Wednesday, September 21, 2016

Promosi Steamboat BBQ Buffet Di Restoran D'Kayangan, Shah Alam

Hi Korang,

Ramai betul kengkawan blogger rekomen kat aku suruh pi makan steamboat di D’Kayangan ni ek. Eh bukan tak nak pi tak lokasi kurang memuaskan daripada umah aku ni. So kalau nak pi pun hujung minggu je lah. 


So hari tuh, kitaorang baru je habis event di Shah Alam dan kebetulan pulak aku cuti so sempatlah singgah makan steamboat di restoran ni. 

Peminat steamboat pasti mengenali Restoran D'Kayangan yang terletak di Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang sehingga ke lewat malam. Dengan menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang boleh digrill ataupun dimasukkan samada dalam sup mahupun kuah tom yam.

Masa kitaorang sampai tuh belum ramai orang lagi so sempatlah ambil gambar-gambar makanan dulu ek hehehhee. Jangan sampai meleleh air liur ek huahauhaua










Dengan pelbagai hidangan laut serta perapan daging ternyata kualiti rasanya tetap sama seperti dulu ~ enak tidak terkata. Namun, kali ini D'Kayangan telah menambah baik hidangan dengan memperkenalkan pelbagai lagi menu bagi memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan yang hadir ke sini.









Ni baru sikit jer, banyak lagi sebenarnya. Memang sedap dimasukkan segala aneka hidupan segar ini didalam steamboat. 

Ada lagi aku nak tunjuk ni,







Bola-bola api huahauaha.. tak pelah bebola makanan laut



sayur-sayuran jangan dilupakan ek, sedapla dicampur sekali disalam sup steamboat




Ada lagi ni tau....



Nak makan kambing bakar? Dekat sini ada ya! Ditawarkan setiap hari tau.





Terdapat juga masakan panas seperti sayur goreng, mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan pelbagai lagi.


Limpahan pilihan sos yang pasti memukau tekak korang ek



Pencuci mulut pun ada jugak, simple tapi sedap tau

Ok jom makan,




Amik ko makan semua apa yang ada ek, sampai senak perut di buatnya hahahahah

Bermula 1 September 2016, di D'Kayangan telah menawarkan harga buffet Merdeka iaitu RM33 sahaja. Dan bersempena dengan tawaran ini, D'Kayangan juga menawarkan hidangan istimewa seperti "The Devil Curry" atau Kari Debal (kari daging yang memang meletop) makan bersama nasi pelangi mahupun nasi putih panas-panas. Begitu juga hidangan istimewa iaitu ayam 65, memang unik rasanya. Sedap wooo.

Hidangan Ayam 65

Nasi Pelangi

Promosi bersempena dengan Buffet Merdeka, harga yang ditawarkan adalah RM33 (dewasa). Dan lebih istimewa hanya setiap hari Ahad ditawarkan buffet lunch yang bermula dari 11 pagi sehingga 3 petang, harga yang ditawarkan adalah RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak)


Murah kot.. suker plak aku ni ek

Jom singgah ke:-


Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091

Facebook :


Jom! Bawa keluarga dan ajak sekali rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bergrill serta steamboat pada harga yang cukup berbaloi!

Outlet Hush Puppies Kini Di Pavilion Malaysia

Hi Korang,


Siapa tak kenal dengan jenama Hush Puppies ni kan!

tengok aku yang excited nak shopping ek

Hush Puppies, jenama kasut lagenda berasal dari Amerika sejak tahun 1958, telah membuka outlet terkini di Malaysia; di Lot 4.24.00, Aras 4 Pavilion Kuala Lumpur. Outlet seluas 1784 kaki persegi ini menawarkan pelbagai produk Hush Puppies seperti kasut, pakaian, beg dan aksesori terutamanya dari koleksi terkini untuk lelaki dan wanita. Dan pastinya untuk peminat Hush Puppies itu sendiri apabila berpeluang membeli-belah dengan pelbagai pilihan secara santai disini dapat memberikan kepuasan buat mereka.


SEDIKIT SEJARAH HUSH PUPPIES


Pada tahun 1958, Hush Puppies memperkenalkan dunia tentang kasut keluarannya -. Kasut dengan gaya kasual dan éasy going'ini sememangnya sangat selesa memakainya. Dan hari ini, Hush Puppies telah menjadi satu jenama global dan menjadi inspirasi buat mereka yang ingin menjadi diri sendiri. Sesuai dengan matlamat Hush Puppies itu sendiri yang mementingkan ciri keselesaan, rekaan menarik dan terkini.

Aku kongsikan serba sedikit ucapan dari Mr. Bill Mirecki, President of Hush Puppies Worldwide


“Our new flagship store exhibits details and craftsmanship that invite you to a very calm, easy going and comfortable Hush Puppies world. The brand’s signature warm ambience and lighting, accented with sturdy modular fittings represents our initiatives to contemporize and elevate the brand further. We are committed to bring Hush Puppies to the next level, creating excitement for our loyal fans, as well as drawing new group of younger customers,” 

"Hush Puppies is a global brand, a household name and a cultural icon, with over 18 million pairs of shoes sold every year in more than 160 countries around the world. The history of Hush Puppies is rooted in comfort innovation – from the first casual shoe with Worry-Free Suede® to the many patented technologies that make shoes more comfortable and lightweight. This season, the brand campaign captures what it means to be casual – in true Hush Puppies fashion, with the right mix of timeless footwear, apparel and accessory. Fun, timeless styles that are comfortable and easy to wear, invoke effortless looks that are ready for just about anything. When we’re comfortable and confident, a smile is the finishing touch. "


"The global re-launch of the “We Invented Casual” campaign draws from the brand’s rich heritage and captivates a new consumer with a message of authenticity that is both real and actionable. This message is one that stands the test of time and cannot waiver from season to season. “Focusing on multiple wearing occasions in her life—and his life— we’ve captured active casual stories in our collections and weekday office settings with “dress casual” styling. Our season color palette is inspired by rich fall colors with a seventies influence accented with a holiday flare,” 

Antara rangkaian kasut, beg, pakaian dan aksesori yang ada ditawarkan di butik Hush Puppies di Pavilion. Apa yang menarik selain dari rekaannya yang unik dan cantik, ciri-ciri yang didatangkan bersama produk juga berkualiti tinggi. Contohnya kasut dari siri Worry Free Suede® – The Cyra Catelyn Boots , bukan sahaja tahan lasak bahkan kasut ini mempunyai ciri-ciri kalis air.







Rata-rata harga pakaian jenama Hush Puppies khas untuk wanita seperti t-shirt polo, kemeja (blouse), seluar pendek denim, seluar jeansdijual pada harga RM49.90 hingga RM269.90. Manakala untuk pakaian lelaki seperti funky t-shirt, polo t-shirt, jeans, pakaian kerja dan kasual dan banyak lagi ditawarkan pada harga bermula dari RM59.90 dan seterusnya.













Terdapat juga rangkaian pakaian untuk kanak-kanak, semuanya menarik seperti funky t-shirt, kemeja, gaun, baju denim, seluar dan pelbagai lagi yang ditawarkan pada harga RM39.90 sehingga RM129.90.


Di pelancaran pembukaan outlet terbaru ini turut kelihatan personaliti seperti Aishah Sinclair, Julie Woon, Mark ODEA, Brian See, Kittie Yiyi, dan Fiqrie Dahari.


Majlis ini juga diserikan dengan nyanyian dan persembahan dari penyanyi Bihzhu yang menyampaikan beberapa nyanyian dengan muzik-muzik yang agak rancak. Sememangnya menghiburkan!

Satu acara pertunjukan fesyen yang menampilkan pakaian dan aksesori dari kepala sehingga ke kaki untuk lelaki dan wanita turut diadakan.














Memang menarik semuanya, terutama gaya kasual yang sememangnya sangat elegan dan santai.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Hush Puppies, boleh layari 


Selamat mencuci mata ek korang.. hehehhehee