Friday, April 29, 2022

MARRYBROWN Dah Ada Mobile Apps!! Jom Download Lekas Untuk Dapatkan Tawaran Menarik.

Hi Korang,

Salah satu sebab kak lily suker ke Marrybrown sebab diorang ada vegetable salad dan fish burgernya panjang dan sos melimpah hahahahaha tak ketinggalan ayamnya pedas-pedas manjah gituewww..

Tup-tup sekarang ni dah ade aplikasi Marrybrown tau.


Apa laie terus kak lily download cepat-cepat kat phone ni kan, even kat phone Mr Big pun kak lily pakse gak download hehehehee

Rupanya banyak Deals yang awesome kat dalam aplikasi ni hah.


Untuk yang pertama kali download macam kak lily ni, ktorg dapat percuma 1 ketul ayam goreng bila jadi new member.

Siap pada Tawaran 40% masih ada lagi!!

Kalau tau kak lily pi masa berbuka puasa tadi, lagi macam-macam boleh di ordernya hahahaha.. Pi time moreh so makan ala kadar je hah tapi tetap boleh redeem deals tau




Ada tawaran makanan harga bermula RM2.90. Sebelum ni viral tawaran RM1, tapi dah habis, tawaran lain pulak dia bagi.

Antara menu yang tersenarai di dalam great deals tersebut ialah:

1) Potato Wedges

2) Onion Rings

3) Mushroom Soup

4) Chicken Nugget

5) Bubur Ayam Combo

6) MB Kiddy Meals Chicken Burger

7) Boba Tea

8) Hotouch Burger Combo

9) Cheesy Burger + Cheesy Wedges

10) Tower Burger Combo



Cara Download Aplikasi Marrybrown

1) Korang boleh download aplikasi Marrybrown di android dan apple store secara percuma.

Klik link ini https://mbapp.marrybrown.com/ . Oh ya tak semua outlet Marrybrown yang guna aplikasi ni, boleh tengok dekat aplikasi outlet mana yang ada.

2) Lepas download, teruskan dengan isi nombor telefon korang, lagi senang.

3) Kemudian, isi kod negara dan nombor telefon

4) Kod verification akan dihantar dna korang boleh isi

5) Lepas tu isi la nama, pasword, jantina dan lain-lain

6) Klik submit, siap



Ni la rupa homepage dalam aplikasi Marrybrown. Senang dan mudah.


Macam mana nak redeem?

1. Pada halaman utama, klik pada 'deals' dan pilih 'deals' mana yang korang nak.



2. Tertera pelbagai deals yang ada yang korang boleh pilih.

3. Sebaik sahaja korang klik pada 'deals' yang dipilih, akan ada penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

4. Tekan ‘redeem’

5. Lihat 'deals' yang korang dah tekan redeem tu dekat 'My Rewards'

6. Pergi ke outlet Marrybrown yang menggunakan aplikasi ini, dan pergi ke kaunter, bagitau korang nak redeem.

7. Tekan 'My Rewards' , tekan 'deals' yang dipilih dan scan kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda



Untuk yang nak delivery, atau pick up pun ada tau. Korang boleh ke 'Menu' lepastu pilihla sama ada nak delivery atau pick up. Delivery ada GrabFood, Food Panda dan Shopee Food. Untuk Pick up korang order, kemudian pergi ke outlet Marrybrown dan ambil makanan korang. ada juga pilihan sama ada nak dine in atau pick up bawak balik.

Bestnya lagi bila guna aplikasi Marrybrown ni akan dapat 'points'. 1 points sama dengan RM1. Nanti dah cukup points, boleh la tebus lagi makanan yang korang suka dekat bahagian ' Point Redemption'


Banyak lagi best dalam aplikasi Marrybrown ni tau. Hah, apa tunggu lagi, download aplikasi Marrybrown sekarang!

Nak tau lebih lanjut, boleh layari






Thursday, April 28, 2022

Guardian lancar kaji selidik Kesihatan Kebangsaan, Jemput Ke ‘Health of the Nation’ Di Sunway Piramid

Hi Korang,

Selaras dengan reputasinya selaku peneraju pakar kesihatan komuniti di Malaysia, Guardian sedang menjalankan satu kaji selidik dalam talian ‘Health of the Nation’ selama sebulan yang akan bermula pada 28 April 2022 dengan sebuah acara khas ‘Health of the Nation’ yang diadakan di Blue Atrium Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei berkata:

“Guardian telah memulakan kaji selidik ini untuk memahami kesihatan semasa rakyat Malaysia dan dengan hasil daripada tinjauan tersebut, Guardian berharap ia dapat dimanfaatkan bagi menyokong pelanggan dengan aktiviti serta maklumat kesihatan yang relevan yang diperlukan oleh mereka,” jelas beliau.

“Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ‘Health of the Nation’ Guardian yang boleh diakses menerusi platform media sosial dan digital Guardian termasuk Instagram dan laman Facebook Guardian,” kata Angela.

“Acara atrium Guardian yang akan berlangsung pada 28 April hingga 1 Mei 2022, akan menampilkan 24 jenama yang mengambil bahagian dan pelbagai promosi istimewa seperti hadiah dengan pembelian untuk semua pengunjung dan hadiah istimewa untuk pelanggan yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini di acara Atrium.”

“Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Blue Atrium Sunway Pyramid hujung minggu ini dimana banyak aktiviti kesihatan menarik akan diadakan disamping 24 jenama yang turut serta.

“Mereka yang mengambil bahagian dalam permainan, aktiviti atrium, atau melengkapkan kaji selidik di atrium akan menerima satu kad tebusan untuk menebus satu hadiah misteri di kaunter bayaran dengan sebarang pembelian. Pelanggan yang membeli rangkaian penjagaan kulit kami bernilai RM120 akan menerima satu set mangkuk Jepun PERCUMA sementara stok masih ada.

Dan pelanggan yang memuat turun aplikasi mudah alih Guardian ke telefon pintar mereka akan menerima kupon Guardian RM5.” tambah Angela.







Kak lily berkesempatan ke Guardian Event ini semalam dan ternyata ianya benar-benar menyeronokkan. Selain daripada dapat pelbagai info mengenai produk-produk yang terdapat di Guardian, kak lily sempat juga bermain games yang di sediakan di situ hehehhee memang having fun sangat lah tau..


Korang pun jemput ke ‘Health of the Nation’ di Sunway Piramid ni tau.

Imbas kod QR ini untuk pautan kepada kaji selidik.



Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY

#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia

Monday, April 25, 2022

Set SAFI SHAYLA | Membantu Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Hi Korang,

Nampak macam elok je rambut kak lily ni kan tapi hakikatnya ermm semakin berusia semakin rontok huahuahauhuaa… akibat dari hormon dalam badan dan juga persekitaran sekelililing.

Itu belum kira faktor usia lagi kan huahuahuahuhauha… nangis kejap tepi bucu katil hah

Mestilah kita kena cari solusi untuk masalah ni tapi hakikatnya manjang je produk tak kena dengan masalah rambut hah.

Setelah puas mencuba akhirnya bertemu jua kak lily dengan produk SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar .


Pentingnya Kena Gunakan SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar

Ada 6 sebab kenapa tonik pelebat rambut Safi Shayla ini kerap menjadi pilihan, antaranya seperti:-

Ianya dihasilkan daripada formulasi khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habbatus Sauda Complex dan ginseng merah bermutu tinggi

πŸ‘‰ 73% Rambut Lebih Kuat dari Akar

πŸ‘‰ 57% Kurang Rambut Gugur dari Akar Rambut

πŸ‘‰ Menyejukkan, melegakan kulit kepala, kulit kepala cepat kering

πŸ‘‰ Tidak berminyak

πŸ‘‰ Wangi! bau bunga yang menyegarkan


Cara Penggunaan SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar

1. Sembur kan Tonik pada kulit kepala

2. Urut kulit kepala untuk beberapa minit dan biarkan sehingga kering

3. Gunakan 2x sehari



Set Lengkap Menjadi Pilihan Untuk Mengatasi masalah Rambut Gugur

Kak lily dah pun mencuba produk Safi Shayla untuk siri membantu mengatasi masalah rambut gugur. Jadi untuk mendapatkan lebih keberkesanannya, kak lily gunakan satu set rangkaian penjagaan rambutt Safi Shayla dari siri ini.



1. Syampu
untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam


2. Refreshing Scalp Mask
menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & menghilangkan bau hapak


3. Hair Tonik
dirumus dengan Hijab Scalp Biotics teknologi, Ginseng Merah Korea & Niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut lebih lebat


4. Serum Rambut
membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke struktur rambut


5. Hair Mist
mengunci, mengekalkan dan melindungi nutrien rambut supaya rambut lebih kuat. Memberi kesegaran serta menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ketika bertudung.

Di harapkan informasi ini dapat membantu korang di luar sana yang mengalami masalah keguguran rambut ini.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? 

Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

Sunday, April 24, 2022

Maaf oleh Izmir Faree

Hi Semua,

“Single baru Izmir Fareez yang berjudul 'Maaf' menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri.”


Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru berjudul 'Maaf' hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir Fareez sendiri sebagai penulis lirik.



Menurut Izmir Fareez, pengarah muzik dan penerbit untuk lagu 'Maaf' ini adalah Along Exists dan pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni.

Menurut Izmir Fareez lagi, pada asal lagu 'Maaf' ini dicipta pada tahun 2020, ianya bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang. Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu berbunyi 'jiwang 90an' ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi 'jiwang 90an' ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik kematian kepada percintaan.

Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap digubah oleh Izmir Fareez tetapi disebabkan saat dan ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal. Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu 'Maaf' ini pada tahun 2021.


'Maaf' adalah sebuah lagu yang mengisahkan perceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama 3 tahun. Setelah hidup berumahtangga yang mereka bina, hanya isteri seorang sahaja yang menunjukkan rasa cinta dan kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu dan lelah, tetapi suami semakin lama hidup berumahtangga semakin pudar cinta dalam hatinya terhadap isteri. Sehinggalah isteri jatuh sakit dan meninggal dunia, maka suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan pelakuan dan layanan yang diberikan kepada isteri ketika hidupnya dan tiada lagi cinta dan kasih sayang setelah isteri meninggalkan suami buat selama-lamanya. Penyesalan yang dirasai oleh suami tidak dapat mengubah apa-apa kerana isteri tidak akan kembali kepada suami buat selama lamanya. Hanya mengharapkan agar isteri mengampunkan dosa suami di akhirat nanti.

Penggambaran video muzik lagu 'Maaf' yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu 'Maaf'.

Pelakon utama di dalam video muzik ini adalah Arie Laso dan Aleya Trisya yang kedua-duanya juga merupakan model pakaian lelaki dan perempuan.

'Pada asalnya memang kita hendak membuat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah', ujar Izmir Fareez.



Ditanya mengenai harapan Izmir Fareez terhadap lagu ini, beliau menjawab, 'Saya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita.'

Muzik video lagu 'Maaf' ini boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau boleh juga menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio di tanah air.

Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung terus dengan Imtiaz di talian 017-2558834.

Kali Pertama Ke Selangor Fruit Valley (SFV), Seronok Jugak

Hi Korang,

Pernah dengar Selangor Fruit Valley??

Mungkin ada yang pernah dan yagn tidak but for me errmm teruk ye duduk Selangor dah lama tak tau pun kewujudan destinasi agropelancongan yang tidak kurang hebatnya.


Untuk info Agropelancongan merupakan antara cabang sektor pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian atau penternakan. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang mana biasanya dilakukan oleh golongan petani mahupun penternak. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan secara individu bahkan seisi keluarga boleh sertai dan Selangor Fruit Valley (SFV) antara lokasi agropelancongan yang sedang mendapat perhatian ramai.

Hari tuh ada kesempatan untuk ke sini, haruslah kak lily tak lepaskan peluang. Drive sendiri ermm terasa seram jugak pada mulanya kerana kena lalu sedikit hutan kecil sebelum sampai ke mari daripada Pekan Rawang tapi seronok jugak sebab dapat menikmati keindahan alam.



SELANGOR FRUIT VALLEY
KM7, JALAN RAWANG -BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR.

WAKTU OPERASI:
9 PAGI – 4 PETANG (SABTU- KHAMIS)
TUTUP HARI JUMAAT

Untuk pengetahuan semua, Selangor Fruit Valley (SFV) terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya. Satu kawasan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017.

Pelbagai Haiwan Jinak di Selangor Fruit Valley (SFV)

Anak-anak pastinya paling teruja apabila berada di sini. 

Seperti menerokai sebuah mini zoo, anak-anak boleh mendekati dengan rusa, arnab, burung, kambing, itik, menangkap ikan dan pelbagai lagi.








Bukan sahaja boleh bergambar, bahkan kita boleh dekati dan memberikan haiwan jinak ini dengan makanan yang disediakan.


Begitu banyak arnab di sini, ada pelbagai saiz dan warna yang mana kita boleh sentuh dan bermain dengan mesra dengan arnab di sini.


Selain arnab, terdapat juga landak, hamster, burung dan juga anak ikan.

Pelbagai Jenis Tanaman di Selangor Fruit Valley


Kawasan Selangor Fruit Valley agak luas iaitu didalam 1000 hektar keluasannya. Untuk pengunjung yang datang ke sini jangan risau. Ini kerana perkhidmatan tram ada disediakan yang boleh membawa anda pusing ke seluruh kawasan Selangor Fruit Valley (SFV) ini.





Di sini terdapat lebih 25 jenis tanaman. Antaranya seperti Kelapa Pandan, Nangka, Nangchem, Nanas, Jambu Batu.



Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti berkaitan agropertanian antaranya seperti memetik buah jambu, menghasilkan telur masin, melihat penghasilan madu Kelulut, menuai sayuran dan pelbagai lagi.


Belajar membuat telur asin. Proses tidaklah terlalu rumit tetapi apa yang penting kita perlu ada tanah bersih, serkam padi, telur itik dan pelbagai lagi.

Kita akan lihat pelbagai jenis proses tanaman di sini. Ada yang masih di peringkat penyemaian biji benih, masih proses berbunga/berbuah dan tanaman yang sudah boleh dikutip.

Berehat Sebentar Di Rumah Melayu Tradisi Hilangkan Lelah


Sempat juga kak lily singgah di rumah melayu tradisi di Selangor Fruit Valley (SFV). Selain binaan kayu yang masih kukuh dan cantik, di bahagian laman juga kelihatan beberapa pokok buahan dan sayuran yang biasanya ada ditanam rumah-rumah kampung.


Berkesempatan untuk mencuba sendiri minuman air kelapa pandan yang dipetik segar-segar dari pokok. Memang puas menikmatinya terutama ketika cuaca panas.

Rumah bertiang tinggi, di bahagian beranda juga agak luas. Memang sesuai dijadikan ruang untuk lepak-lepak santai bersama keluarga.




Menikmati buah-buahan potong hasil tanaman dari Selangor Fruit Valley (SFV). Memang manis dan sedap ya!

Boleh Dapatkan Benih dan Produk Tanaman Dari Selangor Fruit Valley

Oh ya! Selangor Fruit Valley (SFV) juga ada menjual anak pokok buah-buahan, benih sayur-sayuran, nanas MD2, anak pokok Pisang Kultur Tisu. Kita juga boleh mendapatkan buahan-buahan yang ditanam disini seperti Kelapa Pandan, Nangchem, Jambu Batu, Belimbing dan banyak lagi.

Laman Herba

Selain itu pengunjung juga boleh meninjau Taman Herba di sini. 




Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang biasanya kita akan guna samada dalam masakan ataupun rawatan penyakit.

Ada banyak lagi sebenarnya tanaman herba di sini. 





Setiap pokok mahupun tumbuhan sudah dilabelkan dengan nama dan info bagi memudahkan pengunjung mengetahui tentang tanaman tersebut.

Antara Lain Menarik di Selangor Fruit Valley (SFV)

Bagi yang datang bersama keluarga atau berkumpulan boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti sukan air di Tasik Keranji. Disediakan juga tempat memancing bagi mereka yang gemarkan aktiviti ini.







Terdapat juga pameran haiwan eksotik yang dibawa khas ke Selangor Fruit Valley (SFV). Terutama bagi mereka yang suka melihat haiwan ini dengan lebih dekat.

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley (SFV)

Boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Warga Malaysia : 
RM15/seorang (dewasa) , RM10/seorang (kanak-kanak/warga emas/OKU/Pelajar).

Warga Asing : 
RM30/seorang (dewasa) dan RM25/seorang (kanak-kanak).

Dengan harga tiket ini membolehkan korang menaiki tram, mengelilingi ladang buah, mengunjungi Carambola Pavilion, laman herba, Taman Rusa, Taman Arnab dan rumah kampung.

Untuk mereka yang ingin melakukakan aktiviti seperti memetik buah nanas, menuai kelapa pandan, menorah getah, aktiviti berbasikal, membuat telur asin, memancing, korang boleh dapatkan pakej istimewa dengan menghubungi :-

Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033
atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com



Layari www.selangorfruitvalley.my dan FB (1) Selangor Fruits Valley | Facebook untuk informasi dan sebarang urusan berkenaan Selangor Fruit Valley (SFV).