Saturday, October 18, 2014

OH MY ENGLISH! Tamatkan Musim Ketiga Hujung Minggu Ini

Hi Korang,

Bagi peminat setia sitkom Oh My English (OME) mesti sedih dengar berita ni tau..


Siri sitkom pendidikan Oh My English! bakal melabuhkan tirainya untuk musim ketiga pada hujung minggu ini. Episod akhir ini akan disiarkan pada hari Ahad, 19 Oktober 2014, jam 11 pagi secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135). Bukan itu sahaja, episod kali ini juga padat dengan drama tatkala kedengaran bahawa See Yew Soon bakal meninggalkan SMK Ayer Dalam! Tetapi adakah khabar ini benar?


Para peminat Oh My English! Musim Ketiga pastinya tidak sabar untuk mengetahui kesudahan musim ini dan apa sebenarnya yang berlaku di SMK Ayer Dalam. Namun kenyataannya, salah seorang dari watak kesayangan para peminat ini bakal meninggalkan Oh My English!. Persoalannya, siapakah watak tersebut? Semuanya akan terjawab dalam episod akhir musim ketiga pada hari Ahad ini.

Selain itu, bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod sebelum ini dan juga dua telefilemnya; Oh My Ganu! dan Hello America, juga berpeluang untuk menontonnya semula. Para penonton boleh menyaksikan kesemua babak yang padat dengan pengajian Bahasa Inggeris menerusi Maraton Istimewa Hujung Minggu Oh My English! Musim Ketiga secara berterusan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu, 18 Oktober dan Ahad, 19 Oktober, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan semula pelbagai gelagat, karenah dan telatah lucu serta rangkaian ilmu pengetahuan yang disajikan. Para peminat juga boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter dan Instagram, dan pos-pos yang terpilih akan disiarkan di Astro TVIQ, saluran 610 semasa siaran maraton ini.


Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Perniagaan GenNext Astro berkata, “Astro ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang terdiri dari semua peringkat umur atas sokongan berterusan terhadap siri yang telah memasuki musim ketiga ini. Tatkala kita semakin hampir untuk penamat bagi satu lagi musim, Oh My English! terus mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Kami tidak mungkin akan sampai sejauh ini tanpa sokongan anda semua. Sebagai tanda penghargaan, kami akan menghadiahkan anda dengan sebuah lagi karya telefilem istimewa cuti sekolah pada bulan Disember ini. Oleh itu, nantikan ketibaannya dan kami berharap agar karya ini akan diterima baik oleh para peminat.”

Jangan ketinggalan menonton episod kemuncak Oh My English Musim Ketiga dan siaran marathon khas khusus untuk semua para peminat Oh My English! pada hujung minggu ini.

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.


Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

3 comments :

sitirohaida said...

la...dah nak habis dah ke...suka tengok cerita ni...happening je

Unknown said...

SYS...ramai peminat SYS ni..hehe

Suria Amanda said...

tgok jugak..tp kenapa ngan SYS tu erk....pelik plak...puas main teka teki ngan Dania...