Thursday, June 30, 2022

Menu Oishii Jepun Dari MARRYBROWN

Hi Korang,

Jom citer pasal makan-makan lagikkk

Marrybrown, rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang mana Marrybrown kini mempunyai 500 buah restoran di 16 buah negara di Malaysia, kini membawa peminatnya pada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya 'something different' bersempena dengan kempen Around the World'. 


Kali ini diinspirasikan dari negara matahari terbit, Jepun!- Jepun ialah destinasi keempat hidangan bertemakan Marrybrown's Around the World

Kenalkan menu terbaharu mereka Marrybrown Oishii Jepun. Menu ini telah dilancarkan pada 23 Jun 2022.

Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown merasmikan Hidangan Marrybrown Oishii Japan

Menurut Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown;
Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Uniknya Marrybrown Oishii Japan ini ianya didatangkan dengan sos Teriyaki yang rasanya manis-manis memikat dengan kepedasan wasabi. Ianya "sesuatu yang berbeza" untuk rakyat Malaysia namun tetap memikat selera.



Selain itu keunikan Marrybrown Oishii kita boleh dilihat pada warna roti (bun) berwana merah jambu. Begitu juga dengan air minuman yang diperkenalkan iaitu air Sakura Fizz. Yang mana ianya menggambarkan keindahan pokok bunga sakura.

Peminat MB boleh membayangkan diri mereka berada di ladang bunga Sakura ataupun di bandar Tokyo yang meriah apabila menikmati hidangan yang punyai rasa teriyaki wasabi yang unik, begitu juga dengan roti Oishii Burger berwarna merah jambu serta ketika menghirup minuman Sakura Fizz.


Menu OISHII JAPAN

Ada 4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown :


2-pcs Oishii Chicken (Combo)


Kombo 2 Ketul Ayam Oishii
2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken di hidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Dan juga sos teriyaki + wasabi.


Oishii Rice Bowl

Kombo Oishii Rice Bowl
Peminat nasi. Korang boleh pilih set ini.
Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz



Oishii Box Meal

Marrybrown’s Oishii Box Meal
Kalau teringin nak cuna burger dan ayam, Boleh ambil set ini yang didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken , Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Oishii Burger (Combo)

Kombo Burger Marrybrown Oishii
Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Ahem. Roti (bun) warna merah jambu yang sangat comel.

Apa macam, menarik kan!!!

Untuk Rice Bowl harga bermula dari RM12.90 yang mana ayam disaluti dengan sos teriyaki wasabi diinikmati bersama nasi dan juga sedikit sayuran. Begitu juga dengan kombo 2 ketul Ayam Oishii bersama potato wedges dan ais Sakura Fizz, harga yang ditawarkan bermula dari RM20.50.

Jemu dengan ayam, bolehlah mencuba Burger Oishii, patoto wedges dan Sakura Fizz, pada harga ditawarkan bermula dari RM15.30.

Jika keliru hendak mencuba yang mana satu, saya syorkan anda mencuba Marrybrown's Oishii Mox Meal yang didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan air minuman Sakura Fizz yang ditawarkan pada harga bermula RM23.90.



Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaru Marrybrown, hidangan Around the World, applikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari:-




Tuesday, June 28, 2022

Menu Serba Baharu Daripada Jackson’s Fried Chicken

Hi Korang,

Jika ada satu perkara yang rakyat Malaysia benar-benar suka, sudah semestinya makanan!


Juga tidak salah jika dikatakan, makanan yang paling digemari ramai ialah ayam goreng rangup yang penuh berperisa. Dengan harapan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan meraikan rasa cinta terhadap kepelbagaian makanan tempatan, foodpanda kini menawarkan menu yang cukup sempurna dan serba baharu yang menyajikan ayam goreng yang cukup lazat.

Walaupun Jackson’s Fried Chicken bukanlah restoran hidangan ayam goreng yang baru, namun ia masih lagi yang terbaik. Beroperasi sejak 2020, Jackson’s kini telah mengorak langkah dengan membawakan lebih banyak lagi hidangan citarasa tempatan ke dalam segmen perkhidmatan makanan segera. Menu baharu dan ditambah baik itu menggabungkan hidangan tempatan yang digemari ramai seperti Nasi Lemak dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang pastinya memikat selera korang.

Eh betul korang tak kena tipu hah!!


Dengan hasrat untuk mengangkat hidangan ayam goreng ke satu tahap yang lebih tinggi, Jackson’s menggabungkan ayam goreng rangup dan lazat mereka dengan hidangan kebanggaan rakyat Malaysia, Nasi Lemak yang enak lagi beraroma! Para pelanggan kini boleh menikmati Nasi Lemak dengan Jackson’s Popcorn Chicken, sama ada yang berperisa asli atau perisa pedas berapi! Memang sumpah sedap!


Walaupun bukanlah hidangan tempatan, namun kentang wedges rangup berkeju yang digemari ramai adalah antara penambahan terbaharu di dalam menu Jackson’s. Dilimpahi dengan sos keju yang enak, ianya pasti merangsang selera korang. 


Bukan setakat itu sahaja, satu lagi hidangan tempatan iaitu Bubur Ayam turut dimasukkan ke dalam menu Jackson’s Fried Chicken. Hidangan yang menyelerakan ini, digabungkan dengan ketulan ayam rangup menjadi satu hidangan sempurna yang mampu menenangkan jiwa. Bubur yang dimasak sempurna ini juga boleh dinikmati sama ada dengan ketulan ayam rangup berperisa asli atau pedas.

Nikmati Double Chocolate Muffin yang pasti cair di dalam mulut anda. Muffin istimewa ini padat dengan cip coklat dalam setiap gigitan dan tiada yang lebih sedap berbandingnya. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih Banana Chocolate Chip Muffin, satu kombinasi klasik yang memberikan keseimbangan rasa pisang dan coklat yang sempurna.

Ada banyak lagi! 


Biscoff Baked Cheesecake adalah salah satu daripada menu baharu yang pastinya akan merangsang deria rasa anda. Ia sememangnya seperti yang diimpikan oleh semua penggemar biscoff. Akhir sekali, nikmati keenakan Burnt Cheesecake yang pastinya akan membuat anda ingin cuba lagi.

Jangan berlengah lagi! 


Pesanan boleh dibuat menerusi foodpanda dan pastikan korang tidak lupa untuk melihat menu baharu yang disediakan di sini!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jackson’s dan penawaran terbaharu mereka, sila ikuti Instagram mereka juga!


Monday, June 27, 2022

Pelancaran Lagu dan Video ‘Mudahnya Berzakat’ Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP-

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan Omar dan Hana!!

2 karektor kartun Omar dan Hana, dua anak kecil yang comel dengan keletahnya, bijak dan suka bertanya, kini mendapat tempat di hati anak-anak sekali dan kini kartun animasi Omar dan Hana telah berkolaborasi bersama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu yang bertajuk "Mudahnya Berzakat".


Jika selama ini Omar dan Hana cukup dikenali sebagai animasi yang menyajikan cerita dan lagu-lagu tauladan seperti cerita sahabat nabi, solat, puasa dan pelbagai lagi. Kali ini pihak Digital Durian telah berkerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP bukan sahaja menghasilkan lagu bahkan video digital "Mudahnya Berzakat". Satu inisiatif yang hebat bukan sahaja dapat menarik perhatian anak-anak kecil bahkan para ibu bapa juga tentang kewajipan berzakat.


Apatah lagi sekarang ini pihak PPZ-MAIWP sendiri menyediakan pelbagai saluran memudahkan masyarakat Malaysia untuk mengeluarkan zakat. Antaranya seperti melalui:-

10 Kaunter PPZ-MAIWP

Sepuluh kaunter yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan dan waktu operasinya adalah dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Manakala 8.15 pagi hinga 12.45 tengahari, hanya dibuka pada minggu 1 dan minggu 3 untuk dua hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.


Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)

Cara ini paling mudah, dimana bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Kita boleh daftar Skim PZB melalui laman web ptg.zakat.com.my. PPZ sendiri memang menggalakan masyarakat Islam membuat potongan berjadual melalui skim ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

Pembayar zakat boleh berurusan tanpa perlu ke mana-mana kaunter dengan cara membuat temujanji yang diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses pembayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan melalui myteujani.zakat.com.my

Perkhidmatan Door to Door

Ini merupakan perkhidmatan khas yang mana pembayar zakat ingin mendapat layanan secara esklusif, lebih personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter. Pembayar boleh menggunakan perkhidmatan Ride2U dan juga Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757. Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bayaran melalui portal rasmi

Ini terutama zakat harta boleh dibayar melalui portal rasmi zakat.com.my

Ejen Kutipan Zakat

Kita juga boleh mebayar melalui perbankan internet. Ada 15 bank yang boleh kita pilih. Ataupun melalui e-wallet samada Boost, Shopee dan GoPayz.

Aplikasi MyZakat

Kini lebih mudah dengan adanya aplikasi MyZakat. Pembayar boleh kira, bayar dan semak penyata zakat. Boleh muat turun MyZakat menerusi Google Play Store dan juga Apple Store.


Majlis Pelancaran Lagu ‘Mudahnya Berzakat’ Di Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju.


Kak liy bersama rakan-rakan lain berkesempatan untuk menyaksikan sendiri majlis pelancaran lagu ‘mudahnya berzakat’ bersama-sama team PPZ-MAIWP dan juga karektor Omar dan Hana itu sendiri dan di sertai jugak dengan karektor Ustaz Amin.



Pelbagai aktiviti menarik di sajikan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz mudah dan juga nyanyian bersama-sama kanak-kanak yang berkunjung ke roadshow ini.

Melalui pengenalan lagu "Mudahnya Berzakat" sememangnya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan pada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

Sebenarnya berzakat tidak hanya untuk orang dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali.



Cuma dalam kewajipan menunaikan zakat haruslah menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh ibubapa/penjaga kanak tersebut.

Untuk info lanjut sila ke www.ppz.com.my