Tuesday, April 6, 2021

Buffet Ramadhan 2021 "Bufet Antarabangsa” Di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) Shah Alam

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS), mengalu-galukan kedatangan bulan Suci Ramadan dengan hidangan bufet yang amat menarik bersama hidangan sajian tempatan dan antarabangsa serta terdapat gerai-gerai. Tahun ini, Bufet Ramadan di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites menampilkan tema, "Bufet Antarabangsa”.








Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh di nikmati ialah Nasi Putih, Nasi Briyani Kukus, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng, Tahu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih, Pizza Ayam Bakar Teriyaki dan banyak lagi dan pelbagai lagi masakan untuk di cuba!



Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa yang terdiri daripada Pelbagai Garden Salad, Tuna Salad, Grilled Chicken Salad, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Salad Italian & Fresh Dressing. Tetamu juga boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-ulam dengan 5 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan Raita, Jeruk Buah- Buahan, Pelbagai Keropok, Lemang & Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.




Selain itu, tetamu juga boleh melihat barisan gerai-gerai yang menampilkan konsep berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh di kunjungi ialah "Mesti Cuba" Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Masakan Jepun, Masakan Cina, Noodle Galore, Gerai Roti John, Gerai Aneka Goreng-Goreng, Gerai ABC, Gerai Penang, Gerai Minuman Panas & Gerai Minuman Sejuk.

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah Gerai Smoke & Grill yang merupakan konsep utama Buffet Ramadan kali ini. Tetamu juga berpeluang mencuba masakan istimewa chef iaitu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama dengan Sayur Panggang, Sos Lada Hitam, Sos Rosemary, Sos Cendawan dan Sos Pudina




Terdapat juga gerai yang menawarkan masakan panas serta aneka makanan yang terdiri dari konsep , Antara menu yang boleh di nikmati ialah Mee Goreng Mamak, Japanese Sushi Maki & Tempura, pelbagai Dim sum, ABC, Waffle, Nyonya Curry Laksa, Bee Hoon Soup Utara dengan bumbu & Roti John yang diharapkan.


Antara lain yang dinantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman menjadi keutamaaan. Terdapat dua gerai minuman yang tersedia iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, mesti cuba pelbagai jenis minuman seperti Teh Tarik Madu, Nescafe Tarik, Teh Ais Cincau, Teh O Ice Limau, Ice Bandung, Fruits Punch & Flavour Ice Water.



Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan pelbagai jenis pemanis mulut antaranya Bubur cha-cha keledek, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Choco Moist Cake, pelbagai aneka kuih tradisi melayu, Pelbagai Jelly, Agar-Agar & Pudding, Puding Roti, Sago Gula Melaka & Embun Madu Sejuk dengan Sagu Pearl.



Bufet Antarabangsa Ramadan di buka setiap hari dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam dari 13 April 2021 hingga 12 Mei 2021. Harga bagi Bufet Ramadan RM 99.00 bersih seorang untuk dewasa RM 79.00 bersih bagi Warga Emas 60 tahun & RM 59.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 4-11 Tahun. 

Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM 125.00 bersih di tawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak.

Harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (1 April 2021 hingga 12 April 2021, berharga RM 89.00 bersih untuk dewasa. Khas untuk tetamu, pembelian 10 Orang dengan Harga RM 990.00 bersih, layak mendapat 1 baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.

MHS juga menyediakan set khas Bawa Pulang & Penghantaran dengan 3 jenis pilihan menu yang menarik untuk 2 orang. Terdiri dari pilihan menu Ala kampung dengan harga RM 59.00 bersih, Briyani RM 69.00 bersih & Smoke & Grill RM 79.00 bersih.


Syarikat korporat & organisasi yang ingin mengadakan Majlis iftar di dewan, pakej yang ditawarkan dari 79.00 bersih & RM 99.00 bersih untuk minimum 100 orang dan pakej ini disertakan dengan Bufet dan juga 2 jenis pilihan gerai.

Istimewa inklusif untuk ramadan MHS juga menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga RM 150.00 berserta Sahur untuk 2 Orang & tawaran diskaun 10% Bufet Ramadan dengan harga RM 330.00 bersih berserta Sahur & Iftar untuk 2 Orang.

Terdapat juga Pakej Mesyuarat Ramadan Seminar Separuh Hari Pakej Istimewa RM 90.00 bersih minimum 20 Orang, Pakej termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet Iftar untuk Peserta Muslim. Harga Mesyuarat Sepenuh hari RM 100.00 bersih bagi setiap orang dengan minimum 20 Orang pakej termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet untuk peserta Muslim.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh menunaikan solat maghrib dan solat terawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di Mardhiyyah Hotel & Suite

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran di 03-5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806 atau e-mel terus ke sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui WhatsApp 019-273 6801 atau 019-275 7801




Chef Eksekutif: Chef Mohd Shahril Bin Abu Rahim

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 99.00 bersih Dewasa
RM 79.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 59.00 bersih Kanak-kanak (4-11 Tahun)

Promosi Tempahan awal
RM 89.00 bersih dewasa
Bayar sebelum 1 Ramadan
(1 April 2021 - 12 April 2021)

Beli 10 Orang RM 990.00nett
Dapatkan Percuma
1 Baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.
(Sah dari 1 Jun 2021 - 31 Ogos 2021)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM 125.00nett (1 Dewasa + 1 Kanak-kanak)

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 99.00 bersih Dewasa
RM 79.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 59.00 bersih Kanak-kanak (4-11 Tahun)


***************************************************************************************************


TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITE

Mardhiyyah Hotel and Suites, hotel antarabangsa patuh Syariah bertaraf 5 bintang, Nama jenama Mardhiyyah, perkataan Arab yang bermaksud Yang diredhai, di namakan sendiri oleh pemilik Dato 'Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, Mardhiyyah Hotel and Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.

Mardhiyyah Hotel and Suites hotel ini dahulunya dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah. Sebagai ciri pelancongan yang mesra Muslim, ia mempunyai restoran halal dengan disahkan oleh JAKIM.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#MardhiyyahHotel
#MardhiyyahHotelSuites
#RamadhanBuffet
#BuffetRamadan
#BestRamadanBuffet
#IftarShahAlam
#RamadhanBuffetShahAlam
#InternationalBuffet


1 comment :

Anonymous said...

Terima kasih. Info ni sangat2 membantu lah. Terus rasa nak berbuka kat hotel. Hihihi... ❤️❤️❤️