Thursday, October 9, 2014

Jam Tangan ICE-WATCH – Ceria, Unik Dan Menarik Kini Bersama Kumpulan HABIB

Hi Korang,

Kegilaan terhadap jam tangan ICE-WATCH dari Belgium yang menampilkan warna ceria dan menarik telah merebak di seluruh dunia, bukansahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah selebriti dan juga personality turut meminati jam tangan ini. Kepelbagaian warna pada ICE-WATCH kini meniti ke dalam hati rakyat Malaysia.

model Ice Watch yang terbaru

Aku pun sama minat dengan jam Ice Watch ni sebab warnanya yang sangat funky dan sesuai dipakai di apa jua majlis kan. Senang nak mix and match dengan baju katanya.


ni yang latest, BMW motorsport collection

Last week sempat juga aku ke majlis pelancaran ICE-WATCH di The Curve. Kebetulan Mr Big cuti so bawak sekali sebagai photographer aku. Senang sket nak ambil gambar coz dia kan tinggi.






Bagi meraikan pameran yang julung kalinya bagi ICE-WATCH oleh Kumpulan Habib di The Curve, Jean-Pierre Lutgen pengasas jenama ICE-WATCH turut bersama-sama turun padang bagi melancarkan secara rasmi jenamanya dengan gaya ceria, sepadan denganpersona daripada jam "ice-y".


Acara kemuncak iaitu upacara pelancaran yang diwakili oleh Dato 'Meer Habib dari HABIB dan Lutgen dari ICE-WATCH, diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh "Ice Girls" dan selebriti Malaysia.


ICE-WATCH turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan HABIB di Curve Centre Court yang turut dikenalisebagai "HIP". "HIP" merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice-Watch dan Pandora.

Pada tahun ini, Iapan butik ICE-WATCH telah ditubuhkan di Malaysia. ICE-WATCH merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia dimana ICE WATCH menjadi kegemaran ramai sama ada golongan mudamahupun golongan yang berjiwa muda dari semua lapisan masyarakat. Jam tangan yang bergaya dan mudah digayakan ini mempunyaiwarna menarik lantas menjadikan ICE-WATCH sebagai aksesori yang sempurna dalam pemilihan pakaian, dari pakaian kasual, untukbekerja atau bersantai dengan kawan-kawan. Dengan harga yang mudah di beli, lebih ramai memilih untuk memiliki koleksi jam tangan menarik ini.


Dato 'Meer berkata, "ICE-WATCH adalah fenomena luar biasa kerana ia merupakan gabungan unik inovasi, kreativiti, mampu milik danmempunyai nilai kesederhanaan. ICE-WATCH merupakan jam tangan yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latarbelakang si pemakai. Sesuai dengan apa jua pakaian, membuatkan ICE-WATCH menjadi pilihan ramai pengemar fesyen. KumpulanHABIB sangat mengalu-alukan kedatangan jam tangan ICE-WATCH ke dalam keluarga kami kerana kami dapat melihat potensi besar jenama ini.

Lutgen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICE-WATCH menambah "Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasireka bentuk yang menarik, ICE-WATCH boleh ditukar-tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. Anda tidak boleh mempunyai hanyaseutas jam tangan ICE­ WATCH kerana ia perlu menjadi sebahagian daripada koleksi jam tangan yang menjadi pilihan anda dalam hidup."


"Kami juga begitu teruja dengan kolaborasi antara ICE-WATCH dan Habib. Kedua-dua syarikat yang diterajui oleh usahawan yangmempunyai keinginan yang mendalam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan sokongan yang luar biasa daripadaKumpulan HABIB sebagai pengedar, ia memberi potensi dan peluang yang besar kepada kami untuk meneroka di pasaran Malaysiadan kami berharap ICE-WATCH dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia. "

Menurut Lutgen, jenama ICE ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur "ais" itu sendiri - ketelusan dan kesucian dandiserikan lagi bersama tabung lutsinar.



Peminat dan pengemar fesyen di Malaysia boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan­bahan baru pada jam tangan yang pastimembuatkan jenama ini teguh di atas setiap permintaannya.

Sebagai ahli baru kepada Kumpulan Habib, ICE-WATCH menyertai Kumpulan HABIB, bersama­ sama Habib Jewels dan Pandora dariDenmark. Dalam HABIB Group, HABIB juga turut membawa masuk jenama berlian terkemuka iaitu Hearts On Fire. Pandora dan Hearts On Fire diedarkan secara eksklusif oleh Habib di negara ini.


Di kawasan Lembah Klang, Butik ICE-WATCH boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan pusat membeli-belahAlamanda. Di bahagian-bahagian lain trut boleh didapati di Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall, Seremban, Kompleks JBCC, JohorBahru dan East Coast Mall, Pahang.

Korang juga boleh lawati ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk melihat ICE-WATCH dengan lebih dekat.

6 comments :

Rawlins GLAM said...

Cantik dan mulus je warna-warnanya

Cam berkenan plak nie
Aiyo
Ni semua salah Cik Lily Putih
Hehehe

Singgah entry saya gak ye. TQ

Mermaid said...

best nyeee. A great Event hehe
MISS IKA'S BLOG

- zuriey - said...

cantik gak design dia.. sesuai ke tuk org tangan kecik huhu

ietams said...

jam ni fashion funky ye cik Lily ye..
lawa!

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah bestnya cantik pulak color2nya...:)

Suria Amanda said...

Dato' Meer tu owner HJ kan?collection utk ladies tu banyak pilihan menarik la..