Showing posts with label kelas jahitan. Show all posts
Showing posts with label kelas jahitan. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

SPOTLIGHT Malaysia Kini Di Buka Di Ampang Point

Hi Korang,

Ingat entry aku sebelum ni mengenai SPOTLIGHT ni?

Yesza kini SPOTLIGHT telah pun di buka di Malaysia, mana lagi kalau tak bukan di Ampang Point shopping mall. Aku sempat ke sana dengan Mr Big untuk media preview session. 




Sementara nak tunggu media lain sampai, aku sempat ke CraftSpot untuk buat handicraft, alah simple-simple je iaitu decorate paper frame. Material semua dah ada, so aku main tampal-tampal jelah kan. Hehehehe best jugak sekali sekala buat handicraft ni kan.




Kali ni media preview sangat santai coz General Manager Marketing of Spotlight, Mr Jono Gelfand nakkan simple briefing je sebab dia sendiri tak sabar nak tunjukkan apa yang ada di dalam SPOTLIGHT ni. 


Apa lagi yang ditunggu, jom lah masuk ke SPOTLIGHT ni ek.

Untuk nak fahamkan apa yang terkandung di dalam Spotlight ni, meh aku tunjukkan gambar-gambar yang awesome nie. Bukan 5 keping ye but more than 20 pictures. 




Pembukaan kedai ini menandakan permulaan kepada rancangan meluaskan lagi tambahan gedung di Malaysia pada masa akan datang. Dengan adanya Spotlight gedung mega terbesar fabric, keperluan kraf, parti dan produk hiasan rumah kita dapat membuat pelbagai jenis pilihan mengikut trend terkini. 

Yang best Fabric dan linen. Segala jenis nak neka kain korang boleh dapati kat sini. Yang dah siap potong, belum potong semua ada lah.






Ini Bahagian Bedding, Bath, Curtains, Tracks & Blinds.






Ini plak bahagian Craft.







Tengok ni Party Supplies, lepas ni kalau korang nak buat party untuk anak-anak style omputih boleh datang ke bahagian ni.





Bahagian Kitchen, Storage, Accesories dan Dining.







Sambil jalan-jalan tu, ktorang sempat jugak tengok demo cara buat bracelet Rainbow Loom. Ishk ini trend terkini anak muda tau, gelang geta yang warna-warni dan cantik. 



Nampak cam susah je nak buat tapi senang je, coz segala instruction dah tertulis di kotak barangan tuh.

Aku memang seronok bila ada dalam kedai ni, rasa macam nak beli semua sekali kan Itulah orang pompuan, nampak cantik dan colourful je semua nak rembat. 



Pekerja mereka yang sangat banyak membantu, maklumlah first time belajar shopping di kedai yang datangnya dari luar hegara kan. Cara diorang ni agak berlainan sedikit tapi bagus jugak.


Ermm thanks kepada SPOTLIGHT coz sudi jemput ktorang je media session ni. Bukan apa, seronok shopping orang tak ramai, lagi plak ktorang dapat cash voucher kan. Apa lagi terus sambung shopping lepas abis store tour tuh. 


Dah dekat nak raya ni, baik ktorang beli barang-barang keperluan rumah kan. Lagipun Mr Big ada so senang sket nak buat keputusan apa yang boleh di beli kan.

Tengok ni,


Hah ko melampau-lampau tak barang yang ktorang beli. Walaupun ada cash voucher, kena tambah sket-sket jugak. 


Langsir ada, bantal itik ada, periuk nasi microwave ada, sarung comforter ada, sewing kit ada, laundry stick dan memacam lagi lah. Nanti nak review menda-menda unik lagi berguna ni ek.

Ni hari cuti ni, rasa nak pi SPOTLIGHT lagi lah. Nak tengok apa yang boleh dibelikan sempena raya ni.




Sunday, July 6, 2014

SPOTLIGHT KINI DI MALAYSIA!

Hi Korang,

Bagi mereka yang sukakan home deco dan jahitan kan. Ada berita baik untuk korang semua tau sempena hari raya yang akan tiba nanti.


Kedai rantaian mega antarabangsa iaitu Spotlight bakal tiba ke Malaysia! Ya, ia sememangnya benar, syarikat termashyur milik Australia itu akan membuka kedai sulungnya di Malaysia bertempat di Pusat Beli-Belah Ampang Point pada 12 Julai 2014 10am. 

Spotlight cukup sinonim dengan tawaran pilihan luas fabrik, keperluan kraf, parti dan produk hiasan rumah di beberapa negara termasuk Australia, New Zealand dan Asia, dikenali dengan pengenalan harga terbaik dan pelbagai tawaran menakjubkan.


Pembukaan kedai itu menandakan permulaan kepada rancangan meluaskan lagi tambahan gedung di Malaysia pada masa akan datang dan menjanjikan pengalaman membeli-belah unik, berinspirasi dan mudah seperti yang belum pernah disaksikan selama ini!

Spotlight, buat masa ini sudah memiliki sebanyak 117 gedung di Australia, New Zealand dan Asia, akan dibina di atas keluasan gedung peruncitan lebih 2,400 meter persegi dan menempatkan lebih daripada 150,000 produk dalam enam kategori – yang mana kebanyakan daripadanya belum pernah dilihat dan ditawarkan di Malaysia. Spotlight akan menampilkan pilihan luas barangan berkualiti tinggi yang bernilai bermula daripada kelengkapan rumah, Manchester (peralatan tempat tidur), hiasan rumah, fabrik pakaian dan fesyen, sehinggalah kepada keperluan penting bagi kraf, hobi dan parti. 


“Ini ialah gedung pertama di Malaysia yang rancak mendapat tempat dan kami yakin ia akan menjadi sebuah hab kreatif bagi hiasan rumah, rekaan fesyen, parti-parti dan hobi berkaitan kraf. Tiada ada tempat sepertinya di Malaysia dan kami yakin pasaran di sini akan menikmati pengalaman membeli-belah yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata Pengurus Besar Pemasaran Spotlight, JonoGelfand.

Selari dengan majlis pelancaran tidak lama lagi, Spotlight Malaysia akan menawarkan sesiapa yang bertuah peluang untuk mengunjung ke Gold Coast, Australia selama lima hari. Untuk meraih peluang keemasan ini, kunjungi laman web Spotlight Malaysia dari sekarang sehingga 31st Julai 2014 dan nyatakan sebab anda ingin kunjungi Australia. Sesiapa yang mengunjungi laman web Spotlight juga layak mendaftar sebagai ahli VIP dan menikmati tawaran eksklusif serta memperoleh informasi mengenai jualan besar-besaran sempena pembukaan gedung berkenaan.
 

Komited untuk menggaji pekerja tempatan di rangkaian gedung luar negaranya, kemunculan gedung Spotlight dijangka membuka peluang kerjaya menarik kepada penduduk tempatan. “Kami akan membuka lebih banyak kedai dalam tempoh 18 bulan di Malaysia, dan kami berharap pengurus stor Spotlight adalah dipilih daripada kelompok kakitangan pertama yang kami upah dan latih. Ia termasuk jawatan peringkat pengurusan dan Spotlight sedang mencari dan melantik sehingga 200 orang ahli pasukan di Malaysia dalam tempoh 24 bulan akan datang,” Jono bertambah. Sesiapa yang berminat dialu-alukan mengemukakan resume mereka pada laman www.spotlight.com.my


Memandangkan kebanyakan produk yang diperagakan di Spotlight adalah eksklusif di Malaysia, kakitangan utama gedung akan menjalani latihan di Singapura untuk memastikan mereka mendapat pendedahan pengetahuan produk secara ekstensif, bagi membolehkan mereka menawarkan servis pelanggan terbaik kepada para pembeli.

“Pembangunan staf ialah elemen penting dalam aktiviti perniagaan Spotlight dan syarikat kami komited untuk membekalkan latihan ekstensif kepada semua kakitangan berkaitan aspek pengetahuan produk bernilai dan khidmat nasihat,” jelas Jono. 


Kunjungilah Ampang Point pada 12 Julai pukul 10 pagi untuk pembukaan rasmi stor Spotlight. Terdapat pelbagai hadiah menarik seperti gift kad dan barangan istimewa dari Spotlight akan diberikan kepada pengunjung. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati persembahan silap mata yang memukau hati, aksi badut yang lucu, sesi kraf dan aktiviti conteng muka (face paiting). Tiada tempat lain yang setanding Spotlight untuk seisi keluarga mennghabiskan hujung minggu ini.


Gedung sulung Spotlight terletak di Tingkat 2 Pusat Beli-Belah Ampang Point, Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

Korang yang kaki menjahit dan deko-deko ni baiklah cuba ke sini nanti kan, mana tau ade rezeki korang menang trip ke Gold Coast Australia tu kan hehehhehe