Friday, March 6, 2020

Buffet Ramadan 2020 ‘Santapan Kasih Juadah Mesra’ Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang, 


As usual sambung entry buffet Ramadan 2020 lagi ek. 

Agaknya kalau korang google dan taip buffet Ramadan 2020 ni keluar tak blog kak lily ek ermmm


Berkesempatan merasai juadah review berbuka puasa di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini, seriously kak lily ada hotel di tengah-tengah pusat bandar yang bersebelahan dengan Lorong Tuanku Abdul Rahman. 

Kalau bulan puasa memang meriah di kawasan ini sebab adanya bazaar Ramadan sekaligus pasar malam setiap hujung minggu. Masa inilah seronoknya kita membeli belah untuk persiapan raya kan. 

Sempena bulan Ramadan kali ini, team The Grand Campbell mengadakan buffet Ramadan yang bertemakan Santapan Kasih Juadah Mesra yang menyajikan pelbagai menu hidangan masakan melayu asli. 








Antara yang popular dihidangkan dalam buffet ramadan di sini adalah Kambing Kuzi, Bawal Masak Tomato, Ayam Perchik Kelantan, Pucuk Paku Sambal Belacan, Sambal Tempe, Kobis Masak Putih Tahu Keras, Daging Palembang dan banyak lagi. 

Terdapat juga beberapa menu pembuka selera seperti Cucur Udang, Keropok Lekor, Keropok Ikan, pelbagai jenis Jeruk dan juga sambal-sambal.



Kalau untuk pencuci mulut pula ada banyak pilihan seperti Bread Butter Pudding, Swiss Roll Spouge Cake Chocolate, Puding Jagung Kemasik, Buah Melaka, Kastad Labu, Dodol dan juga pelbagai jenis kuih muih tradisional yang popular di Malaysia.




Bagi menu di Gerai Malay Station ianya menyajikan Roasted Whole Lamb dengan Sos Percik. Ada Gerai Campbell Briyani menyediakan Nasi Briyani bersama dengan Ayam Masak Merah dan Papadom.



Di Gerai Malay Sweet Hot Dessert yang ada pelbagai jenis bubur panas dan manis. Juga terdapat Gerai ABC, Cendol dan juga Lycee Kang untuk menyejukkan tekak


Gerai BBQ untuk pelbagai jenis makanan laut yang dipanggang seperti Kembong, Pari dan Cencaru. Ada lagi Gerai Satay yang memang wajib ada setiap kali buka puasa.


Juga ada Gerai Kawah Station yang menyediakan Gulai Kawah Kambing atau Daging dan juga Assam Pedas. 

Kalau korang nak tau menu-menu ini berubah pada setiap minggu demi memberi kepuasan kepada tetamu yang datang berbuka di sini. Selain itu juga dalam Dewan Bunga Raya ini akan dikelilingi dengan pelbagai jenis gerai untuk juadah lain juga.

with usual suspects, geng makan-makan buffet

Harga untuk buffet ramadan ‘Santapan Kasih Juadah Mesra' yang bermula dari 29 April 2020 - 21 Mei 2020, waktunya 6.30PM-9.30PM adalah seperti berikut : 

Harga Biasa : 

Dewasa : RM55nett 
Kanak-kanak : RM30nett 

Harga Istimewa ‘Private Event’ @Dewan Bunga Raya :

Dewasa : RM65nett 
Kanak-kanak : RM35nett 

(minimum 150 pax ke atas) 

Open House Raya : RM60nett 


Untuk pertanyaan dan tempahan : 

Tel : 03-2694 1717 ext 5 
013-526 6539 (Diana) 
012-623 4361 (Farid) 


Jom kita ke: 

THE GRAND CAMPBELL HOTEL 
Campbell Complex, 
Jalan Dang Wangi, 
50100 Kuala Lumpur 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



No comments :