Friday, July 31, 2026

Carlo Rino Celebrates Modern Femininity with Its Eau de Parfum Collection

Hi Everyone,

Carlo Rino celebrates modern femininity through its Eau de Parfum Collection, a curated range of six signature fragrances, designed to complement every mood, occasion and personality. Extending beyond its signature elegance of handbags and accessories, the collection invites women to express their individuality through the world of fragrance.



Crafted with a higher concentration of premium fragrance oils, the Carlo Rino Eau de Parfum Collection delivers a richer, longer-lasting scent experience that transitions effortlessly from day to night. Each fragrance is thoughtfully composed to leave a sophisticated and memorable trail while reflecting the confidence, individuality and timeless charm of today's woman.

Inspired by the belief that fragrance is an extension of personal style, the collection is created for women who embrace both strength and softness, allowing them to express different facets of their personalities through scent.

 

The collection features six distinctive Eau de Parfum fragrances, each telling its own story while inviting women to discover the scent that best reflects who they are. The collection opens with ‘The One’, a floral woody musk scent that embodies confidence and timeless sophistication for women who leave a lasting impression wherever they go. ‘It's Me’ celebrates authenticity and individuality with a floral aquatic scent that encourages women to embrace every facet of who they are, while ‘25°’ captures the effortless warmth and carefree spirit of a perfect day, offering a fresh and uplifting scent for everyday wear.

Completing the collection are ‘Spring’, a delicate floral fragrance inspired by new beginnings and the beauty of the changing seasons which gives off a floral and fruity scent. ‘Rose’ is an elegant interpretation of the classic bloom, exuding grace and femininity by blending elements like peach, green leaf and blooming rose. ‘In Love’ blends a soft, floral, sea breeze and pear scent that evokes heartfelt emotions and romantic moments, creating a lasting impression wherever the day takes you.

Whether worn as a signature everyday scent or selected to suit different moods and occasions, the Carlo Rino Eau de Parfum Collection encourages women to express themselves through fragrance as naturally as they express themselves through fashion. The collection also reflects Carlo Rino's continued evolution into a complete lifestyle brand, offering products that accompany women beyond style and into the moments, memories and emotions that define everyday life. 

The Carlo Rino Eau de Parfum Collection is available at all Carlo Rino boutiques and its official website.

Monday, July 13, 2026

EISAI Memperkenalkan Rawatan Pertama Di MALAYSIA Yang Memperlahankan Perkembangan PENYAKIT ALZHEIMER Peringkat Awal

Salam Semua,

Eisai Malaysia, afiliasi tempatan syarikat farmaseutikal penyelidikan global, Eisai Co., Ltd., telah memperkenalkan LEQEMBI (lecanemab), terapi pengubah penyakit (disease-modifying therapy, DMT) pertama di Malaysia untuk penyakit Alzheimer. Selama lebih tiga dekad, pilihan rawatan bagi penyakit Alzheimer terhad kepada pengurusan gejala semata-mata tanpa menangani punca penyakit tersebut.


LEQEMBI merupakan terapi pertama di Malaysia yang menyasarkan punca asas penyakit Alzheimer dengan menyingkirkan amiloid, salah satu ciri biologi utama penyakit tersebut.


Dengan menyasarkan patologi amiloid, LEQEMBI telah terbukti memperlahankan perkembangan penyakit, sekali gus berpotensi memanjangkan tempoh di mana pesakit dapat mengekalkan kebebasan, kualiti hidup dan keupayaan untuk terus menjalani aktiviti yang bermakna kepada mereka. Ubat yang diluluskan untuk rawatan penyakit Alzheimer bergejala peringkat awal ini memperoleh kelulusan penuh daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada Januari 2026.

Ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Eisai Malaysia, Kam Ai Teng, mengulas tentang kepentingan perubahan pendekatan rawatan ini serta bagaimana ia menandakan titik perubahan dalam cara penyakit Alzheimer difahami dan ditangani.


“Ini merupakan satu langkah yang amat bermakna dalam rawatan penyakit Alzheimer, apabila matlamat rawatan kini bukan lagi terhad kepada melegakan gejala, tetapi turut berupaya memperlahankan perkembangan penyakit itu sendiri,” kata Kam.


“Perkara ini amat penting kerana penyakit Alzheimer sebenarnya bermula jauh lebih awal sebelum munculnya gejala yang ketara. Apabila ramai pesakit menerima diagnosis, perubahan yang signifikan telah pun berlaku di dalam otak. Justeru, pengesanan awal kini menjadi lebih penting bagi memastikan pesakit berpeluang mendapat manfaat daripada kemajuan perubatan seperti ini.”

Keperluan untuk memperkukuh pengesanan awal penyakit Alzheimer menjadi semakin mendesak apabila melihat realiti demografi Malaysia. Dianggarkan bilangan rakyat Malaysia yang hidup dengan demensia, dijangka meningkat kepada 825,000 menjelang tahun 2050 — peningkatan melebihi 300% — seiring Malaysia menuju status negara menua.[1] Beban ekonomi penyakit ini[2] juga semakin ketara. 


Demensia dianggarkan menelan kos antara RM7.9 bilion hingga RM8.5 bilion setahun kepada negara, bersamaan hampir 0.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila mengambil kira kos penjagaan kesihatan, kehilangan produktiviti serta penjagaan tidak berbayar yang diberikan oleh ahli keluarga. Dalam konteks ini, terapi yang mampu memperlahankan perkembangan penyakit memberi kesan yang jauh melangkaui aspek klinikal, merangkumi kesejahteraan keluarga, penjaga serta sistem penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan.


Selain pesakit, penyakit Alzheimer turut memberi kesan emosi, fizikal dan kewangan yang besar kepada ahli keluarga serta penjaga, yang kebanyakannya menyediakan penjagaan sepenuh masa untuk tempoh yang panjang tanpa sokongan formal. Memandangkan penyakit ini bersifat progresif, keperluan penjagaan akan terus meningkat dari semasa ke semasa, menjadikan Alzheimer bukan sekadar isu kesihatan, tetapi juga cabaran sosial yang lebih luas.

Menangani cabaran ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan melibatkan pelbagai pihak — dan usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan. Pelan Tindakan Demensia (NDAP) 2023–2030 yang dilancarkan pada 1 Oktober 2024 menetapkan hala tuju negara ke arah saringan lebih awal, pengurangan stigma serta sokongan yang lebih kukuh kepada penjaga.

Menerajui pelaksanaan pelan tersebut di peringkat akar umbi adalah Dementia Alliance Malaysia (DAMai), sebuah komitmen kolaboratif nasional yang menghimpunkan profesional kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh penjagaan serta advokasi berkaitan demensia. Sebagai suara bersama merentas sektor, DAMai berusaha meningkatkan kesedaran awam, memperkukuh laluan pengesanan awal dalam penjagaan kesihatan primer serta menyokong penjaga melalui latihan dan perkhidmatan penjagaan gantian (respite care).[3]

Presiden DAMai, Profesor Tan Maw Pin berkata, kemajuan saintifik perlu disertai dengan kesediaan sistem penjagaan kesihatan bagi memastikan manfaatnya memberi impak yang bermakna kepada pesakit.



“Inovasi perubatan seperti terapi pengubah penyakit sememangnya membawa kemajuan yang nyata. Namun, impaknya bergantung kepada sejauh mana sistem penjagaan kesihatan bersedia untuk menyokong pengesanan awal, diagnosis serta penjagaan pesakit secara berterusan. Kerjasama antara semua pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan pesakit dan keluarga dapat mengharungi perjalanan penyakit Alzheimer dengan lebih berkesan,” kata Profesor Tan.


Kam turut menegaskan komitmen jangka panjang Eisai dalam bidang ini dengan berkata, “Eisai telah berada di barisan hadapan penyelidikan penyakit Alzheimer selama beberapa dekad, dan LEQEMBI merupakan hasil daripada dedikasi saintifik yang berterusan itu. Namun, inovasi sahaja tidak mencukupi — impak sebenar terhasil apabila ekosistem yang menyokongnya turut dibangunkan. Menerusi kerjasama berterusan dengan DAMai serta penglibatan bersama profesional kesihatan, penjaga dan pembuat dasar, kami komited untuk memastikan inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh pesakit yang memerlukannya, di samping membantu Malaysia bersedia menghadapi cabaran penjagaan demensia yang semakin meningkat.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Eisai Malaysia serta komitmennya dalam memajukan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pesakit, sila layari https://eisaimal.com.my/.




[1] Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM). Dementia cases set to rise 312 per cent by 2050: Is Malaysia prepared? www.adfm.org.my/dementia-cases-set-to-rise-312-per-cent-by-2050-is-malaysia-prepared/


[2] Malay Mail. Malaysia faces rising dementia care burden as families struggle alone. www.malaymail.com/news/malaysia/2025/10/28/malaysia-faces-rising-dementia-care-burden-as-families-struggle-alone/196154


[3] Apa Khabar TV. Malaysia’s aging population: Facing the dementia challenge head-on. https://apakhabartv.com/2025/01/19/malaysias-aging-population-facing-the-dementia-challenge-head-on/

Tuesday, July 7, 2026

ALAMANDA Dan MESRA MALL Semarakkan Demam Piala Dunia Dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif dan Ganjaran Hebat Buat Pengunjung

Salam Semua,

Alamanda Shopping Centre telah melancarkan kempen Bola Bola Alamanda yang amat dinanti-nantikan secara rasmi, bermula dari 3 hingga 19 Julai 2026. Melalui pelancaran yang bertepatan dengan kehangatan Piala Dunia di peringkat global, kempen penuh bertenaga selama 17 hari ini membawakan suasana stadium yang gah secara terus kepada komuniti di Putrajaya.


Sebagai destinasi yang berpaksikan komuniti, kedua-dua pusat beli-belah ini kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra dengan tumpuan kepada aktiviti sihat serta penglibatan bermakna buat seisi keluarga. Kempen tahunan ini berfungsi sebagai platform utama untuk menyatukan ibu bapa, anak-anak, dan peminat bola sepak menerusi aktiviti-aktiviti sihat yang mendorong interaksi aktif dan membina kenangan percutian yang berkekalan.


Centre Court Alamanda telah ditransformasi menjadi sebuah arena bertemakan bola sepak yang meriah, direka khas untuk menggabungkan elemen sukan, hiburan, dan ganjaran yang menarik. Para pengunjung boleh menerokai ruang kreatif yang menampilkan pengalaman interaktif fizikal dan digital, termasuklah PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal!, dan Bench Battle. Selain itu, ruang stan 360° Celebration Cam yang interaktif membolehkan para pengunjung merakam aksi sambutan gol terbaik mereka dalam bentuk video slow-motion yang dinamik.


Bagi menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan yang meriah, kempen ini memberi penekanan kepada aspek mesra keluarga, terutamanya menerusi aktiviti bola sepak mini VIKids yang dikhususkan. Pengisian istimewa ini meletakkan Alamanda sebagai premis utama di mana seisi keluarga boleh menikmati musim bola sepak bersama-sama.



Menerusi Alamanda’s Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima satu (1) Pas "Bola Bola Experience". Bagi pengunjung yang berbelanja lebih tinggi, iaitu pembelian minimum sebanyak RM500 merentasi maksimum dua resit, mereka akan menerima dua (2) Pas "Bola Bola Experience", kelayakan menyertai Peraduan "Teka Bola Bola" untuk memenangi e-baucar, serta peluang memutar mesin Gashapon khas untuk membawa pulang jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.


MESRA MALL MENYEMARAKKAN KEHANGATAN BOLA SEPAK DENGAN 'THE GOLDEN TICKET'

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menganjurkan edisi sambutan bola sepaknya yang tersendiri menerusi kempen utamanya, The Golden Ticket, di Centre Court dari 4 hingga 19 Julai 2026. Kempen selama 16 hari ini kembali dengan konsep Piala Dunia yang serbaharu dan mengujakan untuk merangsang kunjungan orang ramai serta menawarkan hiburan interaktif kepada keluarga.

Berpusatkan konsep Piala Dunia, Centre Court Mesra Mall menampilkan 40 Kotak Misteri (Mystery Boxes) yang dihiasi dengan reka bentuk bendera negara Piala Dunia sebagai gimik penebusan harian. 

Para pengunjung juga boleh menantikan kolaborasi menarik dengan Al-Ikhsan untuk cabaran Penalty Shootout Challenge yang berlangsung pada 10–11 dan 17–18 Julai 2026. Terbuka kepada semua pengunjung dan terhad kepada 100 peserta setiap hari, setiap pemain akan diberikan tiga kali percubaan sepakan penalti pada gol mudah alih. Peserta yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh tiga percubaan tersebut akan membawa pulang Baucar Beli- belah Al-Ikhsan bernilai RM10.

Mesra Mall's Shoppers Rewards Programme memastikan pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih, layak untuk menyertai penebusan ini. Dengan mendaftar di Concierge Counter, pengunjung boleh memilih kotak misteri untuk menentukan kategori hadiah mereka secara serta-merta. Kempen ini menawarkan hadiah harian sebanyak 40 unit terdiri daripada Tiket Biru (baucar RM30), Tiket Perak (baucar RM500), atau Tiket Emas (Golden Ticket) utama yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Mesra Mall. "Kempen kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna, kreatif, serta kegembiraan tanpa sempadan kepada komuniti kami sepanjang musim bola sepak yang meriah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd. "Sama ada melalui cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksikan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami."



Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari: