Friday, April 16, 2021

Seminar AMAZING SUCCESS Mendedahkan Ilmu Metalife Yakni Potensi Diri Berdasarkan Tarikh Lahir

Hi Korang,

Baru-baru ini kak lily berkesampatan untuk mengikuti seminar mengenai ilmu Metalife anjuran Amazing Success di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Di sebabkan tajuk seminar ni yang kak lily rasa macam unik dan something, itu yang kak lily sertai jugak tuh

mereka yang dahagakan ilmu-ilmu mengenali hati ini hehehe..

Sebelum ini memang Amazing Success ada menyatakan hasratnya untuk mengadakan seminar 2 hari 1 malam untuk menerangkan mengenai ilmu Metalife ini tapi akibat PKP, seminar ini terpaksa di tangguhkan untuk beberapa kali.

Alhamdullilah akhirnya seminar ini dapat di adakan.

Kak lily rasa pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai ilmu Metalife ini nanti kak lily terangkan yer.

Apa itu Metalife?

Secara umumnya, metalife ini merupakan satu ilmu untuk memahami pengaruh energi pada alam dan juga diri. Melalui kod-kod energi ini kita dapat mengenal pasti ragam emosi dan juga karakter diri. Dari situ juga kita boleh tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri kita demi mengejar kejayaan. Energi ini diketahui atau di kira berdasarkan tarikh lahir seseorang itu.


Terdapat cara yang khusus untuk mengira kod-kod energi ini.

Namun begitu, hendaklah diingatkan bahawasanya kod-kod energi ini hanyalah sekadar teori untuk dipelajari. Ia tidaklah termaktub secara khusus tepat 100%. Hanya sekadar teori yang mungkin di jadikan rujukan atau peringatan. Akhirnya kita tetap berpaksikan pada qada dan qadar yang Allh telah tetapkan.

Apa yang menariknya, setelah kita mengira kod-kod energi ini berdasarkan tarikh lahir kita, kita akan dapat tahu potensi diri kita. Yang mana mungkin sebelum ini kita tidak sedar atau separa sedar bahawa potensi itu ada dalam diri kita. Tinggal lagi cuma untuk di asahkan dan dikedepankan


Konsep energi itu dikira dalam bentuk prisma atau pyramid. Terdapat pengiraan yang khusus dan nombor-nombor itu akan di masukkan dalam kotak-kotak yang tersedia. Setiap kotak-kotak itu mempunyai kod energi yang tersendiri. Oleh itu, pengiraan kod sangat perlu berhati-hati kerana ia akan memberi kesan kepada kod yang lain. 



Gambarajah di atas merupakan kotak prisma yang dibekalkan untuk mengira kod-kod para peserta berdasarkan tarikh lahir masing-masing. Susah kak lily nak terangkan kat sini tapi kalau buat calculation tuh isnyallah mudah sebenarnya.

Akhirnya dapat jugak kak lily buat hasil dari tunjuk ajar dari Master Muslee mengenai panduan sepanjang pengiraan kod ini untuk mengetahui kod energi kak lily yang betul dan tepat. Walaupun pengiraan kod-kod ini menggunakan kemahiran asas matematik namun agak tricky jugak.



Untuk kod energi elemen alam kak lily adalah BESI

Tengok orangnya pun dah tau kan, so elemen BESI memang sinonim dengan kak lily.

Anda punya elemen ‘BESI’

Kekuatan & cabaran (yin-yang) anda adalah pada nilai mental dan cara fikir (kognitif). Ragam emosi anda alalah pada cara-gaya berfikir (mindset) - samada berfikiran Positif (optimistik) atau Negatif (pesimistik) pada satu-satu masa. Dari sudut psikologi, ‘perlu dan mahu’ anda adalah pada keazaman dan pencapaian diri, bermotivasi dalam mengejar kemajuan dan peningkatan/pertumbuhan diri. Cabaran anda adalah pada sifat agak ‘keras kepala’, degil dan rasa diri ‘betul selalu’ serta tidak suka 'layan karenah' manusia.


Hahahhhahaha lebih 70% betul mengenai perangai kak lily sebenarnya hehehe

Eh 2 hari 1 malam tak kan belajar ini sahaja.. ops tidak yer

Itu baru sedikit.

Sebenarnya banyak lagi yang dikongsi oleh Master Maslee dalam seminar ini mengenai kod energi berdasarkan tarikah lahir. Apa yang pasti, ianya cukup menarik bagi kita ketahui dan boleh di jadikan panduan untuk memperbaiki diri.



Bagi korang yang berminat mengenai ilmu Metalife ini boleh turut serta dalam seminar Amazing Rezeki yang seterusnya. 



Korang just check it out Facebook page AMAZING SUCCESS dari semasa ke semasa


p/s : Untuk bakal usahawan atau mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri, elok rasanya sertai seminar ini kerana ada sessi mengenal diri dan bidang perniagaan apa yang sesuai mahupun tidak sesuai untuk kita ceburi. 

Seriously sangat - sangat membantu tau!!





No comments :