Saturday, September 1, 2018

Karnival #JOMMALAYSIA Di Sunway City

Hi Korang,

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-61 ini, Sunway Group telah menganjurkan karnival #JOMMALAYSIA yang bertempat di hadapan Sunway Resort Hotel and Spa. 


Terdapat 5 tarikan yang dibawakan di karnival iaitu:-

Flavours of Malaysia (food)
Voices of Malaysia (music)
Cultures of Malaysia (dance)
Arts of Malaysia (arts and crafts)
Games of Malaysia (Games)


Apa yang menarik selain adanya pertunjukan drum di atas pentas, terdapat juga booth-booth yang dibuka khas untuk pengunjung bermain dan mencuba sendiri permainan lama seperti congkak, batu seremban dan pelbagai lagi.




Kelihatan juga deretan ala-ala kedai klasik yang menual pelbagai barangan nostalgia. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual masakan popular di Malaysia seperti nasi lemak, kuih muih tradisi dan pelbagai lagi.


Puan Sri Susan Cheah (Ahli Exco Kumpulan Sunway) antara VIP yang hadir memeriahkan acara pembukaan karnival.

Tidak kira muda,tua, pelbagai bangsa semuanya bersemangat melaungkan semangat hari kemerdekaan di Karnival #JOMMALAYSIA. Meriah betul!


Karnival ini melibatkan ramai usahawan bumiputera dan artis yang masih muda dengan memperkenalkan seni tanahair serta produk Buatan Malaysia.

Sayangi Malaysiaku selamanya.

So korang Karnival #JOMMALAYSIA bermula dari 31 Ogos 2018 sehingga 1 September 2018 bermual jam 10 pagi sehingga 10 malam.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :