan keperluan setiap pesakit. Tahap kawalan ini meningkatkan hasil rawatan dan membolehkan pelarasan yang tepat untuk kawasan badan yang berbeza.

• TEKNOLOGI ULTRASONIK BERINTEGRASI
Ciri ultrasonik berintegrasi memberikan pengukuran langsung lapisan lemak, memastikan penilaian ketebalan lemak yang tepat sebelum dan semasa rawatan. lni meningkatkan keberkesanan cryofipolysis dengan membolehkan sasaran tepat pada sel-sel lemak.

• KEPELBAGAIAN JULAT SUHU
Sistem CRISTAL Pro@ mempunyai julat suhu yang boleh diubah dari 0C hingga -12°C, membolehkan pembekuan lemak yang lebih mendalam dan lebih berkesan. Fleksibiliti ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai kawasan badan dan jenis lemak.

• KESELESAAN ERGONOMIK
Aplikator CRISTAL Pro® direka dengan teknologi SOFT COMFORT, dengan bentuk morfologi yang menyesuaikan diri dengan tisu lemak untuk pengalaman rawatan yang lebih selesa.



MENGENAI BMF - THE AESTHETICS PEOPLE

BMF The Aesthetics People -- dahulunya dikenali sebagai Bella Marie France - adalah jenama perintis dalam industri estetik dan kesejahteraan, yang berdedikasi untuk meningkatkan kecantikan semula jadi dan mempromosikan kesejahteraan holistik. BMF ditubuhkan melalui penggabungan Bella Skin Care dan Marie France Bodyline, dengan penjenamaan semula sebagai Bella Marie France pada tahun 2017 dan kemudiannya sebagai BMF The Aesthetics People pada tahun 2022. Dengan 70 tahun kepakaran gabungan, BMF dengan pantas menjadi peneraju dalam industri estetik dan kesejahteraan tempatan, meningkatkan kecantikan semula jadi dengan teknologi terkini dan pengalaman pelanggan yang dipersonalisasi.

Pusat BMF terdapat di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMF, sila layari https://www.bmfmy.com.my/



Sunday, November 17, 2024

Children's Day Festival 2024 At ROYALE CHULAN SEREMBAN

Hi Everyone,

Children's Day falls on month of November of every year. 


Aligned with this, Royale Chulan Seremban Hotel will be organizing an exciting 2-day event to cater exciting activities and contests dedicated for all children. Starts from Saturday, 9" November and ends on Sunday 10" November 2024, this annual event aims to cater children with fun filled activities and engaging contests throughout the 2 day.


Bzu Bzu, known for their natural home and personal care products, will be generously distributing 2,000 door gifts to all children during the event.




A variety of contests and competitions will be held at Seri Negeri Ballroom 1, including a colouring contest, dance competition, singing competition, and fashion show. Winners in these contests have the chance to win exciting gifts valued at RM400, cash prizes by PTPTN of RM500 for each in the colouring, dance, singing, and fashion show competitions, trophies, certificates, Legoland Malaysia theme park tickets. 




The second and third-place winners will receive cash prizes of RM400 and RM300, respectively, along with trophy, certificates, prizes and two entrance tickets to Snowlim Wonderland Malaysia and gift prizes valued at RM300. Plus, no child will leave empty-handed, as all participants will receive tokens of appreciation and certificates, even if they don't win. Contest fees start from RM25 nett per child, which includes specially prepared meals for all participants.

Additionally, at the Seri Negeri Ballroom 2, the Hotel collaborate with Brick Matrix renowned for organizing major Lego competitions across Malaysia, organizing the first-ever Lego competition in Negeri Sembilan, with over 500 participants expected each day. Registration at RMS per contestant, the competition is open to all children, teens, and parents. Participants will compete for a chance to win one of 18 Lego box prizes! The Training Chess Centre Negeri Sembilan will host a chess tournament over two days in Ballroom 3. The event on November 9 is open to children up to 12 years old, while the tournament on November 10 welcomes participants of all ages, including adults. Trophies will be awarded to the winners on both days.




Throughout the two-day event, families can enjoy a variety of activities, including an inflatable castle by Kiddytopia, a magic show, batik painting treasure hunt, clown appearances with balloon sculptures, sand art, face painting, henna hand art, animal replica exhibits by PERHILITAN, and an exciting display from the Seremban fire brigade featuring a fire engine and mini fireman uniforms for children, plus batik painting activities! For young aspiring bakers, head over to Han Pi Yuen Restaurant for an exciting baking workshop led by our pastry chef.


Open to children aged 6 to 12, the workshop is priced at RM49.90 per child and includes baking utensils, an apron, a chefs hat, a recipe book, and a delicious, nutritious meal specially prepared by our team of chefs.



"The Children's Day festival is designed as a one-stop centre over these two days, offering parents and the public a chance to explore a wide range of products and services. The event will feature vendors from various sectors, including education, hobbies, and financial institutions such as PTPN, Tabung Haji, and Prudential, as well as bookstores like Popular and Sinaran. To enhance the experience, we are hosting exciting contests and competitions, ensuring memorable moments for children and their families. Personally, I believe this festival provides a unique opportunity for families to enjoy diverse experiences and for parents to exchange ideas and network effectively" state Abdul Halim, General Manager of Royale Chulan Seremban,



Adding the value to this Festival, KPJ Seremban Specialist Hospital will have a dedicated team of medical professionals on-site, offering complimentary services for both children and parents, including:

• Free Health Screenings (Blood Pressure, BMI, Glucose)

• Body Fat Analysis by a Dietitian

• Fun Hand Hygiene Assessment with the Infection Control Team

• Speech Screenings by a Speech Therapist and Hearing Screenings by an Audiologist.


Furthermore, families can look forward to a special Meet & Greet with KPJ's official mascot, Dr. Kiki, making the event even more memorable. Children will also benefit from additional complimentary check-ups, including a dental examination by Dr. Smile Dental Seremban 2 and an eye screening by Optimax Eye Specialist Seremban.

For any inquiries, please contact us via WhatsApp at 016 920 9880/011 11237160 or 06-766 6666 or email us at enquiry.rcs@royalechulan.com.

Saturday, November 16, 2024

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Hi Korang,

Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008.


Bertemakan #AyamBersamaMwu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas.

Di Klang Valley, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada 6 NGO dengan menyediakan mereka 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak.


Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.


Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat.

“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya.

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan[1] Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3.

“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.”

“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.

Laporan berita[2] baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah[3] mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.


Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka.

“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global[4] melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” Teoh menghurai lanjut.


“Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Hospital Columbia Asia.


Di Klang Valley, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor , Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.






[1] Ministry of Health Malaysia: 3 Fats: Foods which serve as good sources of Omega-3 fatty acids

[2] Bernama: Anwar urges people to be more health conscious, reduce sugar intake

[3] Harian Metro: Bantut, obesiti catat peningkatan di Malaysia

[4] BBC: One in three children short-sighted, study suggests