Saturday, April 2, 2022

Buffet Ramadan 2022 ‘Citarasa Zaman Berzaman Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.

Kali ni kita ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Sebagai menghargai peminat makanan Melayu Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menyediakan juadah Berbuka Puasa bertema "Citarasa Zaman Berzaman" di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.







Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang Ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu Masak Lemak Rebung diantra beberapa hidangan Melayu Tradisional dalam koleksi bufet kali ini.

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box- Power', Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan Satay. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.





Tidak lengkap bufet buka puasa tanpa pelbagai pemanis mulut untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman.

Sambil makan korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" melalui alunan lagu ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.









Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan.


Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan.

Bufet Citarasa Zaman Berzaman bemula dari 04 April hingga 01 Mei 2022, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. 

Harga pembelian awal adalah RM120.00 bersih seorang dewasa, RM60.00 untuk kanak- kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga biasa adalah RM150 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer. Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.


Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Ia berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra.



Bagi sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Tel : +603-4042 5555




Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.

Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau

No comments :