Showing posts with label Ice Watch. Show all posts
Showing posts with label Ice Watch. Show all posts

Friday, August 12, 2016

Pembukaan Galeri ICE-WATCH di Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang Bersama Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin.

Hi Korang,

Hari tuh aku berkesempatan jugak ke event Ice-Watch di Mitsui Outlet Park, Sepang.


Ermm memanglah jauh tapi kebetulan ada kerja sket kat Cyberjaya so kira dah dekatlah kan, singgahlah majlis perasmian ni ek. 


Bagi meraikan pembukaan Galeri ICE-WATCH di Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang, Pengarah Urusan ICE-WATCH Malaysia, Dato' Sri Meer Habib telah merasmikan pembukaan dalam gaya sporty sepadan dengan persona "Cool". Majlis ini juga disertai oleh Hafizh Syahrin iaitu pemandu Petronas Raceline Malaysia walaupun sibuk berlumba di merata dunia. 


Kemuncak acara pada petang ini merupakan majlis tandatangan di BMW Motorsports Steel watch yang merupakan salah satu model premium Ice Watch oleh Dato' Sri Meer dan Hafizh bagi merasmikan pelancaran dan perkongsian antara Malaysia ICE WATCH dan Petronas Raceline.


Dato' Sri Meer berkata, "The ICE-WATCH is phenomenal because it is a unique blend of innovation, creativity, affordability and simplicity. It cuts across age, style and background and as a result, it's easy to love an ICE-WATCH, plus one can wear it with almost everything."


Hafizh, yang juga peminat ICE-WATCH, menambah lagi "ICE-WATCH is now my favourite watch to wear during the race weekend. I love the oversize chronograph of the Chrono Electrik model as it is big, trendy, light weight and it makes it easier for me to move around. The watch even matches with our uniforms! I can see a lot of ICE-WATCH models that I like and suit my casual usage."


Raceline dan Hafizh telah bergabung tenaga dengan ICE-WATCH untuk mempromosikan jenama tersebut pada 2016. Jenama ICE-WATCH mewakili mereka yang berjiwa muda, bertenaga, bersukan dan bersemangat dan sesuai dengan gaya yg bersikap tenang dalam pasukan. The 'big face' atau terlalu besar reka bentuk jam tangan adalah trend sekarang dan kedudukan sebagai kegemaran untuk kegunaan pasukan ada pada hujung minggu perlumbaan atau kasual. Bahan yang digunakan adalah ringan dan selesa, khususnya direka khas untuk ahli krew untuk bekerja dan bergerak walaupun semasa jenis perlumbaan hujung minggu yang paling sibuk dan mencabar.



Hafizh telah mencipta gelombang CEV dalam (Campeonato de Espana de Velocidad) atau dikenali sebagai Kejohanan Sepanyol 2012 dan 2013 di dalam kelas Moto2 sebelum berpindah ke FIM motosikal jalan perlumbaan Kejohanan Dunia (MotoGP) pada 2014 di kelas Moto2 yang sama. Kerlipan kecemerlangan dapat dilihat sepanjang 2014 dan 2015 dan beliau kini diletakkan 7 dengan 69 mata pada pertengahan musim selepas 9 perlumbaan pada 2016.


Semasa majlis pembukaan tersebut, Ice-Watch juga turut melancarkan koleksi jam mereka yang terbaru iaitu ICE DUO. Ianya merupakan jam mempuntai 2 warna yang digabungkan yang bersesuaian dengan trend terkini menampilakan warna-warna kontras seperti anthracite and yellow, dusty dan coraL pink serta mint or black and orange.



Apa lagi meh singgah ke ICE-WATCH gallery di Mitsui Outlet Park, KLIA Sepang setiap hari dari lO npagi- lO malam. Klik je ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk maklumat lanjut


Korang boleh check it out Butik ICE-WATCH di Lembah Klang yang terletak di Ampang Point. Plaza Shah Alam, The Curve, NU Sentral dan Alamanda shopping malls. Di negeri butik Ice-Watch boleh di dapati di Gurney Paragon di Penang, Palm Mall di Seremban, Komtar JBCC di Johor Bahru, East Coast Maldi Pahang, The Shore di Malacca, Aman Central di Alor Setar dan Viva City Megamall Kuching. Terdapat juga kaunter ICE-WATCH di Parkson, Pavilion dan TANGS l Utama.


Thursday, October 9, 2014

Jam Tangan ICE-WATCH – Ceria, Unik Dan Menarik Kini Bersama Kumpulan HABIB

Hi Korang,

Kegilaan terhadap jam tangan ICE-WATCH dari Belgium yang menampilkan warna ceria dan menarik telah merebak di seluruh dunia, bukansahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah selebriti dan juga personality turut meminati jam tangan ini. Kepelbagaian warna pada ICE-WATCH kini meniti ke dalam hati rakyat Malaysia.

model Ice Watch yang terbaru

Aku pun sama minat dengan jam Ice Watch ni sebab warnanya yang sangat funky dan sesuai dipakai di apa jua majlis kan. Senang nak mix and match dengan baju katanya.


ni yang latest, BMW motorsport collection

Last week sempat juga aku ke majlis pelancaran ICE-WATCH di The Curve. Kebetulan Mr Big cuti so bawak sekali sebagai photographer aku. Senang sket nak ambil gambar coz dia kan tinggi.






Bagi meraikan pameran yang julung kalinya bagi ICE-WATCH oleh Kumpulan Habib di The Curve, Jean-Pierre Lutgen pengasas jenama ICE-WATCH turut bersama-sama turun padang bagi melancarkan secara rasmi jenamanya dengan gaya ceria, sepadan denganpersona daripada jam "ice-y".


Acara kemuncak iaitu upacara pelancaran yang diwakili oleh Dato 'Meer Habib dari HABIB dan Lutgen dari ICE-WATCH, diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh "Ice Girls" dan selebriti Malaysia.


ICE-WATCH turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan HABIB di Curve Centre Court yang turut dikenalisebagai "HIP". "HIP" merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice-Watch dan Pandora.

Pada tahun ini, Iapan butik ICE-WATCH telah ditubuhkan di Malaysia. ICE-WATCH merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia dimana ICE WATCH menjadi kegemaran ramai sama ada golongan mudamahupun golongan yang berjiwa muda dari semua lapisan masyarakat. Jam tangan yang bergaya dan mudah digayakan ini mempunyaiwarna menarik lantas menjadikan ICE-WATCH sebagai aksesori yang sempurna dalam pemilihan pakaian, dari pakaian kasual, untukbekerja atau bersantai dengan kawan-kawan. Dengan harga yang mudah di beli, lebih ramai memilih untuk memiliki koleksi jam tangan menarik ini.


Dato 'Meer berkata, "ICE-WATCH adalah fenomena luar biasa kerana ia merupakan gabungan unik inovasi, kreativiti, mampu milik danmempunyai nilai kesederhanaan. ICE-WATCH merupakan jam tangan yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latarbelakang si pemakai. Sesuai dengan apa jua pakaian, membuatkan ICE-WATCH menjadi pilihan ramai pengemar fesyen. KumpulanHABIB sangat mengalu-alukan kedatangan jam tangan ICE-WATCH ke dalam keluarga kami kerana kami dapat melihat potensi besar jenama ini.

Lutgen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICE-WATCH menambah "Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasireka bentuk yang menarik, ICE-WATCH boleh ditukar-tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. Anda tidak boleh mempunyai hanyaseutas jam tangan ICE­ WATCH kerana ia perlu menjadi sebahagian daripada koleksi jam tangan yang menjadi pilihan anda dalam hidup."


"Kami juga begitu teruja dengan kolaborasi antara ICE-WATCH dan Habib. Kedua-dua syarikat yang diterajui oleh usahawan yangmempunyai keinginan yang mendalam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan sokongan yang luar biasa daripadaKumpulan HABIB sebagai pengedar, ia memberi potensi dan peluang yang besar kepada kami untuk meneroka di pasaran Malaysiadan kami berharap ICE-WATCH dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia. "

Menurut Lutgen, jenama ICE ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur "ais" itu sendiri - ketelusan dan kesucian dandiserikan lagi bersama tabung lutsinar.



Peminat dan pengemar fesyen di Malaysia boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan­bahan baru pada jam tangan yang pastimembuatkan jenama ini teguh di atas setiap permintaannya.

Sebagai ahli baru kepada Kumpulan Habib, ICE-WATCH menyertai Kumpulan HABIB, bersama­ sama Habib Jewels dan Pandora dariDenmark. Dalam HABIB Group, HABIB juga turut membawa masuk jenama berlian terkemuka iaitu Hearts On Fire. Pandora dan Hearts On Fire diedarkan secara eksklusif oleh Habib di negara ini.


Di kawasan Lembah Klang, Butik ICE-WATCH boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan pusat membeli-belahAlamanda. Di bahagian-bahagian lain trut boleh didapati di Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall, Seremban, Kompleks JBCC, JohorBahru dan East Coast Mall, Pahang.

Korang juga boleh lawati ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk melihat ICE-WATCH dengan lebih dekat.