Thursday, March 20, 2025

Memperkukuh Kesejahteraan Komuniti: Inisiatif Ramadan Lifebuoy Tahun Ke-3 Berturut-turut untuk Keluarga B40

Hi Korang,

Lifebuoy, jenama sabun perlindungan kuman terkemuka di dunia, dan Watsons Malaysia bekerjasama dengan KECHARA Soup Kitchen bagi menganjurkan inisiatif komuniti yang tulus ikhlas sempena Ramadan. Acara penuh bermakna ini bertujuan menyantuni keluarga B40 yang kurang bernasib baik, mencerminkan semangat sebenar Ramadan – perpaduan, belas kasihan dan keprihatinan.


Memahami cabaran yang dihadapi oleh keluarga kurang berkemampuan sepanjang Ramadan, inisiatif ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka serta memastikan mereka dapat menyambut Ramadan dengan gembira. Selain menyediakan barangan keperluan asas, acara ini turut menekankan kepentingan pendidikan kebersihan, mencerminkan komitmen Lifebuoy terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Memperluaskan Komitmen Lifebuoy terhadap Kesejahteraan Komuniti

Sepanjang dua tahun yang lalu, Lifebuoy telah terus memperluaskan usahanya untuk menyokong komuniti yang memerlukan sepanjang Ramadan. Komitmen ini telah membolehkan jenama tersebut menjangkau hampir 2,500 individu di seluruh Malaysia dengan keperluan kebersihan dan barangan harian asas. Melalui inisiatif yang berterusan, Lifebuoy kekal berdedikasi dalam memupuk semangat kemurahan hati, keprihatinan, dan perpaduan, memastikan lebih ramai individu mendapat manfaat daripada kesejahteraan yang lebih baik sepanjang bulan yang mulia ini.

“Selama 130 tahun, Lifebuoy telah komited dalam mempromosikan pendidikan kebersihan, dengan kepercayaan bahawa amalan mencuci tangan yang betul dapat menyelamatkan nyawa. Misi kami bukan sekadar menghasilkan produk kebersihan—ia adalah tentang melindungi nyawa melalui kesedaran, pendidikan, dan akses kepada kebersihan asas. Di Malaysia, program kami telah memberi manfaat kepada lebih 851,000 kanak-kanak dan keluarga, dengan sasaran untuk mencapai 1 juta menjelang 2025. Kebersihan tangan bukan sekadar tabiat, tetapi amalan penting untuk melindungi generasi akan datang,” kata Ketua Pemasaran, Perancangan Strategik & Pelanggan Unilever (MY/SG), Farhana Mohd Nasir.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Lifebuoy turut mengagihkan baucar kepada keluarga bagi membolehkan mereka membeli kelengkapan Raya pilihan sendiri, memastikan mereka dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan penuh rasa syukur dan gembira. Selain itu, beberapa reruai interaktif dan sudut kanak-kanak turut disediakan bagi mendidik keluarga mengenai kepentingan kebersihan, mengukuhkan komitmen Lifebuoy terhadap usaha membina komuniti lebih sihat.

Memupuk Perpaduan dan Kebersihan Menerusi Pendidikan dan Keterlibatan

Acara ini menampilkan sesi Buka Puasa yang diperkaya dengan elemen tradisi Raya, disertai dengan aktiviti pendidikan, termasuk demonstrasi secara langsung oleh Dr. Tiara mengenai 7 Langkah Mencuci Tangan serta sketsa komedi bertemakan kebersihan oleh Nizam Jentik Jentik, menggabungkan humor dengan pengajaran berharga mengenai kebersihan.

Sementara itu, gerai-gerai interaktif yang disediakan memberi peluang kepada keluarga menerokai amalan kebersihan terbaik, memantapkan tabiat sepanjang hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh. Pek penjagaan yang mengandungi produk kebersihan dan barangan keperluan harian turut diagihkan bagi memastikan keluarga berkenaan dapat sentiasa menjaga kebersihan dengan baik.

“Kechara telah lama komited dalam membantu keluarga B40, serta golongan miskin di bandar dan luar bandar. Kami amat menghargai inisiatif luar biasa Lifebuoy serta komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial. Dedikasi bersama ini, terutamanya dalam bulan suci Ramadan—satu masa untuk berkongsi dan menunjukkan keprihatinan—adalah sesuatu yang kami hargai dengan mendalam,” ujar Eksekutif Pemasaran Kechara Soup Kitchen, Selladurai Perakasam.

Mencipta Impak Berkekalan

Kesemua elemen ini bergabung untuk mewujudkan sebuah program holistik yang mencerminkan komitmen Lifebuoy terhadap usaha mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun, yang menjadi sasaran utama jenama ini untuk program pendidikan kebersihannya. Inisiatif ini bukan sahaja memenuhi keperluan mendesak, tetapi turut memberikan impak berkekalan dengan membekalkan ilmu pengetahuan serta sumber kepada keluarga agar dapat terus mengamalkan amalan kebersihan yang lebih baik.

Dengan penekanan khusus terhadap keterlibatan komuniti, Lifebuoy terus memperjuangkan kesedaran mengenai kebersihan dan menyokong komuniti yang kurang bernasib baik, memastikan lebih ramai lagi keluarga menerima bantuan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas Ramadan.

Menyokong Kebersihan untuk Malaysia yang Lebih Selamat dan Lebih Sihat

Hampir sedekad, Unilever melalui Lifebuoy telah mempromosikan amalan mencuci tangan dengan sabun di Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai 1 juta pelajar menjelang 2025. Melalui program pendidikan kebersihan dan sumbangan produk, Lifebuoy terus melaksanakan misinya untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat serta menyokong kejayaan akademik.

Sejak pelancaran program bantuan ini di Malaysia, Lifebuoy telah berjaya mendidik ramai kanak-kanak tentang kepentingan kebersihan, memupuk tabiat mencuci tangan yang baik, dan membina budaya kebersihan. Jenama ini akan terus memperluaskan usahanya, bagi menerapkan amalan ini dalam kalangan lebih ramai lagi pelajar pada tahun-tahun akan datang.


Wednesday, March 19, 2025

Jangan Jadikan Pembaziran ‘Pesen’ di Bazar Ramadan

Hi Korang,

MYSaveFood mengambil langkah proaktif melancarkan kempen anti-pembaziran makanan #BazirRamadan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu pembaziran makanan yang semakin membimbangkan sepanjang bulan Ramadan.


Kempen ini mengetengahkan idea kreatif persembahan fesyen trashwalk di Bazar Ramadan Pantai Dalam dengan memperagakan sut yang direka khas daripada sisa makanan terbuang sebagai simbolik kepada makanan yang dibazirkan di bazar Ramadan dan mempertontonkan kesan buruk tabiat membazir.

Menurut data tahun 2024, lebih daripada 60,000 kilogram makanan tidak terjual di bazar Ramadan. Jumlah kuantiti ini cukup untuk mengenyangkan 120,000 orang iaitu bersamaan dengan purata 500 gram satu hidangan setiap orang.



Realiti ini mencerminkan budaya atau ‘pesen’ berbelanja berlebihan dalam bulan Ramadan yang sudah dinormalisasi dan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Perkataan ‘pesen’ yang berasal daripada slanga tempatan merujuk kepada gaya, sikap, dan gelagat manusia. Bagi konteks Ramadan, ia menggambarkan tabiat membeli berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran yang ketara.

“Pembaziran makanan pada bulan Ramadan bukan isu baharu. Ramai yang sedar, tetapi perubahan masih perlahan. Sebab itu kami tampil dengan pendekatan kreatif ini untuk membuka mata masyarakat,” kata Timbalan Pengarah MYSaveFood Ainul A'syara Binti Kamal.

Sejak penubuhannya 9 tahun lalu, MYSaveFood telah bekerjasama dengan peniaga bazar di seluruh negara untuk mengurangkan pembaziran makanan.


Pada 16 Mac 2025, MYSaveFood berjaya menyelamatkan 46,208 kilogram makanan yang tidak terjual daripada 108 bazar di seluruh Malaysia yang bersamaan dengan nilai pembaziran sebanyak RM559,199.00. Makanan yang diselamatkan ini diagihkan kepada golongan yang memerlukan, memastikan makanan tidak terbuang begitu sahaja.


Kempen #BazirRamadan bukan sekadar satu peringatan tetapi satu seruan untuk kita semua mengubah sikap dan menghargai setiap rezeki yang ada. Jangan jadikan pembaziran satu ‘pesen’ di bulan yang penuh keberkatan ini.

Di samping itu, MYSaveFood juga membuka ruang dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai pasukan sukarelawan. Bersama-samalah kita, baik pembeli mahupun penjual membawa arus pembaharuan dan tidak meneruskan 'pesen' pembaziran.

Untuk info lebih lanjut, layari www.bazirramadan.com

Tuesday, March 18, 2025

JOM TERJAH BAZAAR RAMADAN DI SELANGOR!

Hi Korang,

Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan bazar Ramadan, di mana pelbagai juadah berbuka boleh didapati dalam satu tempat. 


Dari makanan tradisional hingga hidangan moden, setiap bazar menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan lebih 60 bazar terbaik, di setiap Daerah Negeri Selangor!

Bazar Ramadan, Kuala Selangor

Kalau ke Kuala Selangor, jangan hanya cuba makanan laut dan mee udang, banyak lagi makanan rare yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan di sini! Antara yang wajib dicuba ialah Philly Cheese Steak, Kunafa, Laksa Johor dan pelbagai hidangan lain yang menyelerakan. Bazar Ramadan di Kuala Selangor menawarkan banyak pilihan dengan tapak yang luas. Antara bazar terbaik yang boleh dikunjungi termasuk Bazar Ramadan Tanjung Karang, Lotus Kuala Selangor, Saujana Utama, Ijok dan di Naluri Sukma, Puncak Jalil. Sambil membeli belah di bazar, jangan lupa cari tempat OOTD sekitar bendang untuk sesi bergambar raya nanti! Lokasinya pun berdekatan dengan Sabak Bernam.


Bazar Ramadan, Ampang Jaya

Untuk yang bekerja di sekitar Ampang Jaya, apa kata berbuka dahulu sebelum bersesak pulang ke rumah. Dengan lokasi bazar yang strategik di sekitar pusat bandar, ia sememangnya menjadi pilihan utama untuk para pekerja seperti Bazar Ramadan Padang Perbandaran MPAJ, Taman Malawati, Taman Sri Bayu, Jalan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa. Secara keseluruhan, terdapat lebih 10 bazar Ramadan di sekitar Ampang Jaya yang menawarkan pelbagai juadah menarik seperti Nasi Kerabu, Kuih Akok, Sosej Thai, Lokching dan banyak lagi!



Bazar Ramadan, Shah Alam

Bagi yang menetap di sekitar Shah Alam, semestinya Bazar Ramadan menjadi tujuan pertama sebelum pulang ke rumah. Untuk yang mencari Nasi Mandi dari Chef Ammar yang sentiasa menjadi rebutan tiap kali bulan Ramadan, dekat sinilah pengunjung boleh cuba. Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi 5 Bazar Ramadan di Shah Alam ini seperti Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Setia Perdana BB, Seksyen 19, Denai Alam dan Seksyen 17. Terdapat juga makanan- makanan viral yang menjadi sasaran para penggemar makanan seperti Cheese Wheel Mac & Cheese, Murtabak Singapura, Roti John, Kambing Golek dan banyak lagi.

Bazar Ramadan, Petaling Jaya

Bagi yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, bolehlah singgah ke bazar Ramadan untuk tapau juadah berbuka. Maklumlah, trafik bulan puasa selalu sesak dan kadang- kadang sampai terpaksa berbuka dalam kereta! Di Petaling Jaya, terdapat lima bazar Ramadan utama yang sentiasa menjadi tumpuan seperti Bazar Ramadan SS 6/1 Kelana Jaya, Bazar Ramadan Taman Medan, Bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Taman Sri Manja dan Seksyen 4 Kota Damansara.


Bazar Ramadan, Kuala Langat

Untuk penduduk di Kuala Langat, Bazar Ramadan di sini juga tidak kurang meriahnya. Seperti di Banting, terdapat tapak Bazar Ramadan dengan lebih 100 gerai makanan tersedia, memang tak cukup 1 jam untuk pusing keseluruhan Bazar! Untuk yang mencari makanan jawa, terdapat juga gerai menjual makanan seperti Nasi Ambeng dan pecal jawa. Jangan lupa untuk singgah ke 5 Bazar Ramadan Kuala Langat yang terpilih tahun ini seperti Bazar Ramadan Tapak Pasar Malam Banting, Jalan SP 4/1 Bandar Saujana Putra, Tepi Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat, Kawasan Trak Makanan Pusat Perdagangan Triana dan di Jalan 3/2 Jenjarom.


Bazar Ramadan, Subang Jaya

Bagi penduduk di sekitar Subang Jaya, terdapat lebih daripada 20 bazar Ramadan dengan lebih 200 gerai yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa. Antara bazar yang wajib dikunjungi termasuklah Bazar Ramadan USJ 4, Dataran Niaga Puchong Permai, Bandar Kinrara 5, Persiaran Megah dan Taman Seri Serdang. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan seperti murtabak, tongmo bakar, nasi kerabu dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk berbuka bersama keluarga, pastikan anda datang lebih awal kerana kebanyakan bazar di Subang Jaya sentiasa dipenuhi pengunjung!

Bazar Ramadan, Klang

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, setiap bazar Ramadan di Klang pasti menjadi tumpuan ramai. Dari Meru hingga ke Pekan Klang, pelbagai juadah berbuka puasa tersedia untuk dinikmati. Siapa yang tidak kenal dengan Bazar Ramadan Taman Sri Andalas? Bazar ini terkenal dengan pelbagai hidangan seperti ayam percik, kebab dan nasi beriani yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Selain itu, terdapat banyak lagi bazar Ramadan menarik di Klang yang boleh dikunjungi, antaranya Bazar Ramadan Simpang Empat Sungai Udang, Kampung Meru, Lorong Musran Rantau Panjang dan Jalan Raja Mokhtar. Memandangkan ada bazar di Klang yang mula beroperasi seawal jam 3 petang, pastikan anda datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.



Bazar Ramadan, Selayang

Selayang tidak kurang meriahnya dengan pelbagai bazar Ramadan yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Dengan kepelbagaian juadah daripada makanan tradisional Melayu hingga ke hidangan fusion moden, pengunjung pasti rambang mata! Jom terjah 5 Bazar Ramadan di Selayang seperti di Dataran Greenwood, Jalan E3/8 Taman Ehsan, Jalan 2 Bandar Baru Selayang, Taman Selayang Uatama dan Bandar Rawang. Pelbagai pilihan makanan menanti, termasuk Roti John, Ayam Golek, Nasi Kerabu, Murtabak dan banyak lagi.

Bazar Ramadan, Hulu Selangor

Dah alang- alang ke Selayang, apa kata kita ke Hulu Selangor pula. Jika anda berada di sini, jangan risau bazar Ramadan di kawasan ini juga menawarkan pelbagai pilihan juadah yang enak untuk berbuka! Dari hidangan tradisional hingga makanan moden, semua boleh didapati di sini. Antara 5 Bazar Ramadan yang popular di Hulu Selangor ialah Tapak Pasar Pagi Taman Seri di Batang Kali, Jalan Telipot 2A Bukit Sentosa, Jalan Kantan 2 Bukit Beruntung, Jalan Gapi 1A di Antara Gapi serta Medan Selera Sungai Buaya. Makanan istimewa yang sering menjadi pilihan adalah seperti Tepung Talam, Tauhu Sumbat, Lompat Tikam dan macam macam lagi.

Bazar Ramadan, Kajang

Bila sebut Kajang, pasti semua teringat sate! Tapi tahukah anda, terdapat banyak lagi juadah menarik yang wajib dicuba sepanjang Ramadan ini? Antara yang popular ialah Nasi Padang, Tauhu Bergedil, Lontong Kering, dan banyak lagi! Jika anda berada di Kajang, jangan lupa singgah ke lima bazar Ramadan terbaik di kawasan ini, antaranya di Bazar Ramadan Sungai Tangkas, Sungai Jelok, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Taman Pelangi Semenyih dan di Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Sambil membeli-belah untuk persiapan Raya di Bangi, bolehlah singgah dan tapau makanan berbuka sekali!

Bazar Ramadan, Sepang

Sepang bukan sahaja terkenal dengan KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang, tetapi juga dengan bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai juadah lazat. Daripada makanan tempatan hingga ke hidangan viral, semuanya boleh didapati di sini! Antara Bazar Ramadan terbaik yang anda boleh kunjungi adalah Bazar Ramadan Litar Antarabangsa Sepang, Kosmopleks, Cyberjaya, Taman Dengkil Jaya dan Sungai Pelek. Antara menu popular di sini termasuk Nasi Ambeng, Sup Gearbox, Pulut Panggang, Ikan Bakar dan pelbagai jenis kuih-muih. Jika anda dalam perjalanan ke KLIA atau ke selatan, singgah dahulu ke bazar Ramadan di Sepang untuk berbuka puasa!

Bazar Ramadan, Sabak Bernam

Walaupun terletak di kawasan kampung, bazar Ramadan di Sabak Bernam tetap meriah dan menjadi tumpuan ramai! Daripada makanan Jawa hingga Banjar, semuanya ada di sini, antaranya punten, wadai kipeng, nasi ambeng, lontong dan banyak lagi hidangan tradisional yang sukar didapati di tempat lain. Bagi yang menetap di Sabak Bernam, berikut adalah lima tapak bazar Ramadan yang sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat seperti Tapak Pasar Awam Sekinchan, Tapak Pasar Pasir Panjang, Tapak Parkir Pasar Awam Sungai Besar, Pekan Sungai Besar dan di Pengkalan Sabak. Bagi yang dalam perjalanan pulang ke Perak, jangan lupa singgah di bazar Ramadan Sabak Bernam terlebih dahulu untuk membeli juadah berbuka!


Saturday, March 15, 2025

Raikan Hari Raya Dengan Nostalgia Bersama Kempen ‘BERAYA DI KOTA RAYA’ Di The CURVE

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, the Curve menjemput para pengunjungnya untuk mengimbau nostalgia Hari Raya di era 90-an dengan kempen ‘Beraya di Kota Raya’. Berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April 2025, kempen ini menyaksikan Centre Court diubah menjadi sebuah terminal bas retro yang meriah bagi menonjolkan suasana keindahan nostalgia Hari Raya di kota. 


Daya tarikan utama kempen ini adalah sebuah bas mini berwarna merah jambu ikonik, yang pernah menjadi pemandangan biasa di Lembah Klang serta sebahagian daripada sejarah pengangkutan Malaysia. 


Bagi melengkapkan tema nostalgia ini, hiasan Raya the Curve turut menampilkan sebuah rumah kayu kampung yang diilhamkan daripada Rumah Biru di Kampung Baru, perhentian bas vintaj, kaunter tiket, dan hiasan Hari Raya klasik, yang pastinya akan mengembalikan nostalgia kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di era dahulu.


En. Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, berkongsi, “Pada Hari Raya ini, kami teruja untuk meraikan warisan budaya sambil membantu perniagaan tempatan dan juga menyemarakkan semangat berkomuniti. Melalui kempen ‘Beraya di Kota Raya’, kami ingin mengimbau kembali nostalgia sambutan Hari Raya Aidilfitri di kota, di mana tradisi yang dihargai, bazar meriah, dan suasana perayaan komuniti mencipta pengalaman yang istimewa untuk semua generasi.”

Bagi membantu usahawan tempatan, the Curve membawakan lebih 100 reruai jualan Raya, termasuk lebih 10 reruai selebriti yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian Raya, aksesori, kuih-muih, dan Juadah Berbuka Puasa di seluruh pusat beli-belah.


Para pengunjung boleh menikmati kemeriahan Hari Raya melalui persembahan kebudayaan seperti Dikir Barat, Zapin, dan Tarian Muzikal Raya, manakala kanak-kanak berpeluang untuk menyertai Bengkel Raya seperti Menganyam Ketupat dan Membuat Kad Raya pada hujung minggu.

Pengunjung yang berbelanja di the Curve bakal menerima ganjaran melalui program Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase / GWP). Dengan perbelanjaan minimum RM200, mereka akan menerima sampul Raya dan pelekat edisi terhad. Dengan perbelanjaan RM450 ke atas pula, mereka akan menerima beg istimewa dan pelekat yang direka oleh pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar, bersama sampul Raya.

Bagi mereka yang gemarkan cabaran pula, peraduan media sosial ‘Cari dan Menang’ anjuran the Curve menawarkan peluang untuk memenangi baucar beli-belah dan cenderahati eksklusif.

Seiring dengan amalan bersedekah, kempen Raya the Curve ini dimulakan dengan majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang.



Sebahagian daripada inisiatif CSR Curve Lurve, acara iftar istimewa ini ditaja oleh Flint untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna kepada kana-kanak tersebut. Vendor the Curve juga menyumbangkan barangan keperluan, pakaian baru, duit raya, hamper, dan kuih-muih untuk memastikan kanak-kanak tersebut dapat menikmati pengalaman sambutan Hari Raya yang tidak dapat dilupakan.




the Curve turut bekerjasama dengan Suria FM untuk mengedarkan Bubur Lambuk terkenal dari Masjid Kampung Baru. Bubur Lambuk tradisional ini disediakan dan diagihkan kepada para pengunjung dengan kehadiran En. Khairul Azizi Bin Ismail, CEO Boustead Properties Berhad, En. Jazmi Kamarudin, serta personaliti radio Suria FM DJ Lin, Iman, dan Chiwan.

Sebuah reruai sumbangan ‘Kongsi Rezeki’ akan ditempatkan di Centre Court dari 28 Februari hingga 6 April untuk membolehkan para pengunjung menyumbang barangan keperluan kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang. Sumbangan ini akan dihantar dalam dua peringkat iaitu pada 17 Mac dan 7 April. Selain itu, setiap Jumaat sebelum waktu iftar, pasukan pengurusan the Curve akan mengedarkan 50 pek hadiah Ramadan istimewa sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung.

Dalam semangat kebersamaan, the Curve menaja tiket bas VIP untuk inisiatif #theCurveBelanjaBalikKampung bersama Suria FM. Peraduan media sosial ini mengalu-alukan peserta untuk menghantar Pantun Raya paling kreatif bagi memenangi tiket bas VIP pulang ke kampung dengan destinasi ke utara, selatan dan timur.

Tahun ini, the Curve turut memperbanyakkan tawarannya dengan ketibaan penyewa baharu seperti Serai, Kenangan Coffee, Toast Maker, Koppiku, Summer Bliss, dan Richeese, bersama jenama fesyen dan aksesori seperti Original Classic, Osmanli Oud, Hyrem, dan Case. Keluarga dengan anak-anak kecil juga akan teruja dengan Moonbug Cocomelon, sebuah pengalaman pendidikan sambil berhibur untuk kanak-kanak.




Untuk keselesaan pengunjung sempena musim perayaan, waktu operasi the Curve di The Street akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan. Langkah ini memberi lebih masa kepada para pengunjung untuk membeli-belah, menjamu selera, dan membuat persediaan untuk Hari Raya.

Merangkumi hiasan nostalgia, persembahan kebudayaan, inisiatif CSR bermakna dan juga bazar Raya yang meriah, kempen ‘Beraya di Kota Raya’ di the Curve menawarkan pengalaman perayaan yang istimewa. Pengunjung boleh menikmati keindahan memori Hari Raya Aidilfitri masa lalu, mengimbau kenangan manis, dan mencipta detik baharu yang lebih bermakna bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini serta aktiviti menarik lain di the Curve, sila layari www.thecurve.com.my, atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.


Friday, March 14, 2025

MEMPROMOSIKAN AMALAN RAMADAN YANG LEBIH SIHAT MELALUI GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG"

Hi Korang.

Ketika rakyat Malaysia bersama-sama menyambut Ramadan, amalan-amalan kerohanian pada bulan ini turut disertai dengan tradisi masakan-masakan yang digemari. 


Namun, dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat yang dinikmati semasa iftar dan sahur, terdapat keperluan untuk menerapkan tabiat pemakanan yang lebih sihat demi kesejahteraan tubuh badan. Gerakan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan berkesan untuk mengekalkan diet seimbang sambil tetap menikmati juadah perayaan mereka.



Dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di peringkat global dan dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi di Asia Tenggara bagi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan dan obes, inisiatif ini hadir tepat pada masanya untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan praktikal bagi membuatkan pemakanan yang lebih sihat itu adalah mudah sekali. 



Misi ini juga merupakan misi jangka panjang yang akan diperkukuhkan oleh Scott bermula pada bulan puasa ini. Fokus utama gerakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan kecil tetapi berimpak besar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu—seperti mengurangkan lebihan minyak dalam makanan—bagi memastikan manfaat kesihatan jangka panjang tanpa menjejaskan rasa atau tradisi.

Nor Syafiqah Zainal, iaitu Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak atau berminyak boleh menjurus kepada masalah pencernaan. “Walaupun kita kurang makan pada bulan Ramadan, kenaikan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai pilihan makanan lazat yang menggiurkan di bazar Ramadan atau di majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih, dan bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah 700 kalori. Semasa berpuasa, badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan lebihan kalori sebagai lemak. Namun, ini tidak bermaksud seseorang perlu meninggalkan masakan-masakan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil—seperti mengurangkan penggunaan minyak—rakyat Malaysia boleh mengekalkan tradisi masakan mereka sambil tetap memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sama seperti perubahan gaya hidup lain, kuncinya adalah keseimbangan, bukan pengorbanan sepenuhnya. Penyesuaian mudah, seperti penggunaan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak daripada hidangan lengkap yang mengandungi beberapa jenis lauk.”



Bagi menyampaikan mesej ini terus kepada masyarakat, inisiatif ini telah turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga-peniaga tempatan untuk menunjukkan cara yang mudah bagi menjadikan hidangan tradisional lebih sihat. "Dengan bekerjasama dengan peniaga-peniaga bazar, kami menunjukkan bagaimana langkah mudah seperti menekap tisu Scott Calorie Absorb pada makanan boleh menghilangkan lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan. Sudah tentu, segalanya perlu diambil secara sederhana, tetapi yang pentingnya di sini adalahbagaimana Scott menawarkan penyelesaian praktikal yang sesuai dengan gaya hidup dan tabiat pemakanan sedia ada," kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott.

Gerakan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan berlangsung di bazarbazar Ramadan utama di seluruh Lembah Klang. Di bazar-bazar ini, demonstrasi memasak secara langsung akan menampilkan langkah-langkah mudah seperti menggunakan tisu dapur Scott yang menyerap 127 kalori ke atas makanan-makanan kegemaran ramai seperti keropok lekor, ayam goreng, dan pisang goreng dapat mengurangkan pengambilan minyak berlebihan tanpa menjejaskan rasa atau tekstur. Hasilnya? Semua keenakan dan kerangupan yang disukai rakyat Malaysia masih dirasai, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah.



Selain demonstrasi secara langsung, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai, termasuk cabaran ‘Spin the Wheel’ di mana mereka berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan Raya daripada Scott seperti beg tote, balang kuih, dan sampul duit raya. Menambahkan lagi kemeriahan, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa untuk menceriakan suasana di bazar.

Selain membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat di bazar, Scott juga adalah teman yang terbaik semasa persiapan sahur dan berbuka puasa di rumah. Dengan lebih ramai keluarga memasak sendiri sepanjang Ramadan, tisu dapur Scott menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk membersihkan tumpahan, menyerap lebihan minyak, serta memastikan dapur sentiasa bersih dan kemas sepanjang bulan puasa.



Pastikan anda mengunjungi Bazar Ramadan Dato Keramat AU1 dari 20 hingga 22 Mac 2025 untuk turut serta dalam keseronokan ini! Kempen ini juga diperluaskan ke platform digital, dengan lebih 10 pencipta kandungan bekerjasama untuk mencipta serta berkongsi resipi-resipi yang sihat dan mudah sepanjang Ramadan.

Sebagai bulan yang menekankan kebersamaan, kesyukuran, dan keakraban, inisiatif ini mengingatkan bahawa perubahan kecil mampu memberi impak yang besar, membolehkan semua orang dapat meraikannya dengan lebih riang, seimbang, dan sihat.



Nota kepada Editor:

Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Raya, satu kempen turut dijalankan di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada Promosi Raya Kimberly-Clark, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 untuk produk yang terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000. 

Thursday, March 13, 2025

AYAM GEPUK PAK GEMBUS RAI PENCAPAIAN BERSEJARAH TERIMA LIMA ANUGERAH BERPRESTIJ MALAYSIA BOOK OF RECORDS!

Hi Korang,

Ayam Gepuk Pak Gembus, jenama Ayam Gepuk halal terkemuka di Malaysia, menerima lima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian:

1. Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama yang Diperakui Halal

2. Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama di Malaysia

3. Rangkaian Makanan ‘Ayam Gepuk’ Terbesar

4. Nilai Jualan Tertinggi ‘Ayam Gepuk’ dalam Setahun

5. Jumlah ‘Ayam Gepuk’ Terjual Terbanyak dalam Setahun


Majlis penganugerahan yang berlangsung pada 27 Februari 2025 (Khamis) di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, di mana sijil rasmi disampaikan oleh wakil MBOR bukan sahaja membuktikan pencapaian luar biasa jenama ini dalam industri makanan dan minuman, tetapi juga mengukuhkan komitmen terhadap kualiti, kepercayaan pengguna, dan kepatuhan Ayam Gepuk Pak Gembus kepada piawaian yang tinggi.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan dihadiri Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Dato Indera Hermono

Ketua Pegawai Operasi (COO) Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia, Zulkarnain Bin Mohd Yusof berkata, penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian, tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri.


Beliau menekankan bahawa pengiktirafan ini membuktikan kepada pelanggan bahawa piawaian terbaik dan halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan makanan. “Pensijilan halal yang diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan yang selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.”

“Dengan adanya pensijilan halal, jenama seperti Ayam Gepuk Pak Gembus bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia.


Tambahnya, Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia bertekad untuk terus memperluaskan operasinya, menawarkan lebih banyak inovasi dalam menu, dan menyumbang kepada industri halal Malaysia yang semakin berkembang pesat.

“Dengan lebih 800 outlet di Indonesia dan hampir 100 outlet di Malaysia, Pak Gembus kini memperkukuhkan kedudukannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran utama, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Ayam Gepuk Pak Gembus sedang merancang pembukaan outlet antarabangsa pertamanya di luar Malaysia, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pengembangannya di peringkat global.

“Dengan pendekatan yang berfokus kepada pelanggan, Pak Gembus kekal komited untuk membawa cita rasa asli dan pematuhan halal ke lebih banyak rantau, sejajar dengan permintaan pasaran,” katanya.


Pada acara itu, Pak Gembus turut memperkenalkan produk terbarunya, Sambal Kemiri, yang dilancarkan secara eksklusif untuk para hadirin. Produk inovatif ini merupakan tambahan baharu dalam keluarga Pak Gembus, berbeza daripada sambal ikonik yang disajikan di restoran. Ia direka khas untuk membawa rasa asli ‘PG by Pak Gembus’ terus ke dapur pelanggan.


Dalam masa terdekat, Sambal Kemiri akan tersedia untuk pembelian melalui platform e- dagang seperti Shopee dan TikTok Shop. Para pelanggan digalakkan untuk mengikuti ‘PG by Pak Gembus’ di kedua-dua platform ini bagi mendapatkan kemas kini terkini mengenai pelancaran rasmi serta promosi istimewa.



Mengenai Ayam Gepuk Pak Gembus

Dibangunkan pada tahun 2013 oleh Rido Nurul Adityawan, kini mempunyai lebih 800 cawangan di Indonesia dan mula bertapak di Malaysia pada tahun 2017. Pak Gembus Malaysia terkenal dengan sentuhan unik dan moden terhadap makanan Indonesia yang disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia. Mereka juga merupakan jenama Ayam Gepuk pertama yang telah menerima sijil HALAL dari JAKIM. Di samping itu, Pak Gembus terus memikat pelanggan dengan dedikasi terhadap kualiti, rasa, dan perkhidmatan yang terbaik.

Cawangan yang mempunyai sijil HALAL setakat Februari 2025: Saujana Utama 3, Puncak Alam, Setiawangsa, Putra Heights, Semenyih, Bandar Seri Putra, Kajang, Kampung Pandan, Neocyber, Bandar Baru Nilai, Seremban 3 Bandar Enstek, Permaisuri, Ayer 8, Banting, Kuala Selangor, Pandan Indah, Balakong, MITC, Taman Cheng Melaka, Kulim dan Taiping

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Gepuk Pak Gembus, sila layari https://www.ayamgepukpakgembus.com.my/ atau carian melalui Instagram, Facebook atau TikTok (@ayamgepukmalaysia).

Tuesday, March 11, 2025

G2000 Launches Exclusive Collaboration with Tudung FAZURA and Unveils its Latest Spring Summer 2025 Collection

Hello Everyone,

In a world where fashion meets function, G2000 and Tudung FAZURA, founded by celebrity entrepreneur Nur Fazura Sharifuddin, proudly unveil their latest collaboration at the G2000 boutique at The Exchange TRX – seamlessly blending modern sophistication with modest elegance. 


The exclusive Suave Black Label collection, launched alongside G2000’s Spring Summer 2025 collection – Be Bold, Be Seen, introduces a new chapter in workplace fashion—one that champions versatility, confidence, and individuality.

The Story Behind Suave: A Symbol of Elegance

This collaboration was born from a shared vision: to redefine workwear by integrating modest fashion into the professional wardrobe. G2000 has long been synonymous with impeccable tailoring and timeless workwear, while Tudung FAZURA embodies grace and confidence for the modern woman.

According to Fazura, collaborating with G2000, was a natural decision, due to her appreciation for the brand’s commitment to high-quality, comfortable, and stylish workwear.



“I’m grateful and excited about this unique collaboration with G2000 for its Spring/Summer 2025 collection. Tudung FAZURA’s Black Label Suave Collection is designed to highlight the professionalism aura of working women and complements well with various statement pieces and other attractive offerings from G2000’s Spring/Summer 2025 collection” said Fazura.

Though designed with women in mind, the Suave Black Label collection can be worn by anyone. More than just a scarf, it is a statement of self-assurance, empowerment, and refined grace. The collection symbolises the harmony between tradition and contemporary workplace fashion, reflecting adaptability—just like the professionals who wear it.

“I want everyone who wears pieces from the Suave Black Label collection to feel confident and comfortable in expressing their take on professional fashion. Easily styled with G2000’s Be Bold, Be Seen collection, these scarves are a chic way to elevate your professional wardrobe” shared the fashion icon.

G2000 x Tudung FAZURA – Suave Black Label Collection

The G2000 x Tudung FAZURA Suave Black Label collection features 10 distinct scarf designs in soft hues, perfect for professional environments and formal occasions. Designed with matte satin fabric, each scarf effortlessly complements the modern professional lifestyle.

Whether styled as a traditional hijab for formal business meetings, or worn as a chic neck scarf to elevate a power suit, this versatile piece is a symbol of refinement. It isn’t just an accessory—it’s an essential piece that elevates any wardrobe, proving that modest fashion can be both powerful and stylish.



G2000 Spring Summer 2025 Collection: Be Bold, Be Seen

Complementing this refined accessory, G2000’s Spring Summer 2025 collection reimagines nautical- inspired fashion, offering a refreshing yet sophisticated approach to the professional wardrobe. Inspired by a palette of sea glass greens, sandy neutrals, and deep aquatic blues, the latest collection provides effortless sophistication, perfect for both work and leisure.

A stand out piece, the Weekend Fit Blazer redefines relaxed elegance, seamlessly transitioning from boardroom to brunch. Its lightweight summer wool blend ensures you stay cool even on warm days.

Functionality meets finesse with Teflon®-coated fabrics that repel stains and water, ensuring a crisp, polished look all day long. Antibacterial silver ion technology keeps you feeling fresh, while multi-way stretch fabrics move effortlessly with every step. And for the modern professional who values both style and ease, G2000 introduces machine-washable, quick-drying suits and shirts—tailored to perfection, yet effortlessly practical.

This season’s silhouettes strike the perfect balance between structure and fluidity, featuring shawl collar blazers and ruched cuff details that add a contemporary edge. Whether it’s a sharply tailored suit or a relaxed yet polished blazer, each piece is crafted to exude confidence, versatility, and undeniable sophistication.

Together, G2000 and Tudung FAZURA redefine professional dressing with a collection that is elegant, empowering, and designed to move with today’s professionals. The Suave Black Label collection and Be Bold, Be Seen are more than fashion statements—they are a celebration of strength, confidence, and individuality in the workplace.


Buffet Ramadan Review 2025 | ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’ Hilton Garden Inn Puchong

Hi Korang,

Tiada yang lebih bermakna daripada berkongsi hidangan lazat bersama insan tersayang sepanjang bulan Ramadan. Hilton Garden Inn Puchong menjemput anda untuk menikmati ‘Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan’, bufet istimewa Ramadan yang direka untuk mendekatkan hubungan melalui keindahan makanan dan perbualan yang penuh makna. 


Bertemakan keakraban dan kebersamaan, bufet tahun ini menekankan keindahan berkumpul semula dengan keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja dalam suasana mesra dan selesa. Sebagai sebahagian daripada kempen Hilton di seluruh negara, hotel ini menyediakan ruang yang hangat di mana setiap pertemuan menjadi kenangan yang berharga.












Bermula dari 5 hingga 28 Mac 2025, nikmati pelbagai sajian istimewa yang meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Antara menu lazat yang menanti anda termasuk:

🍽️ Kerabu Daging Salai – kelazatan daging salai dengan aroma berasap yang menggoda
🍽️ Tauhu Bergedil Ayam – tauhu rangup yang diisi dengan inti ayam berempah
🍽️ Salmon Percik Mangga – sentuhan unik salmon dengan sos percik berperisa mangga








Juga, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan klasik seperti Assam Pedas Ekor Sapi, Getuk Kurma, dan Pengat Keledek, yang pastinya membangkitkan nostalgia dan kehangatan suasana berbuka puasa.

Tawaran Istimewa – Early Bird & Nikmati Diskaun!

✨ Promosi Tempahan Awal – Nikmati diskaun 20% untuk tempahan yang dibuat antara 10 – 28 Februari 2025

✨ Keistimewaan Ahli Hilton Honors – Diskaun sehingga 25% dari 1 – 30 Mac 2025 (Tertakluk kepada terma & syarat)


💰 Harga Bufet Ramadan:RM128 nett (dewasa)
RM64 nett (kanak-kanak)
RM89.60 nett (warga emas)



📍 Tempah meja anda hari ini:
📞 Telefon: +603 8084 1299
📱 WhatsApp: +6012 612 9947
📧 Emel: KULPU_FB@hilton.com
🌐 Laman web: eatdrinkhilton.com

Sepanjang Mac 2025, hotel-hotel Hilton di seluruh Malaysia turut mengadakan bufet Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan dengan sajian istimewa mereka sendiri.

Jangan lepaskan peluang untuk berkumpul bersama insan tersayang dan cipta kenangan bermakna menerusi juadah yang mengenyangkan jiwa dan raga.