Showing posts with label Cik Lily Putih Review. Show all posts
Showing posts with label Cik Lily Putih Review. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Lunch Nasi Padang Istimewa Di Kembali Kitchen Best Western Hotel PJ.

Hi Korang,

Bestnya lunch di hotel kan.


Elek sekali sekal je pun bukan setiap hari dapat makan buffet lunch di Petaling Jaya ni, aku tau korang memang manjang jeles dengan aku kan huahauhauahau…


Semalam dapat jemputan makan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel Petaling Jaya.


Ok ramai yang tak familiar lagi dengan hotel ni kan, meh aku citer sket ek

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya (Seksyen 13) yang menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.

Uniknya lobbynya di tingkat 6 bukan macam hotel biasa yang lobby reception di tingkat bawah kan.


Meh kita tengok apa yang dihidangkan sempena promosi Nasi Padang Istimewa ni ek

Ayam goreng rempah istimewa

Gulai nenas ikan masin

Gulai daging

Pecel lele...(ikan keli masak berlado)

Rendang daging

Gulai lemak urat

Udang sambal petai

Daging bakar air asam

Ada jugak menu sampingan




Pemanis mulut jangan di lupakan jugak ek





Untuk buffet ‘Nasi Padang Istimewa’ ni, ianya bermula dari Disember 2015 – 30hb Januari 2016. 



Harga buffet lunch di Kembali Kitchen ni adalah

Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)

Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)

Jom kita ke:

BEST WESTERN PETALING JAYA
No. 1, Jalan 13/1, Section 13, 
46100 Petaling Jaya, Selangor 

Telephone : + 603 - 7610 2222
Facsimile : + 603 - 7610 2200

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!



Tuesday, June 9, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | Hotel PURI PUJANGGA, Bangi Selangor

Hi Korang,


Sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2015 ni.


Kali ni kita ke kawasan Bangi pulak, la dekat je dengan umah aku kan. Of courselah kena pi untuk merasai buffet ramadhan di sini.










Bufet Ramadhan yang berkonsepkan ‘CITARASA RAMADHAN’ ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Pecal Kampung, Rojak Tauhu Bakar, Sengkuang Calit, Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriyani Gam Ayam, Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi!










Juadah manisan seperti Ais Krim Goyang, Cendol, Pelbagai Jenis Potongan Kek, Kuih-Muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai Jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta bubur. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung, Soya, Katira, Teh Tarik and Nescafe Tarik.



Kepelbagaian hidangan dimeriahkan lagi seleksi buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong. Hanya terbaik untuk pengunjung Hotel Puri Pujangga!

Sedap kan semuanya…

ok beratur amik gambo makanan ek

tengok food blogger Hazman amik gambo, stylo gituh

amboi kemain suka Nuar dapat makan kan

Surau untuk Lelaki dan Wanita juga disediakan untuk tetamu di samping ruang letak kenderaan percuma untuk semua pengunjung.

Untuk buffet ‘CITARASA RAMADHAN' ni, ianya bermula dari 20hb June 2015 hingga 15hb Julai 2015.

Harga buffet ramadhan di Begonia Coffee House ni adalah

RM70.00 nett untuk dewasa

RM35.00 nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) 

Promosi Early Bird dengan harga RM6o.oo nett seorang mula dijual bermula dari 31 Mei 2015 hingga 18 Jun 2015. Voucher hanya boleh ditunaikan untuk tarikh bermula dari 20 Jun 2015 hingga 3 Julai 2015. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.oo malam hingga 11.oo malam.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03- 8927 4128 I 8926 2443 

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

KHAILA KHALID 
Pengurus Operasi 
HOTEL PURI PUJANGGA 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan 

Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Fax : +603 8922 2890 



Hotel Puri Pujangga terletak di dalam kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor dan lebih mudah di akses melalui pintu ke-2.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.