Wednesday, March 30, 2022

Produk Terbaru RTE LengQuas, Memang Sedap!! Hanya Panaskan 5 Minit Jer

Hi Korang,

Ya ampun citer ni last week tapi baru ada masa nak citer hah


Baru-baru ini kak lily ke Hari Terbuka LengQuas bertempat di Dapur Setempat Kopetro. Di sebabkan dekat dengan opis so time lunch panjang ermm haruslah ke sini, kebetulan memang Kopetro memang ada buat jualan murah produk mereka (harga kilang).


Sebab dah pasang niat nak beli bebanyak buat stok berbuka dan bersahur hah. Maklumlah kite kan manjang sibuk 24jam hahahahaha

Kalau korang nak tau yang sekarang ni LengQuas ada mengeluarkan 5 produk RTE (ready to eat) yang terbaru. Bersesuaian dengan permintaan dikalangan pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan hidangan yang penyediaan sangat mudah iaitu hanya panaskan sahaja.

Lima produk terbaru dari LengQuas seperti:-


Ayam Cili Padi
Puff Daging
Ikan Merah Kukus
Ayam Pedas Korea
Daging Perap Beku

Makan jangan tak makan, masa event tuh memasing makan tak ingat sebab sedap nau, siap menambah nasi bagai hehehehe. Sebabnya lauk-pauk yang dihidangkan semua dari produk LengQuas (RTE) yang sememangnya enak belaka.


Di Hari Terbuka LengQuas hari tuh turut dibuka pengambilan agen produk LengQuas. Ramai juga yang hadir untuk mendaftar sebagai agen LengQuas, produk yang senang dijual dan ada pasaran. Zaman sekarang memang ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Jom Cuba Produk Terbaru RTE LengQuas

Sempat kak lily beli jugak hari tuh sebab ada harga istimewa so beli jelah.


Kalau korang perhatikan produk RTE LengQuas ini ialah ianya menggunakan bahan-bahan premium, disediakan penuh teliti, bersih dan halal tanpa was-was. Selain daripada harganya tidaklah terlalu mahal memang mampu beli tidak kira siapa sahaja

Cara nak panaskan hidangan RTE LengQuas sangatlah mudah.


Hanya buka sedikit pembungkusan RTE, tak pun cucuk cuck kertas penutup tuh dan masukkan di dalam microwave selama 2 minit jer hah.

Kalau rajin, korang boleh juga panaskan didalam kuali. Panaskan seketika dan siap!! Tapi ahkak ko nieh malas so microwave sajorrr

Ayam Cili Padi

Memang terasa wei cili apinya, kepedasan level lain machiam yer. Portion pun banyak. Makan menu ni je pun dah cukup kenyang dah untuk ktorang berdua ni hah

Daging Perap Barbeku

Kalau di ratah macam ni pun dah sedap gak, tak de plak roti time ni. Kalau tak, ermm di cicah roti jelah kan. Dagingnya lembut dan kuahnya berperisa betul

Ternyata memang sedap ermm korang pun kena cuba gak tau

Ayuh lekas dapatkan produk RTE LengQuas terbaru di mana-mana pasaraya, kedai serbaneka seperti MyNews ataupun boleh membuat pembelian di atas talian [KLIK SINI].


Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang boleh layari:-

Layari laman web :

Facebook:

Instagram:

2 comments :

Suria Amanda said...

Untuk orang bujang macam SA sesuai ni...hehehe...

Sis Lin said...

Senangnya lahaii ekk nak makan, panaskan ajerr, ni bagus beli simpan stok untuk sahur..