Thursday, September 25, 2014

Nasi Lemak Pak Nasser, Suka Order Bila Naik Air Asia

Hi Korang,

Menjadi kegemaran aku kalau travel jauh lebih dari 1 jam flight harus ada makan. La bukan apa, lapar wei duduk lelama tak de buat apa pun kan. Tak kan nak tidur manjang je sepanjang flight.


So masa travel ke Indonesia hari tu aku naik Air Asia sebab murah sangat wei flight masa ktorang book hari tuh. Haruslah add-on dengan makan sekali sebab harganya jauh lebih murah beli secara online daripada beli on the spot at kapal terbang.

Ini menu aku masa on the way ke Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Pak Nasser

Rata-rata ramai Malaysian especially orang melayu pilih menu ni bila fly dengan Air Asia, nasi lemak tuh memang jadi favourite orang kita kan. Nasib baik aku order time nak balik coz masa ktorang nak ke Jakarta Airport langsung tak sempat nak makan yang berpunca daripada keadaannya jalannya yang ‘macet’ teruk walaupun pada hari sabtu.


Bagi aku yang penting mesti ada nasi, sambal tumis, kacang, ikan bilis dan telur baru betul ikut resipi nasi lemak. Lauk-lauk tu sampingan, ada pun boleh tak de pun tak pe. So far nasi lemak Pak Nasser ni memang menepati citarasa aku lagi. Tengoklah sampai licin aku kerjakan, nampak sangat kelaparan yang amat di situ kan.

Cuma yang aku kurang berkenan hanya packagingnya.


Kecil sangat bagi aku yang tangan besar ni, dengan cutlery plastiknya lagi. Hampir-hampir gak lah ayam rendang aku terbang ke orang sebelah kan. Itu belum kira berlaga siku masa nak makan, maklumlah seat space tak berapa besar, kena plak orang kiri kanan aku ni comel-comel belaka saiznya, mau tak tercucuk mulut dengan garfu bila terlanggar kan hehehhehehe..


ermm ada lagi citer makan di awan biru ni tau..

aku citer memang senantiasa ada tapi masa tu yang tak de huhuhuhu...


7 comments :

Eyzamiel said...

Eyza pun suka nasi lemak pak Nasser ni.. kalau balik Sarawak mesti add-on.. sedap..

mie said...

xpernah cuba lagi nasi lemak Pak Naser ni...
kena cuba la lepas ni..
ehehehee

PuteraOhtraBulan said...

Nasik lemak buatan Malaysia dikenali di seluruh dunia akhirny kerana boleh di makan walaupun atas udara.. :)

Hanis Azla said...

As salam cik lily..

sedap kan nasi lemak pak nasser.. akak pun suka.. nyum..

Tie HT said...

alhamdulillah nampak sedap
pakej sekali rendang ayam bagai
ok la tu air asia
tak pernah lagi naik aa ni
bile ntah :)

sitirohaida said...

wah..licin nasi lemak tu ye..sedap hingga menjilat jari ye cik lily..

ietams said...

pandai betul ko makan ni kak..
takde tinggal sebutir makanan pon..
memang lazat pak Nasser ni masak yer.