Thursday, April 29, 2021

Buka Puasa Di TOKYO TEPPAN, Pavilion. Makan Jepun Kita Hah

Hi Korang,

Muak sangat nak makan nasi hari-hari untuk berbuka puasa so ktorang bertukar selera plak.

So jumaat lepas, malas nak buka ktorang jalan-jalan kat Pavilion ni amik air-cond sejuk dulu hehehhe, sambil jalan-jalan surveylah kedai kat area Tokyo Street untuk berbuka puasa so nampaklah Tokyo Teppan ni.


Tanya budak yang jaga kat kaunter tu kene booking ke just walk-in, dia cakap hari ni tak ramai orang boleh boleh walk in jer hah ape lagi terus masuk dalam kedai ni kan.



Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan Tokyo Don yang specialitynya adalah donburi sementara Tokyo Teppan memberi tumpuan kepada teppanyaki. Yelah kenyang sket kan

Sempena Ramadan ni, Tokyo Teppan menawarkan set berbuka puasa iaitu ‘Teppanyaki Delight’ dari 21 April hingga 12 Mei 2021, memang sedap pekena menu panas-panas kan.


Set Wagyu Saikoro
Australian Wagyu MB8 cube cut on hotplate RM130

Set Teppan
Angus beef, prawn and salmon teppanyaki (RM49)

Set Azuma
Chicken and salmon teppanyaki (RM36)

Set Edo
Salmon, scallop, squid and tiger prawn teppanyaki (RM43)

Kesemua set ini di hidang sekali minuman ice lemon tea (bottomless) dan Kurma Ice Cream



So mr Big order Set Wagyu Saikoro sebab teringin nau nak makan daging Wagyu kan, seronok betul dia kan. Memang terasa lembut jer dagingnya sempat kak lily paw sket hahahha


kak lily plak order menu ala-carte yang lain tau. Alah saje nak ubah tekak kan, bulan puasa nieh kerenah makan-makannya lain macam betul lah.


Set Japanese Curry

Avocado Salmon Grilled Maki

Salmon Skin Salad

Gyoza

Chawamushi

Okonomiyaki

Hah melantaklah tak ingat kan hehehhe… tapi tak delah bedal sekaligus makan sket demi sket. Sambil makan sambil borak-borak chill hah cam tulah ktorang.

Pada pandangan kak lily

Kalau korang berada di Pavilion dan teringin nak makan teppanyaki, Tokyo Teppan adalah pilihan yang yang terbaik kerana variety pilihan menu teppanyaki tuh. Restorannya luas dan selesa dan layanan pelayannya sangat mesra, cepat jer diorang sampai kalau kita panggil



Harga agak berpatutan dan makanan di sini akan dikenakan bayaran di bawah RM50 seorang jika korang makan set teppanyaki kombo.

Jom kite ke:-

Tokyo Teppan
Lot 6.24.02 Level 6 Tokyo Street
Pavilion Kuala Lumpur
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 2141 4519



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :

Instagram :
https://www.instagram.com/tokyo_teppan


No comments :