Saturday, March 2, 2024

Buffet Ramadan 2024 | Santapan Ummis Hijau Kasturi Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Hi Korang,

Ingin rasa air tangan bekas cef Sultan Brunei, jemputlah datang dan ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. Untuk bufet ramadan tahun ini Santapan Ummis Hijau Kasturi membawakan barisan hidangan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024. 


Bertemakan Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu terdapat lebih 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.



Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2024. 


Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan.

Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.










Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.

Memenuhi permintaan pelanggan, kuih tradisi yang sedang tular iaitu Punten juga akan berada di dalam senarai buffet . Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.

Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan.






Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori ujar Cef Hajah Norziah

Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Jadi ianya juga sesuai untuk syarikat korporat mengadakan sebarang acara di sini sepanjang bulan ramadan ini.


Harga Buffet

RM 59.90 nett untuk dewasa
RM25.00 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah*
RM25.00 nett untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas.


Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.

Untuk promosi ‘early bird’ harga RM50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024.

Pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antarai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging. Berharga RM19.90 bagi 500gm. Dari segi kualiti rasa memang memikat selera dan ke semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.

Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.


Waktu Operasi Bulan Ramadhan :

Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam



Waktu Operasi Harian :

Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang


Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. Jln Sentul Perdana, 
Sentul, 51200, Kuala Lumpur.




Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Friday, March 1, 2024

Buffet Ramadhan 2024 | ‘Citarasa Khazanah’ di : Micasa All Suite Kuala Lumpur

Hi Korang,

Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan buffet ramadan 2024, dan kali ini kak lily akan bawakan korang ke lokasi buffet ramadandi Micasa All Suite Hotel yang bertemakan ‘Citarasa Khazanah’ yang diilhamkan oleh Chef terkemuka mereka iaitu Chef Adrian dan juga teamnya.


Buffet ramadan di Micasa Hotel akan bermula pada 12 March sehingga 4 April 2024.














Nikmatilah hidangan istimewa utama Kambing Golek bersama rempah ratus dan juga pelbagai hidangan menarik, seperti Ketam Goreng, Satay Ayam dan Daging bersama kuah kacang, Tradisional Mee Kari, Cucur Udang yang rangup, Pisang Goreng. Donut Gebu, Tofu Bergedil, dan juga keaslian Kerepok Lekor Terengganu di gerai-gerai yang disediakan.

Tambahan pula, pelbagai pembuka selera selain dari salad hijau yang menyegarkan, Rojak Buah segar dan 'Ulam-Ulaman' berserta sambal klasik seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan pastinya menambah selera makan anda. 


Justeru, kepada penggemar makanan laut, korang pasti menikmati kesegaran "Lautan Seafood" dengan penuh kepuasan.







Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pencuci mulut yang lazat sebagai penutup hidangan. Nikmatilah pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional, Bubur Chacha, Bubur Pulut Jagung, Tau Fu Fah, pelbagai kek mini, dan manisan lain yang menanti anda.

"Makan Malam Citarasa Khazanah" bermula pada 12 Mac 2024 sehingga 5 April 2024 dari 6:00 petang- 10.00 malam.

Bufet Citarasa Khazanah ditawarkan pada harga RM139 nett untuk dewasa, RM95 nett untuk warga emas dan kanak-kanak pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula 21 Mac 2024 hingga 5 April 2024.

Set Citarasa Khazanah ditawarkan pada harga RM168 nett untuk 2 orang pada setiap hari Ahad hingga Rabu bermula dari 12 Mac 2024 hingga 3 April 2024.

Parking dengan kadar rata RM5 nett dan kemudahan surau juga disediakan.

Tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan pihak kami dapat menyediakan tempat duduk dan ruang yang mencukupi.

Sila hubungi talian am hotel di +603 -2179 8000 Ext: 7088 atau WhatsApp Shiso Dining Restoran di +6017 219 6126 atau emel fnbkul@micasahotel.com


*Pembelian secara kumpulan bagi pembelian 10 pax keatas, percuma 1 pax buffet untuk dewasa

Jom ke :

Shiso Dining Restaurant

MiCasa All Suite Kuala Lumpur

368 B Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur



Jadi apa tunggu lagi, jom bawa kengkawan korang ke Micasa Hotel Kuala Lumpr untuk menikmati ramadhan buffet yang menarik semasa bulan puasa nanti.

FedEx Rentas Sempadan dari Malaysia ke Singapura, Jadi Syarikat Pertama Pelopori Percubaan Penghantaran Menggunakan Kenderaan Elektrik.

Hi Korang,


FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan salah sebuah syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, akan melancarkan percubaan penghantaran rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat tersebut mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan penggunaan kaedah logistik lestari.

Tien Long Woon (kiri), Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia, menyerahkan bungkusan FedEx kepada Yusni Yahya (kanan), kurier FedEx yang akan memandu kenderaan elektrik itu sebagai sebahagian daripada percubaan penghantaran kenderaan elektrik rentas sempadan pertama syarikat itu dari Malaysia ke Singapura.

Perjalanan tersebut akan dibuat menggunakan ‘Maxus eDeliver 7’ dari Stesen FedEx di Shah Alam ke kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi di Singapura, meliputi jarak sejauh 406 kilometer. Anggaran pengurangan emisi ekzos CO2 bagi perjalanan percubaan ini adalah kira-kira 100 kilogram berbanding van pacuan diesel.

FedEx menggunakan percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi bagi kutipan dan penghantaran rentas sempadan masa depan. Maklumat yang diperolehi amat penting untuk memperbaharui operasi syarikat di masa depan, yang bukan sahaja membawa manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan kenderaan, sambil memberikan perkhidmatan efisien kepada para pelanggan.

“Usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon sepanjang dalam bisnes bermakna kami perlu berfikir secara strategik mengenai semua operasi daratan kami, bukan hanya bagi penghantaran jarak terakhir,” kata Kawal Preet, presiden, rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika di FedEx. “Percubaan rentas sempadan ini akan membuktikan konsep yang bakal membantu kami meluaskan program elektrifikasi FedEx di rantau ini, selaras dengan kemahuan para pelanggan untuk penghantaran tepat pada masanya serta lestari.”

FedEx akan menggunakan Maxus eDeliver 7 sebagai sebahagian daripada proses percubaan penghantaran menggunakan kenderaan elektrik rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura.

Percubaan ini menandakan satu mercu jaya penting bagi FedEx, dalam usahanya mencapai matlamat mentransformasikan seluruh rangkaian kenderaan kutipan dan penghantaran globalnya kepada kenderaan emisi sifar menjelang 2040. Pada Mei 2023, FedEx menambah dua EV kepada rangkaian kenderaannya di Malaysia untuk operasi kutipan dan penghantaran bungkusan di sekitar Lembah Klang.

"Usaha penghantaran rentas sempadan dengan kenderaan emisi ekzos sifar bukan sahaja satu pencapaian logistik, tetapi juga mencerminkan satu langkah mampan untuk menetapkan semula piawaian industri, kata Tien Long Woon, pengarah urusan FedEx Express Malaysia. “FedEx komited untuk mempelopori inovasi dan memanfaatkan teknologi yang meningkatkan kecekapan operasi kami, dan juga menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lestari kepada para pelanggan di Malaysia.”

Yusni Yahya, kurier FedEx bergambar di sebelah kenderaan elektrik itu untuk memperingati percubaan penghantaran kenderaan elektrik rentas sempadan pertama syarikat dari Malaysia ke Singapura.

FedEx baru-baru ini melancarkan alat pelaporan emisi karbon berasaskan awan, FedEx® Sustainability Insights, untuk memberikan maklumat sejarah emisi kepada pelanggan di Malaysia tentang penghantaran mereka melalui rangkaian FedEx. Pelanggan FedEx boleh menggunakan data tersebut untuk membuat keputusan secara maklum tentang strategi penghantaran masa depan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang program kelestarian FedEx, boleh layari https://www.fedex.com/en-us/sustainability.html