Showing posts with label AUTO. Show all posts
Showing posts with label AUTO. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Our Weekend With Volkswagen POLO

Hi Korang,



Sape tak suker naik kereta baru kan? Lelagi kereta import, of courselah feeling tergedik-gedik tu mesti ada punye lah.

weekend je dapat guna ek

Last week aku dapat test drive Volkswagen POLO during weekend.

Yeah! Yeah! Yeah!

Lompat bintang 20kali ek. Haruslah melalak jauh ni katanya.



Dahlah warna merah, macam tau-tau je baru lepas raya cina kan. Cantik you, mesti RedMummy jeles tengok kete merah I ni kan.. ahkss..

gear dia lembut je

Di sebabkan dapat berita ni last minit, so tak de plan kemanalah. Setakat jejalan around KL ni je, tapi jauh jugaklah ktorang tawaf kan. Jumaat malam tuh, ktorang just jalan-jalan area Bangi dan Putrajaya sajor. Esoknya pulak, dari rumah Bangi ke KL pi Low Yatt Plaza, kemudiannya ke Bukit Rimau Kota Kemuning dan balik tuh terus ke Cyberjaya untuk dinner. 

Ahadnya pulak, pepagi lagi ktorang dah keluar rumah. La keluar lagi, sampai #DakUban merajuk tak makan sebab tuannya asyik berjalan kan hehehhehee. Ktorang dari rumah Bangi terus ke Ampang untuk amik baju kemudian terus pi Ampang Point shopping barang kat Spotlight pulak. Lepas tu balik ke Bangi untuk pick-up adik ipar aku then terus ke iOi City Mall untuk lunch dan shopping barang Si Aakif ni. Sampai mall nak tutup baru ktorang balik ek.

Aduiyai memang sangat penat ooo..

Tu dia kisah ktorang berjalan dengan Volkswagen POLO ni, merata sakan berjalan kan. Inilah baru namanya test drive, so time ni lah kita nak tengok prestasi kereta import kebanggaan Jerman ni. 

Walaupun kereta import, tapi cara pembawakkan tu sama je dengan kereta-kereta nasional Malaysia ni, masuk kunci terus jalan. 


Sterengnya sangat ringan, aku bawak guna satu tangan je. Nampak tak keberlagakan di situ hahahahha. Eh ada plak, la betullah ringan especially time parking kan. Depan ke belakang depan ke belakang walaupun ada reserve sensornya 4 penjuru but dengan stereng ringan ni yang memudahkan hasil pemanduan korang.


Ini dashboardnya, simple dan senang nak faham tak yah nak bukak manual book kan. Minyak takat mana, drive laju mana, bagus ade notification simbol-simbol ni ek.


Sinilah sumber hiburan dalam kereta Volkswagen Polo ni. Semuanya computerized. Tekan butang sana tekan butang sini dapatlah dengar radio. Dekat stereng pun boleh control volume dan search station radio jugak, ada button kat situ. Boleh guna CD dan USB jugak, cucuk je kat tempat yang di sediakan hahha bergumbira kau sekereta ek.

butang lampunya unk sket, cam button aircon plak

Tapi yang aku perasan, kereta Polo ni kedap bunyi, pendek kata cam sound proof gituh dan speakernya bunyi seround. Makna seluruh kereta bunyinya stabil. Tingkapnya tu pulak korang takkan dengar bunyi kat luar at all, macam bunyi motor nak memotong ke, lori slow seriously senyap dan sunyi while driving memang rasa ketenangan yang amat sangatlah. 

shopping kat Aeon Big Bukit Rimau, saje jalan. Ari sabtu mane ade plastik kan

stroller Aakif main campak je


ko rasa, siap baring lagi tuh

Polo 1.6 hatchback ni kalau tengok dari luar memang nampak kecil tapi ni cuba korang tengok bonet belakang ni. Hah banyak barang boleh di sumbat, stroller, barang dapur even Mr Big pun boleh tidur baring sekali dalam bonet ni ek. Hahahahahaaha




Bila time driving pulak, ramai orang ingat kereta ni tak berapa nak pick up sangat kan but actually totally different tau. Sebab kereta Polo ni menggunakan 1.6L 105PS petrol injection 16-valve MPI engine, lagipun ianya di datangkan dengan 6-speed automatic transmission with Tiptronic. Time nak memotong kereta memang awesome, bagi signal nampak kereta jauh lagi masuk lane dan trus pecut without tekan pedal sampai ke bawah.


Consumption minyak pulak tak delah banyak mana pun, sama standard je dengan kereta lain. Aku jejalan merata ni cuma guna ½ tank minyak je. Bila top-up balik baru dalam RM53 je. Rasanya cam berbaloi sungguh, coz start guna dari hari jumaat sampai isnin tengahari dengan meredah jem lama, lepas tu kereta idling 20 minit masa aku amik baju pagi ahadnya, redah jem masuk kl pulak isnin pagi tuh. Terasa jimatnya lah.


belikan satu boleh tak untuk i plsssss

Aku rasa kereta ni memang sesuai untuk orang-orang muda coz kereta ni memang nampak sporty, ewah kan aku pun still muda lagi wokeh.. hehehe sesuai untuk eksekutif muda baru tercari-cari kereta idaman Alah yang berkeluarga pun beli jugaklah, jadikan 2nd car boleh apa, kecik senang nak cilok sana sini kan. 

Hehehhehe best kan..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berita baik untuk korang yang tetiba teringin nak rasa best ke bawak kereta Volkswagen Polo nie k, ni aku nak sharekan sket info berguna untuk korang ni.


Volkswagen Malaysia akan mengadakan kempen ‘Polo Goes Zero’ yang akan berlangsung di Bukit Jalil dari 6 hingga 8 Mac 2015, di mana pelanggan di Malaysia berpeluang untuk menguji pandu model Volkswagen pilihan mereka. Pengunjung karnival juga boleh membuat tempahan dan mengambil bahagian di dalam latihan ‘Volkswagen Experience Drive’ dan latihan pengalaman keselamatan.

Lepas tu ada promo lagi ni untuk Volkswagen Polo


Volkswagen Malaysia kini menawarkan promosi pembiayaan untuk semua model Polo dari 21 Februari melalui kempen ‘Polo Goes Zero’. Polo dan Polo Sedan kini boleh dimiliki tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan dari hanya RM999 sebulan selama tujuh tahun

Ermm terbaek tu kann… hah why not pi carnival tu dulu, pi test drive, rasa pengalaman bawak kereta comel ni kan. Hah terbukak hati dah boleh terus beli kan.


Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my 




Thursday, February 12, 2015

Memandu Di Pagi Hari Memang Mencabar Minda

Hi Korang,

Jarang aku keluar awal pagi waktu hari bekerja ni.

Unless nak pi holiday tu lain lah kan, itu tak kira ek. hehehhehe. Di sebabkan ada kerja office nak kena settle di Mont Kiara pagi ni so haruslah keluar rumah sebelum subuh lagi. Bukan apa takut sampai lambat kang kena marah plak.




Ingatkan keluar pepagi ni tak jem lah kan, dengan harapan dapat pi minum kopi dulu sebelum jumpa bos ermm tidak lah uolls. Tepat kul 6.30 pagi highway Sg Besi ni dah merangkak-rangkak dah. Keluar toll je dah macam suster ngesot dibuatnya. 

Ok kat situ je amik masa 20 minit.

Lepas gak seksa, ini boleh senang hati dah. La rupanya jem lagi kat lebuhraya Taman Desa yang nak ke Desa Waterpark tu ek. Itu lagi ngesot lama, sket-sket bergeraknya. Dengan nak hadap jem lagi, dengan nak hadap orang potong Q lagi kan. Ada 40 minit duk bertapa dalam kereta.



Sampai jugaklah ke Mont Kiara ni tak delah lambat sangat pun dari appointment time, awal 30 minit je. Sempatlah pekena kopi secawan dulu kan. 

hehehhehe..

Kalau hari-hari cam ni, memang teruk aku dibuatnya. Tak kisahlah pasal minyak kereta tuh tapi masa tuh terbuang banyak. Rasa macam membazir sungguh.

Time is money wokeh!!!!

Ok dah sambung keje dulu ek...

p/s : petang nak pi horey horey ek..

Thursday, February 5, 2015

Tips Penjagaan Kereta Untuk Perempuan Comel Seperti Korang

Hi Korang,

Aku memang tau dah kalau bab-bab kereta ni mesti korang duk pass kat laki korang kan. 

Hah betul pun !! 

Seperti yang aku jangkakan tadi.


Walaupun korang memang malas nak pi workshop but still korang mesti ada ilmu dalam hal kereta ni. Tau tak pentingnya menjaga, memeriksa dan menyelenggara kereta korang, itulah. Kekadang menda yang rosak tu kecil je tapi di sebabkan kita ni wanita yang lemah yang tak de knowledge langsung hal kereta ni memang senang kena tipu. 

Ermm senang kena tipu tu lah yang selalu aku dengar.

Ni kat bawah ni, aku dah senaraikan beberapa entry mengenai cara mudah menjaga kereta sentiasa tip top. At least korang tau sket menda alah apa yang ada dalam perut kereta ni ek.

1. Berkenalan Dengan Enjin Kereta


2. Belajar Pasal Dashboard


3. Berkaitan Dengan SPARK PLUG


4. Fungsi Minyak Hitam


5. Punca Enjin Mati Tengah Jalan


6. Tayar Berbunyi Bila Pusing Stereng


7. Lampu Handbrake Menyala


8. Pilih Tempat Service Kereta



9. Status Kereta Dalam Warranti


10. Rugi Tak Service Kereta Di Pusat Service Bila Dalam Warranty



Rasanya cukuplah kot aku bagi tips pasal penjagaan kereta ni. Kalau korang nak tau pasal kereta ni, bagitau ek. So cam biasalah aku boleh tanya kat kawan baik si pomen tuh. 

Ok next week aku nak kongsikan plak pasal tips pemanduan ek.

Ermm barulah lega rasanya dah buat senarai cam ni, sebenarnya bukan apa aku sendiri nak jadikan reference jugak. 



Thursday, January 29, 2015

NISSAN X-TRAIL Serba Baharu Kini Di Pasaran

Hi Korang,

Cik Lily Putih dapat invite lagi ke majlis pelancaran dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ni. So cam biasa aku akan wakilkan orang-orang untuk attend event ni coz tak sempat nak apply cuti hari tuh.


Nissan X-Trail serba baharu generasi ketiga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di seluruh dunia. Terbaharu, ia dipilih sebagai Kereta Terbaik 2014 Indonesia (Indonesia Car of the Year 2014) daripada majalah Mobil Motor dan Auto Bild Indonesia serta anugerah sama daripada Persatuan Media Automotif Utama di China.

Varian yang terdapat di pasaran Malaysia adalah varian tertinggi 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Sejak pendaftaran pra-tempahan dibuka di Malaysia pada Disember lalu, Nissan X-Trail serba baharu telah menerima lebih 1,300 tempahan sehingga kini. 


Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng dalam ucapannya ketika majlis pelancaran Nissan X-Trail serba baharu berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan Nissan X-Trail serba baharu kepada rakyat Malaysia. X-Trail generasi sebelum ini sememangnya menjadi ikon kepada para peminat SUV di sini apabila lebih 19,000 unit berjaya dijual sejak ETCM memperkenalkannya pada tahun 2003. Nissan X-Trail serba baharu yang direka semula sepenuhnya menggabungkan warisan 4x4 Nissan dengan idea-idea baharu, gayaan premium dan teknologi perintis – sekali gus menjadikannya antara crossover paling canggih yang dilengkapi kemampuan off-road. Crossover premium inovatif ini merupakan satu lagi bukti komitmen ETCM untuk membawakan tawaran terbaik Nissan kepada para pengguna.” 

Nissan X-Trail serba baharu yang dipasang tempatan ini menampilkan teknologi perintis seperti Active Chassis Control. Ia disifatkan sebagai teknologi pertama seumpamanya di dunia yang memastikan pengalaman pemanduan adalah lancar dan bebas tekanan. 


Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan. Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai jumlah tekanan brek enjin bagi membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika hendak mengambil selekoh atau berhenti. 


Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control – pertama pada kenderaan Nissan – akan mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh. 

Varian 2.5L dilengkapi dengan ALL MODE INTELLIGENT 4x4 System (4x4-i) untuk mode memandu yang berbeza berdasarkan keadaan jalan raya. Ia menawarkan tiga mode iaitu pacuan dua roda, Auto Mode yang menukar pengedaran tork antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu di jalan yang berturap atau licin, dan Lock Mode untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.


Ciri yang didatangkan pada kedua-dua varian, Hill Start Assist membolehkan para pemandu menukar brake kepada pemecut secara mudah untuk memulakan perjalanan yang lebih selamat di curam bukit. 

Tambahan pula, Hill Descent Control – terdapat di varian 2.5L 4WD - mengawal kelajuan kenderaan (di antara 4km/j -15km/j) ketika menuruni laluan berbukit yang curam atau licin tanpa perlu menekan brek. Ini sekali gus membolehkan pemandu fokus untuk mengawal stereng kenderaan. 

Varian tertinggi, 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan sistem Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 171 PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000 rpm. Varian 2.0L 2WD pula dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian enjin ini dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya bersama mode manual 7 kelajuan untuk pemanduan lancar dan prestasi yang penuh kuasa; serta Mode ECO bagi menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. 


Dengan reka bentuk kemas dan penuh gaya yang memastikan kehadirannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, Nissan X-Trail serba baharu nyata mengambil sejumlah rekaan signatur Nissan. Misalnya, lampu nyalaan siang LED berbentuk Boomerang, gril Nissan berbentuk V yang tersendiri dan kombinasi lampu belakang yang standard pada kedua-dua varian. Keistimewaan varian 2.5L 4WD ialah lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan fungsi Auto serta lampu isyarat membelok LED. Roof Rails dan rim aloi bersaiz 17 inci pula memberikan Nissan X-Trail serba baharu penampilan yang menarik dan mengagumkan.
  
Konfigurasi tempat duduk 5+2 sememangnya menawarkan keluasan kabin yang luar biasa, terutamanya apabila tempat duduk tambahan diperlukan untuk kanak-kanak. Kapasiti kargonya juga mengagumkan iaitu 1,520 liter (apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya). 

Nissan X-Trail serba baharu hadir bersama satu rangkaian sistem keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard untuk semua varian. Ini termasuklah dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS) dengan Active Brake-Limited Slip (ABLS), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA). 


Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.

X-Trail serba baharu ditawarkan pada harga RM165,800 untuk varian 2.5L 4WD dan RM142,800 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam lima warna – perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black), biru (Graphite Blue) dan putih (Brilliant White).


Sempena pelancaran Nissan X-Trail serba baharu, ETCM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia turut hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun untuk setiap pembeliannya.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian Tol PERCUMA Khidmat Pelanggan Nissan: 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

APPENDIX

AKSESORI PILIHAN: ALL-NEW X-TRAIL
No.
Alat Ganti
Unit Harga (RM)
1.
Tinted filem keselamatan - V-Kool Elite Security
4,400.00
2.
Tinted filem - V-Kool Armorcoat
2,850.00
3.
Tinted filem – Solar Gard
1,450.00
4.
Tempat Duduk Kulit
2,800.00
5.
Ultra Glass Body Coating NEO           
2,350.00
6.
Multimedia Navigasi
3,800.00


Thursday, January 15, 2015

Sayangi Kereta Anda | Tip Bila Berlaku Accident Kereta

Hi Korang,

Yeah segmen pasal sayangi kereta anda kembali lagi. Kan aku suker citer pasal kereta-kereta walaupun bukan mekanik pun kan.

Korang layan gegambar nie k 
(dialog tu aku yang create ek, ampunkan kami penunggu gua huhuhuhu)


tengok camno dah nie?

aduh, matilah suami saya marah saya ni nanti!

tengok-tengok, sket awak kata. itu lampu banyak mahal ooo

takper, tunggu sekejap, i call my husband

baik pi amik gambo dulu ni, kang lari plak omputih ni lah

hah, snap banyak sket untuk jadi bahan bukti kan

la kereta aku dia tak nak tengok pun, mentang-mentanglah sagat sket je kan.. ishkk

Sebenarnya kejadian ni berlaku di office aku.

Ktorang kat tingkat 5, dah parking ni kat tingkat 2. Punye power camera aku boleh zoom sampai bawah kan. Mesti ramai yang tanye aku guna camera apa. Jawabnya Canon !!

Daripada kejadian tu, aku dapat agak yang dua-dua salah coz dua-dua tak tengok side mirror masa nak parking. Itu yang bergesel sepanjang kereta BMW tuh. Alah tak perlah menda dah jadi nak buat cam ne kan.

Ni aku tulis sekali lagi tips untuk tangani masalah berlaku accident kereta ek.

1. Bila berlaku accident, jangan panik remain calm, tenang je. Kalau korang gabra dah tentu2 pihak satu lagi akan amik kesempatan kat korang.

2. Dah nama pun blogger kan, so camera memang heret ke mana-mana. So snap segala jenis bukti dan informasi semasa kemalangan tu macam saksi ke, lokais kejadian yang penting lah kan.  Lagipun smartphone korang kan ada camera, hah snap jelah gegambor tuh terutama sekali gambar si pelanggar kan.

3. Skill negotiation penting kat sini. Mesti ada win-win situation. Kalau dia tak nak tolak ansur, korang terus je pi buat report polis. Walaupun prosesnya makan masa but senang korang nak claim insurance kan. Tak perlah kalau kena bayar saman pun janji hati tak sakit kan.

4. Kalau boleh, jangan keluar duit sesen pun bila pihak yang melanggar tu keluar duit. Kalau bukan salah kita buat apa kita sibuk2 kuar duit kan.

(copy dari entry ACCIDENT 2012)

Ok paham kan.

Senang je take it easy. Kalau salah sorang tak nak mengalah report je polis, biar polis yang tentukan. Duit pun keluar untuk bayar saman je, yang lelain tuh insurance tanggung.

Tapi kalau kereta BMW erkk berapa plak lah harganya ek? Aku of courselah tak mampu, sebab tu pakai kereta kecik #DakOrange tu je

Ni kat bawah ni, aku kongsikan beberapa tips berkaitan dengan kereta



Hopefully dapatlah membantu korang yang cetek ilmu pasal kereta ni ek


Thursday, January 8, 2015

Service Alza Di Perodua Putrajaya

Hi Korang,


Ni citer tahun lepas ni, ewah cam lama je kan padahal last week je pun. 

Kejap je dah 40,000km #DakOrange ni berjalan ek, ishkkk..


Normally aku akan bawa #BudakJahat ni service kereta di FrontLine Motor kat area Bangi Selaman Seksyen 10 ni. Selagi tak habis warranty service ni, memang kena berulang alik ke service centre yang diiktiraf, kalau tak habislah warranty nanti.

Disebabkan aku betul-betul nak guna kereta pi JB untuk family outing, so kenalah kena service kereta dulu, manalah tau jadi apa-apa kat jalan kan. Kita tak mintak but berwaspada


Dah last minit sangat ni, Mr Big pun mintak tolong dengan one of bebudak Alza di Perodua Office kat Putrajaya ni. Dia kata boleh, nanti dia buatkan booking. Lagipun normal service je setakat tukar spark plug, minyak hitam, filter je pun. Tapi still bawak jugak duit RM400, mana tau ada menda kena tukar jugak kan. 

Ok kira setel lah ni, tunggu hari khamis tu je lah.

Pepagi lagi aku dah kuar rumah untuk ke tempat service centre ni. Dekat presint 14, seumur hidup tak pernah aku tau kewujudan kawasan perindustrian ni. Nasib baik ada WAZE app yang helpful. Turn right, turn left, u-turn then sampailah

Masuk je ada kaunter pendaftaran.


Aku bagi nombor kereta dan buku service kat budak pompuan tuh

BP : Akak, nombor kereta tak de dalam service list hari ni

CLP : aik. Akak dah buat reservation dah 2 hari lepas dengan your officer kat Presint 2 (muka dah berubah dah)

BP : meh tengok buku jap, ermm ini kat Bangi Selaman ni kak. Bukan kat sini. Sini Putrajaya. Tak sama langsung ni. Ini service centre bukan Frontline motors (dengan nada suara yang tinggi)

CLP : La betul aka dah buat appointment, memang kat sinilah.

BP : Cam ni la kak, kalau tak buat appointment senang je. Tunggu sampai yang appointment settle baru ktorang service kereta akak. Tinggalkan kunci kereta, petang karang sebelum kul 5 datang (muka riak ya ampun tak henggat)

CLP : oklah. Nak buat cam ne kan? Ada nombor teksi tak? Saya nak call

BP : itu saya tak de, kena cari sendirilah ye. (senyum sinis sangat ko dik !)

CLP : Kalau cam tuh, tak perlah saya service lain kali lah. 

Keluar dari situ, aku terus call Mr Big. Bebel-bebel pasal kejadian ni, kaw-kaw kene tembak dengan aku. Mr Big terus pi check kat mamat yang buat appointment. Aku masuk kereta dan duduk kejap, sebab dah risau ni kereta tak dapat service kan, cam ne nak jalan jauh.

Tup-tup Mr Big call,

MB : Pi masuk balik cari staff nama ******, cakap ***** yang suruh. Dah jangan jumpa budak pompuan tuh. Dia mana tau apa-apa.

CLP : Oklah…

Ishk muka dah tebal ni, kena sound dengan budak perempuan. Alah masuk balik.

Masuk-masuk je terus ke kaunter hujung, budak pompuan tu pandang je aku tak berkelip. Sebab apa aku perasan? Sebab aku pandang dia. Saje nak show-off sket. Ishk tak baik sungguh lah.

CLP : ini ****** ke?

BL : hah, akak ni yang **** cakap tu ek. Ermm duduk-duduk. Mintak buku service ek. Budak ***** cuma cakap nombor kereta je, so manalah saya tau kan. 


Budak lelaki tu pun proses apa yang patut, isi form suruh aku sign itu ini, terangkan harga dan apa yang patut di tukar.

BL : ok akak duduk dulu, nanti kereta dah siap saya panggil.



Aku pun bangun duduk kat area lounge tuh. Ramai gak lah orang, yang baca suratkhabar, minum kopi, yang siap bawak bekal nasi lemak pun ada. Aku setianya main ipad, baca forum kat cari gossip pasal artis kan,sumber diorang ni power oo. Semua gossip terkini ada kat dalam ni.



Tak sampai 10 minit, kereta aku dah masuk dalam service line. Aik cepat betul ni, Nampaklah diorang buat kerja, naik turun #DakOrange ni. Ntah tak sure plak aku kan, tup-tup 30 minit cam tu, nombor kereta dah kena panggil. Rupanya, dah sampai kat tempat payment pun.


Cuma kena bayar RM3 je sebab yang lelain tuh under warranty. Haruslah happy kan, ada balance banyak lagi ni,bolehlah shopping apa yang patut. 

Masa lalu kat kaunter depan pintu keluar tuh,

BP : Terima kasih kak, jumpa lagi.

CLP : Sesama dik. Boleh pulak awak cakap sambil senyum ek. Apsal tadi cam singa betina? Marah tak tentu pasal..

Terus aku blah dari situ..

Lantak lah orang lain dengar ke tak, aku peduli apa. Cam tu je nak ajar orang yang kurang adab sopan ni, nasib baik aku tak amik nama ko dik, kalau tau mau glamer kat blog aku ni.


Peringatan untuk korang yang kerja sebagai customer service/frontline kata Mr Big.

Tak kira cam ne stress ke masalah ke, orang mesti kena senyum jugak sebab korang orang pertama sekali mewakili syarikat korang. Kalau first impression dah hampeh, agak-agak orang nak deal tak dengan syarikat ko.

Bagi aku lah kan, orang lain ntah ler..