Sunday, October 4, 2015

REVIEW | Maskara SKIN SOUL Natural Volume

Hi Korang,

Ermm mascara pulak ek.

Memperkenalkan Natural Volume Mascara daripada jenama Skin Soul.

Ianya boleh membantu korang memanjangkan bulu mata selepas beberapa minggu je kan.


Mascara daripada Skin Soul ni diformulakan secara semulajadi yang membolehkan bulu mata korang jadi lebat, panjang dan lebih melentik! Kebanyakan produk memanjangkan bulu mata mengandungi bahan kimia merbahaya yang boleh menyebabkan mata anda menjadi kabur. Kesan daripada bulu mata palsu boleh mencederakan bahagian mata yang sensitive tanpa kita sedari boleh menyebabkan bulu mata menjadi nipis. Mungkin kita tidak tahu kan?? Itulah aku sendiri pun tak tau ek

Antara KEBAIKAN SKIN SOUL Natural Volume Attack Mascara: 

-100% bebas daripada paraben dan prostaglandin 

-Bebas dari kandungan bahan kimia yang boleh menyebabkan penglihatan kabur 

-Menggunakan bahan organic, pengasingan Mulberry secara semulajadi yang memanjang, dan melentikkan bulu mata anda 

-Melebatkan bulu mata dari pada akar sehingga ke hujung 


Cara Nak Pakai?

Eh pakai mascara cam biasalah. Tak de special instruction pun. Ikut kesesuaian cara korang lah. Yang penting tau cam ne nak pakai ek.

nampak tak perbezaannya? sorry gambo cam blur sket ek

Harga bagi SKIN SOUL Natural Volume Attack Mascara adalah RM206.70 satu. Biasalah barang berkualiti mesti mahal sket, lagipun ianya diimport dari Italy tau hehehhehe


Jom singgah ke:-

SkinSoul Boutique 
Level LG077 
Mid Valley Shopping Mall

Website

Facebook

No comments :