Showing posts with label resepi nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label resepi nasi lemak. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Nasi Lemak Masak Sendiri

Hi Korang,


Memang last week rileks sungguh.

Tak kemana pun, sekadar keluar beli apa yang patut sajer untuk barang rumah. 

So semalam memang tak kemana pun, aktiviti mengemas rumah 100%. Basuh kain, buang barang tak pakai, mengemas, mandikan #DakUban, tengok tv, buat kerja online sket dan memacam lagi lah.

Bile time makan, tak tau nak masak apa, jadi bukak fridge dan tengok apa yang ade then terus masak

Maka terjadilah

Nasi Lemak Togel bersama Sambal Sotong

Togel sebab timun tak de, kacang tak de, daun pandan tak letak masa tanak nasi. Yang ada cuma ikan bilis goreng dan telur rebus. Nasib baik ada sotong menjadi penyelamat, terus buat sambal sotong. 

Resipi nasi lemak? alah google jelah ek. Aku pun sendiri sambil sediakan bahan sambil ipad ada kat sebelah. Bukan tak reti masak cuma kekadang ingredients tu kita lupa. Kalau masak hari-hari lain citer la plak kan. 

Itu je nak citer.. chow...

p/s : nanti nak citer pasal project DIY pasal wallpaper ek.. ingatkan tau


Wednesday, November 12, 2014

Nasi Lemak Dari Paris

Hi Korang,

Wah nasi lemak Paris gituh kan, ko hado!

Itulah hebat tak Cik Lily Putih ni, nasi lemak dari Paris tau aku dapat makan. Hahahahha

Bukanlah sebenarnya


Memang aku dapat makan nasi lemak Paris tapi bukanlah dari Paris pun. Actually one oft he PR yang aku kenal tuh namanya Paris Ashikin. Disebabkan ktorang ni bekerja satu bangunan, kerap jugaklah dia singgah kat office aku ni petang-petang saja sembang-sembang sebelum balik.


So pagi Isnin hari tuh, dia singgah ke office aku menghantar nasi lemak.

Sedap ko, nasi lemak lauk paru.


Tengok parunya, banyak dan kenyal-kenyal gituh kan. Bila masuk dalam mulut, ermm meletop-letops bila mengunyahnya. Ishkk ikut ayat Chef Jo dalam MasterChef la wei.

Anyway, terima kasih pada Cik Paris coz sudi bawakkan nasi lemak paru untuk sarapan aku hari tu ek. Kenyang sampai ke petang tau, sungguh tak tipu hehehehe..


Ermm terus jadi lapar dibuatnya plak sekarang ni ek

Thursday, September 25, 2014

Nasi Lemak Pak Nasser, Suka Order Bila Naik Air Asia

Hi Korang,

Menjadi kegemaran aku kalau travel jauh lebih dari 1 jam flight harus ada makan. La bukan apa, lapar wei duduk lelama tak de buat apa pun kan. Tak kan nak tidur manjang je sepanjang flight.


So masa travel ke Indonesia hari tu aku naik Air Asia sebab murah sangat wei flight masa ktorang book hari tuh. Haruslah add-on dengan makan sekali sebab harganya jauh lebih murah beli secara online daripada beli on the spot at kapal terbang.

Ini menu aku masa on the way ke Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Pak Nasser

Rata-rata ramai Malaysian especially orang melayu pilih menu ni bila fly dengan Air Asia, nasi lemak tuh memang jadi favourite orang kita kan. Nasib baik aku order time nak balik coz masa ktorang nak ke Jakarta Airport langsung tak sempat nak makan yang berpunca daripada keadaannya jalannya yang ‘macet’ teruk walaupun pada hari sabtu.


Bagi aku yang penting mesti ada nasi, sambal tumis, kacang, ikan bilis dan telur baru betul ikut resipi nasi lemak. Lauk-lauk tu sampingan, ada pun boleh tak de pun tak pe. So far nasi lemak Pak Nasser ni memang menepati citarasa aku lagi. Tengoklah sampai licin aku kerjakan, nampak sangat kelaparan yang amat di situ kan.

Cuma yang aku kurang berkenan hanya packagingnya.


Kecil sangat bagi aku yang tangan besar ni, dengan cutlery plastiknya lagi. Hampir-hampir gak lah ayam rendang aku terbang ke orang sebelah kan. Itu belum kira berlaga siku masa nak makan, maklumlah seat space tak berapa besar, kena plak orang kiri kanan aku ni comel-comel belaka saiznya, mau tak tercucuk mulut dengan garfu bila terlanggar kan hehehhehehe..


ermm ada lagi citer makan di awan biru ni tau..

aku citer memang senantiasa ada tapi masa tu yang tak de huhuhuhu...