Saturday, May 2, 2020

Platform E-Bazaar (PLATS) Memudahkan Orang Selangor Memesan Makanan Di Bulan Ramadan Ini


Hi Korang,

Dengan pademik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, Malaysia juga turut terkena tempiasnya dan kini kita di fasa ke empat perlaksanaan PKP di seluruh negara. Maknanya segala pergerakkan agak terbatas dan kita hanya di kehendaki duduk di rumah sahaja.

Bila tibanya bulan Ramadan ini, kerajaan mengambil langkah effektif  untuk tidak membenarkan bazaar Ramadan beroperasi seperti tahun-tahun sebelumnya bagi membendung tersebarnya wabak Covid-19 ini, maknanya tiada dapat kita merasai menu-menu klasik berbuka puasa seperti roti john, tepung pelita, air katira dan pelbagai lagi.

Biasa dengar bazaar online?

Untuk mereka yang kaki shopping online sudah tentu biasa dengar shopping online tapi bazaar online ermm ianya merupakan sesuatu yang baru yang kita di ketika ini. Bazaar online ini adalah lokasi jualan secara virtual di atas talian, dan terdapat pelbagai jenis bazaar yang terdapat di alam maya ini.


Sini kak lily akan kongsikan info menarik mengenai satu platform bazaar makanan sempena di bulan Ramadan ini

PLATS merupakan platform e-bazaar dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. PLATS ini adalah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini (disebabkan pandemik COVID-19)



Kiranya kalau kita kekurangan masa untuk memasak di bulan Ramadan ini ataupun teringin nak merasai menu Ramadan korang boleh ke laman web ini untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan yang terdapat di sini.

Di antara menu-menu yang boleh di dapati di dalam platform PLATS ni adalah :-

murtabak

roti jala


Menu pembuka selera seperti murtabak, roti john, roti canai, roti boom, popia, bubur lambuk, segala jenis mee berkuah.

ayam penyet

nasi kerabu

nasi ambeng

Menu hidangan utama seperti lauk-pauk, ayam percik, ayam golek, set nasi kambing, nasi beriani, nasi arab, ikan bakar, nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu, gulai kawah

Bubur Jagung

kuih - muih

onde-onde

Pemanis mulut seperti kuih muih, puding, bubur manisan, apam balik, jagung rebus.

asam boi

cendol

Minuman sejuk dan panas seperti air katira, cendol, laicikang, air balang, jus buah-buahan

PLATS menubuhkan konsep e-Kitchen yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini.

Pembelian secara terus (walk in) juga sama sekali tidak dibenarkan.

Kalau korang nak tahu yang  e-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Pada masa ini (30 April 2020), PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang, dan beberapa lokasi lain yang bakal di wujudkan tidak lama lagi.

Yang penting semua e-Kitchen ini mematuhi jarak  sosial  yang  telah  ditetapkan  oleh kerajaan  dan  amalan  kebersihan  yang  ketat sementara para peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Cara menempah makanan di PLATS

Pesanan makanan boleh dibuat bermula dari 9.00 oagi hingga 4.00 petang melalui laman web PLATS (https://www.plats.com.my/)  dan penghantaran akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam pada hari yang sama.

Kaedah pembayaran


Selepas korang memilih menu-meu yang di kehendaki boleh terus membuat bayaran di sini atau melalui aplikasi Grab online.

Kesemua tempahan makanan akan di hantar menggunakan beberapa syarikat penghantaran yang berkolaborasi dengan PLATS ini seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi yang tertera.



Lepas order, korang standby sahaja di rumah dan nantikan penghantaran korang tiba di depan pintu.

Bagi kak lily platform e-bazaar PLATS ini amat memudahkan kita untuk membeli-belah makanan di bulan ramadan ini dengan kepelbagaian menu yang yang disediakan yang mampu memenuhi keinginan tekak kita untuk berbuka puasa.

Untuk info lanjut dan tempahan korang boleh ke :

Laman web rasmi: https://www.plats.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/platformselangor/

Instagram : https://www.instagram.com/plats_my/



#PLATS 
#Selangor 
#KitaBantuKita 
#RamadanPKP 
#UsahawanSelangor
#JuadahBerbuka 
#Iftar 
#Ebazar 
#KuihMuihMelayu 
#BazarRamadan 
#PARAM
#BisnesAmalMBI 
#MBISelangor

Friday, May 1, 2020

Tips Pemakanan Sihat Dengan KENTANG A.S Di Bulan Ramadan

Hi Korang, 

Tengah buat apa sekarang tuh di bulan puasa ni kan?? 

Takkan tidur plak, cuba bawak-bawak mengemas rumah ke, beriadah bersama keluarga kann jangan asyik nak tidur je yer tak elok tuh. 

Jadi di bulan suci Ramadhan inilah masanya untuk bersolat, memenuhi waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa. 


Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur. 

~ Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi. 

~ Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. 

~ Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan. 

Kebetulan kak lily memang senantiasa standby Kentang A.S ni di rumah. 

Dengan kentang A.S. ni pelbagai menu yang kita boleh sediakan dan cara memasaknya mudah dan tidak complicated pun. 

Salah satu menu yang kak lily sediakan sambal kentang ikan bilis
 

Mudah di sediakan dan berkhasiat pula. Masak banyak-banyak pun tak pe sebab memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. 

2 resipi enak lagi sedap menggunakan Kentang A.S. 

Kita amat gembira dapat belajar dari pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail mengenai khasiat and perincian nutrient. Beliau juga sudi berkongsi 2 resepi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my

Ikuti penerangan info dari Cik Rushda Adiba Ismail / KPJ Damansara 

Dalam bulan Ramadan, berlaku perubahan waktu makan bagi semua umat Islam. Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa. 

Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut: 

· Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur. 

· Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit. 

· Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu. 

· Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain. 

Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang. 


Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan. 

Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba! 


Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes) 

Masa Penyediaan : 15 minit 
Bilangan Sajian : 3 orang 
Masa Memasak : 20 minit 

Bahan-bahan: 

· 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu 

Bahan menumis: 

· 1 batang kayu manis 

· 1 kuntum bunga lawang 

· 2-3 tangkai cengkih 

· 3 biji buah pelaga 

· ½ batang lobak merah, dipotong panjang 

· 1 biji tomato, dipotong 4 

· Bunga kobis 

· Sawi 

· 300 gram isi ayam, potong kecil 

Bahan ditumbuk atau kisar: 

· 1 inci halia 

· 3 ulas bawang merah 

· 2 ulas bawang putih 

· 3 sudu makan minyak masak 

· Secubit garam 

Cara-cara Penyediaan: 

1. Panaskan minyak dalam periuk. 

2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. 

3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk. 

4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Sedia dihidang. 


Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis 


Masa Penyediaan : 20 minit 
Bilangan Sajian : 4 orang 
Masa Memasak : 45 minit 

Bahan-bahan: 

· 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar) 

Untuk inti: 

· 15 tangkai cili kering 

· 2 biji bawang besar 

· 4 ulas bawang putih 

· 50 gram ikan bilis 

· 2 sudu makan asam jawa 

· Secubit garam/gula 

· Garam 

· Keju Mozarela 

· Brokoli potong kecil, stim 

· Minyak masak 

Cara-cara Penyediaan: 

1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk. 

2. Taburkan garam ke dalam air rebusan. 

3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk. 

Untuk inti: 

4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. 

5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing. 

6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan. 

7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula. 

8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata. 

9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah. 

10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis. 

11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi. 

12. Taburkan keju mozarela. 

13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c 

14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang. 

Nampak mudah kan!! 

Sebab itulah kak lily syorkan korang senantiasa menyimpan kentang A.S. di rumah, ianya tahan lama dan pelbagai jenis menu yang kita boleh sediakan dengan Kentang A.S ni. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kentang A.S, boleh layari laman web
www.uspotatogoodness.com.my

Selamat mencuba semuanya dan sambal ramadan..



#uspotatoes
#uspotatogoodness
#potatogoodness
#healthyramadhan
#goodnutrition

Wednesday, April 29, 2020

VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hi Korang,



Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.





Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.



Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.



Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai. 

Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini. 

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE dan AGLIO OLIO 


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 


Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. 

Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.