Saturday, March 17, 2018

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PASTRY AND CULINARY CHALLENGE 2018

Hi Korang, 


Kalau korang nak tau bahawa "Anchor Food Professionals Pastry and  Culinary Challenge 2018" ini merupakan satu pertandingan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari. 

Anchor Food Professionals (AFP - dahulunya dikenali sebagai Fonterra Foodservices) telah sekian lama membekalkan jenama produk ten usu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia. AFP juga berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan dan juga saluran HORECA, melalui inovasi produk dan penghasilan resipi. 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri ke acara akhir Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 anjuran Anchor Food Profesional di KDU Glenmarie Shah Alam. 

Untuk pengetahuan korang terdapat 3 kategori pertandingan yang ditawarkan iaitu :- 

Pastri Terbaik - Kategori Bakeri (13 Mac). Terdapat 4 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Bakeri (14 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Hotel (15 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kulinari Terbaik - Kategori Hotel (16 Mac). Terdapat 7 finalis 

Kak lily hadirkan diri di pertandingan Kek Terbaik bagi kategori Bakeri. Sekali imbas tengok hasil idea para peserta ni buat kak lily rasa teruja betul. 

masa ni juri tengah ada sesi temuramah dengan para peserta

Cabaran ini bermula dari 13 hingga 16 Mac 2018 ini telah diadili oleh chef-chef hebat antaranya seperti:- 

Kategori Pastri 
Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri) 
Chef Nazeri Ismail 
Chef Arthur Heng 

Kategori Kulinari 
Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri) 
Chef Fami Taufeq 
Chef Sabri Hassan. 

Seramai 8 peserta telah menyahut cabaran dan bertemakan buah-buahan iaitu mangga dan strawberi. Perkara wajib yang para peserta perlu gunakan adalah produk terkemuka Anchor seperti Anchor Cream Cheese, Sheet Butter Anchor, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream. 

Untuk Kategori Kek (Bakeri) setiap peserta pertandingan harus menyediakan 2 jenis kek iaitu: 

1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek 

Di mana setiap kek yang di buat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek yang dihasilkan. 

Antara kek-kek yang berjaya dihasilkan oleh peserta pertandingan pada hari tersebut.





Cantik kan!! 

Semuanya kelihatan enak, menarik dan buat kak lily telan air liur semasa mengambil gambar tau. 

Oh ya! Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori adalah seperti berikut:- 

Hadiah Pertama : RM5,000, pingat dan sijil 
Hadiah Kedua : RM3,000, pingat dan sijil 
Hadiah Ketiga : RM2,000, pingat dan sijil


Bukan mudah untuk mengadili, ini kerana semua peserta dapat memberi persembahan yang terbaik. Setelah 5 jam dan lebih masa yang telah digunakan untuk menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya 3 peserta terbaik telah dipilih dan seterusnya diumumkan sebagai pemenang. 

Pemenang bagi kategori Bakeri (Kek): 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yuan.
Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan.
Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon. 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yunn

Menurut Yong Yi Yuan, beliau sentiasa mendapat galakan untuk menyertai pertandingan daripada chef yang mengajarnya didalam bidang ini. Peserta ini datangnya dari Brunei dan telah mendapat pendidikan bidang kulinari dari kolej di Singapura. Yong Yi Yuan juga berkongsi beliau telah mendapat begitu banyak pengalaman berharga menerusi pertandingan ini terutama dari segi penyediaan bahan, penyejukan dan pelbagai tip serta teknik yang diberikan oleh juri-juri yang mengadili. 


Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan

Manakala peserta dari Johor ini Loh Qi Yuan ini mula melibatkan diri dalam bidang masakan barat pada awalnya. Beliau telah mendapat pengalaman dalam bidang pastri dan kek dari Bakeri Moonlight di mana tempat beliau bekerja. Pada awalnya, beliau tidak berasa yakin dalam bidang bakeri ini boleh membawa beliau untuk berada lebih jauh. Namun berkat sokongan dari Bakeri Moonlight yang mahukan beliau untuk menerokai bidang ini akhirnya membawa Loh Qi Yuan ke pertandingan ini dan seterusnya dinobatkan menjadi naib juara!

Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon 

Yeoh Kean Loon dari Penang baru berusia 20 tahun. Bekerja seawal 18 tahun dalam bidang bakeri mendedahkan beliau tentang dunia pastri dan kek yang begitu luas. Menurut beliau, bidang ini agak unik ini kerana untuk menghasilkan kek dan pastri yang enak perlu kombinasi pelbagai bahan. Selain itu beliau juga berpandangan bidang ini menjadikan beliau lebih kreatif dan krisitis dengan mengambil kira beberapa teknik dan masakan dari negara luar seperti Asia - Jepun, Barat dan lain-lain negara lagi. Bagi Yeoh Kean Loon, baginya paling penting bagaimana menjadikan sesuatu rasa yang dihasilkan itu lebih 'sedap' adalah kunci segalanya 

Hebat pengalaman para pemenang ek, walaupun nampak muda belia tapi pengalaman mereka sangat-sangat menakjubkan, di tambah lagi dengan kesungguhan dan bakat masing-masing kak lily yakin mereka bertiga akan pergi lebih jauh lagi di dalam bidang kulinari ni ek 

Keterangan lanjut mengenai produk dan jenama Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Guardian Malaysia perkenal HELLO KITTY HELLO CONFIDENCE! untuk sambutan Hari Wanita Sedunia

Hi Korang,

Koleksi aksesori edisi terhad Hello Kitty yang bergaya – beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan sarung komputer riba, kini menjadi bualan hangat para pelanggan Guardian dan peminat kucing paling comel di dunia! 


Boleh didapati dalam warna ceria ungu dan merah jambu, koleksi itu membawa mesej “ceria” dan “semarakkan kasih sayang”, dan direka khusus untuk sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. 


Koleksi yang dikenali sebagai “Hello Kitty Hello Confidence”, boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 8 Mac sehingga 18 April. Terdahulu, Guardian Malaysia telah memperkenalkan koleksi istimewa “Hello Kitty Celebrates”, pada 1 Februari hingga 7 Mac, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Mr Soren Lauridsen berkata bahawa barangan edisi terhad ini dihasilkan dengan tujuan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.” 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sanrio Asia, Caroline Tsang: “Dua koleksi yang direka khusus untuk Guardian ini, menampilkan gaya yang lebih moden dan berunsur perayaan. Kami pasti pelanggan dan peminat akan menyukai kepelbagaian stail dan kesegaran yang kami bawakan untuk program ini.” 




Untuk mendapatkan barangan koleksi istimewa ini, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my





Friday, March 16, 2018

Walk & Hunt 2018 Di Sunway Lagoon, Dapat Tengok Anak Harimau Putih Comel!

Hi Korang, 

Yeah masuk Sunway Lagoon lagi!! 

Haruslah kak lily rasa seronok sebab dapat berjimba-jimba lagi di teman tema yang best di Asia ni kan. Yelah ingat boleh habis ke nak masuk semua park dalam satu hari, bila dapat peluang cam ni haruslah jangan lepaskan peluang. 


Sabtu lepas kak lily berkesempatan menyertai acara Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon Theme Park ni, sepatutnya pi dengan si abang banker Mr Big, eh tup-tup dia ada event lain pulak so nak tak nak akak lily pi jelah, janji dapat jejalan dalam Sunway Lagoon ni hehehhehe 

Kalau korang nak tau, Program Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon ini akan bermula pada 17 sehingga 25 Mac 2018. Ianya bakal menjadi tarikan pengunjung terutama kanak-kanak memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula. 


“It’s really important for us to create activities in which families and friends can not only learn but bond together while getting up close and personal with animals. As we uphold our mission to provide not only a fun-filled time to all our guests, the very element that sets us apart besides the activities is the educational programme. It is a great way to educate guests to appreciate and nurture these living things, especially wildlife – and what better time than to start from the young? For that, we are very delighted to have the white tiger cubs as additions to the WildlifeEducational Programme” kata Mr Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon 



Selain itu kehadiran Sam dan Elsa anak harimau putih yang baru berusia 4 bulan antara bakal mencuri perhatian pengunjung taman tema Sunway Lagoon. Paling menarik pengunjung juga boleh melihat secara dekat anak harimau putih pada musim cuti sekolah di Tigerland Sunway Lagoon, pada 3 slot masa yang ditetapkan iaitu 10.30 pagi, 12.30 malam dan 4:30 petang. 


Untuk menyertai Walk & Hunt 2018 ini, pengunjung perlulah mendaftarkan diri di Tigerland pada jam 1:00pm dan Wildlife Theatre pada jam 3:30pm (bergantung kepada siapa cepat dia dapat) untuk mendapatkan Kit Scavenger Hunt Kit yang mana mengandungi buku aktiviti, peta dalam bentuk poskad , hand sanitizer, coklat Cadbury 5 Star dan juga kupon penebusan kupon tiket Sunway Lagoon. 


Walk & Hunt 2018 memerlukan kita melakukan beberapa tugasan dengan mengambil gambar spesis-spesis yang dinyatakan di kawasan Wildlife Park. Selain itu terdapat juga teka-teki yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan barangan misteri yang telah disorokkan di kawasan tertentu, 


Di Wildlife Park menempatkan kira-kira 150 spesis haiwan ada yang liar dan ada juga yang jinak. So para pengunjung boleh menerokai dunia haiwan di sini, sambil mencari haiwan yang perlu diambil gambarnya menerusi klu yang diberikan. 


Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan haiwan jinak yang bijak di Wildlife Theatre's Wildlife Multi-Animal Show. Pelbagai gelagat yang lucu serta mencuit hati menerusi persembahan dari burung kakak tua, tikus dan banyak lagi. 

Eventho kak lily ni belum ada anak lagi tapi kak lily dapat rasakan anak-anak yang menyertai program ni akan memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Ini kerana mereka boleh mendekati haiwan jinak ini secara dekat dengan menyentuh, memberi makan dan banyak lagi. Sekaligus dapat mendidik diri mereka untuk lebih prihatin dan menanamkan sikap penyayang terutama kepada haiwan yang jinak. 

ishk muka cam baru bangun tidur sangat kan, padahal baru lepas berperang nak ambil gambar tupai ni hah..

Apalagi jom ke sini cuti sekolah nanti ek 

Sunway Lagoon Theme Park 
3, Jalan PJS 11/11, 
Bandar Sunway 
47500 Selangor 

Hubungi: 
+603 56390000 

Waktu operasi : 10am – 3pm 

Jom check it out diorang punya social media: 

Website : 

Facebook page : 

Instagram page :