Monday, April 5, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Sentuhan Warisan’ Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Kak lily mendapat jemputan dari management restoran kepunyaan Chef Dato' Ismail Ahmad iaitu Restoran Rebung yang terletak di kawasan parkir bertingkat di hadapan pintu masuk Balai Polis Bukit Aman.

Sangat cantik dan luas di bahagian dalamnya, serta mempunyai balkoni besar di bahagian luar yang mana menempatkan gerai-gerai makanan di bulan ramadan nanti.

Untuk buffet ramadan kali ini, Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke sini. Bermula daripada makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert).








Restoran Rehung masih mengekalkan sajian utamanya iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain-lain lagi. Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak & Siput Sedut Masak Lemak.




Menambah selera berbuka, Chef Ismail menyediakan ulaman kampung, aneka sambal, kerabu dan tauhu. Baru kena dengan tema kampung kan. Lagi pun dekorasi dalaman Restoren Rebung terasa berada dalam rumah kampung dengan barangan antik & suasana desa yang cukup menenangkan








Yang pasti semua tetamu mesti tak sabar-sabar nak berbuka saat melihat hidangan 8 buah gerai di Anjung & dalam restoren dengan menu seperti Murtabak, Cucur Bawang, Sup Tulang, Mee Kari, Laksa Penang, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Nasi Kerabu, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng Mamak dan pelbagai makanan goreng lain.





Silalah nikmati kuih-muih tradisional kampung - Sagu Gula Melak, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Lepat Pisang, Butir Delima, Tepung Bungkus dan banyak lagi. Menariknya kuih Buah Melaka dan Roti Jala tersedia secara live depan korang. Masak panas-panas tau. Baru betul-betul sedap meletop dalam mulut.

Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 13 Ramadan 2021 hingga 11 May 2021.

Dewasa : RM 84.80 nett

Kanak-kanak : RM 53.00 nett (umur 5-11 tahun)




Perkhidmatan Katering Di Restoran Rebung

Rebung juga menyediakan perkhidmatan katering samada di kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat sendiri, korang boleh menghubungi pihak Katering Rebung untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan atau Majlis Rumah Terbuka, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535/ 2525 untuk maklumat lanjut

Kemudahan-Kemudahan vang terdapat di Restoran Rebung

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa mengikut S.O.P. Blue Room berkapasiti 12-15 orang, Red Room berkapasiti 50-60 orang, Green Room berkapasiti 60-70 orang, Stage Area berkapasiti 80-90 orang, Yellow Room berkapasiti 25 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 40-50 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk.


Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan

Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea, & Dinner.

Buffet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi - 10.30 pagi

Harga : RM 21.20 dan Breakfast Set Bermula dari harga Rm 6.00


Buffet Lunch: Bermula padajam 11 :30 pagi-3:00 petang.

Harga : RM 42.40 (Dewasa), RM 29.70 (Kanak-Kanak)


Buffet Hi-Tea: Bermula padajam 3:30 petang- 5:30 petang

Harga : RM 37.10 (Dewasa), RM 21.20 (Kanak-Kanak) Bergantung pada tempahan

Buffet Dinner: Bermula padajam 6:30 Petang- 10:30 Malam

Harga : RM 53.00 (Dewasa), RM 35.00 (Kanak-Kanak)


Bermula bulan Januari 2021, Restoran Rehung telah memulakan sistem order makanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda. Selain itu, pada l Mac 2021, Restoran Rehung juga tel ah memperkenalkan 5 produk baru "Ready-2-Eat Series" iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di aplikasi Shopee.


Jom kita ke :

Restoran Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 
50480 Kuala Lumpur

No telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525



Tempahan katering sila hubungi no berikut

En Hafiz : 017-778 7895


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


No comments :