Friday, September 26, 2014

Taiping Golf Resort, Hanya Semalam Saje

Hi Korang,


Kalau nak ikutkan cerita pasal bercuti di Jakarta hari tuh, memang belum habis lagi. Tapi aku takut korang bosan so aku up entry citer Travel yang lain plak ek.


Trip ke Taiping ni memang mak aku yang plan, mak aku tau. Dia just cakap je nak kemana, buat apa, tidur mana semuanya ktorang uruskan. Yelah ko, takkan nak suruh mak aku buat booking hotel plak manalah dia tau menda canggih-canggih ni kan.

Ktorang sekeluarga ke Taiping pun sebab cousin ktorang kawin. Pak Itam aku dapat menantu lelaki lagi, alah orang setaman jugak, kira senanglah ktorang pi bertandang on the next daynya.

Pepagi lagi ktorang dah bergerak dalam kul 6.30 pagi, itu pun adik aku lembab sangat bangun akibat seronok benau tidur kat bean bag besar yang aku dapat dari Courts Mammoth dulu. Nasib baik highway belum start jem lagi coz boleh plak minggu tu start cuti sekolah.

makan sekeluarga

Ktorang stop kat RnR Rawang untuk breakfast sambil tunggu acik aku sekeluarga untuk konvoi sekali. Lagipun anak acik aku, Dak Idah takut nak drive lalu masuk ke Terowong Menara bila sampai area Ipoh tu nanti, so adik aku akan drive separuh jalan untuk sampai ke Taiping. Kelakar budak tuh, boleh plak drive separuh-separuh, baru lulus lesen P gamaknya gituh.

Ktorang sambil ke Kamunting dalam kul 10.30 pagi dan terus ke rumah Pak Itam aku. Dekat benau dengan toll Taiping (U) dan bandar Taiping,10 minit je drive. Sesampai orang baru habis marhaban, so ktorang duk lepak-lepak sekeluarga reramai dengan sedara mara yang lain sampai abis majlis.


Ingatkan Pak Itam aku tak sediakan rumah untuk ktorang, la ade rupanya


So mak aku cakap takperlah bagi sedara mara lain duduk umah tuh, ktorang terus ke Taiping Golf Resort untuk bermalam di situ. Aku booking thru Agoda.com je, senang. Untuk resort superior room yang ada 2 katil super single baru RM100 je termasuk sarapan sekali.Terus aku book untuk 2 bilik sebab ktorang berlima.

lobby resort

Dekat memang dekat dengan Bandar Taiping, cuma nak masuk tu ke dalam sket. Golf resort wokeh, haruslah tempatnya privacy dan tenang so orang nak main golf rasa relaks je. Hehehe

Inilah tempatnya memang macam dalam hutan kan.


Bilik ktorang facing hutan rimba sebab bilik yang facing golfcourse tu dah penuh. Alah tak perlah, dapatlah cuci mata dengan pemandangan yang hijau dan sejuk je.

Mehlah intai apa kemudahan yang ada di dalam bilik ktorang ni ek


siap ada extra toto dan bantal lagi

katil ni alih ketepi, kemudian bentang toto kat tengah

sofa bed yang boleh buat tidur lagi, besar plak tuh

Ktorang dapat connecting room, yeah haruslah best coz tak yah nak keluar masuk itu main door. Bilik tu memang besar sungguh, sampai acik aku sekeluarga boleh tidur sekali. Diorang memang standby bawak toto bagai, ktorang yang billik pompuan ni alihkan katil ketepi dan dah boleh mentang toto kat tengah-tengah tuh.




Bilik airnya simple je, yang penting bersih. Cuma water heater je tak de, sojuk ooo bila mandi memalam kan.

Mr Big kat pintu connecting room la tuh, nak pasang air con

ktorang panaskan lauk dan siap masak maggi sekali tau

Aku rasa resort ni dah lama kot coz keadaan perabutnya yang nampak dah lama, tapi yang penting air-connya sejuk kemain. Siap nak tidur tutup aircon lagi, maybe resort ni dah dekat dengan Bukit Larut so rasa-rasa sejuk bukit tuh tempias kat resort ktorang ni.



Pagi ahad tu, lepas breakfast aku ingatkan nak pi swimming dengan diorang ni ermm tak kesampaian hajat sebab aku kena siapkan ada beberapa kerja advert kan (terlupa ada dateline), nasib baik bawak ipad. Sudahnya adik aku yang pi mandi dengan cousin ktorang yang lain ni.

lobby Taiping Golf Resort

Seronok sekali sekala bercuti sekeluarga cam ni, bukan apa mak aku busy yang melampau-lampau. Banyak benau aktiviti dia kat kampung tu sampai nak pi holiday pun payah. Ini kalau bukan adik dia dapat menantu, memang ktorang tak dapat rasa berjalan sekeluarga ke Taiping ni.

Nanti aku citer plak tempat makan yang ktorang pi semasa di Taiping ek

6 comments :

sitirohaida said...

dapat lepak sekejap pun jadilah...best merasa pi negeri orang..ngee

Ainim Rashihah said...

udara kat situ mesti bersihkan kak..sukanya

Azlina said...

pernah menginap kat sini... tu pun sbb berkursus... tenang dan mendamaikan....

ietams said...

euuwww sejuikkkkknya nak mandi
bile pegi bercuti..
sampai ati tak bawak ;P!! ngehngehngeh..
^___^

Unknown said...

Taiping memang sejuk..kalau pi sana tak payah aircond la bila nak tidur malam..nanti liat rasa nak mandi pagi sebab airnya pun sejuk bukan main..macam air ais dah rasa..heheh

Suria Amanda said...

Bestnya tp mmg nampak resort ni dh lama...ala asalkan murah dan comfort kira ok la cik lily kan?