Sunday, March 20, 2022

IOUPAY UMUM MYIOU APP 2.0 DENGAN WAJAH BARU

Hi Korang,

IOU Pay (Asia) Sdn Bhd (IOUpay) secara rasminya telah mengenalkan wajah baharu aplikasi myIOU yang kini lebih mesra dan mudah untuk penggunanya.



Aplikasi yang telah dinaiktaraf ini diumumkan sebagai myIOU App 2.0, adalah salah satu perkhidmatan bayaran beli sekarang bayar kemudian, ataupun dikenali “Buy Now Pay Later” (BNPL).

Aplikasi yang telah dinaiktaraf ini seiring dengan rancangan myIOU menuju ke arah pasaran BNPL dan transaksi digital yang berkembang pesat di Malaysia.



myIOU merupakan platform BNPL oleh IOU Pay (Asia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IOUpay Limited yang disenaraikan di Australia sejak tahun 2014 (ASX: IOU). Syarikat ini telah menyediakan perkhidmatan selama 20 tahun dalam tiga bahagian perniagaan, iaitu Perbankan Mudah Alih, Pembayaran Digital, dan Perkhidmatan Digital. Perkhidmatannya diiktiraf dan dikenalpasti oleh lebih daripada 20 bank utama, syarikat insurans, telekomunikasi dan korporat di Malaysia dan Asia Tenggara (SEA).

Menurut Gwen Khor, Ketua Bahagian Pemasaran IOUpay, Malaysia kekal sebagai pemacu utama perkembangan BNPL kerana aplikasi myIOU telah mencapai peningkatan ketara dari segi para pengguna dan peniaga sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada Jun 2021. Setakat ini, bilangan pengguna myIOU telah mencapai sebanyak 52,000 daripada 1,500 pengguna. Penyedia perdagangan juga turut meningkat ke lebih daripada 1,000 penyedia perdagangan aktif yang beroperasi dalam 3,000 kedai secara fizikal ataupun dalam talian di seluruh negara yang meliputi kategori fesyen, automotif, elektronik dan gajet. Antara peniaga myIOU termasuk Senheng, Hewlett Packard, Neal’s Yard Remedies, Box of Bricks, Darson Electronics, Lazo Diamond, Wah Lee, 5 Star Fitness, The Guitar Stores, Clock Family dan Artisan Creative Studio.

“Peningkatan bilangan pengguna ini disebabkan oleh manfaat yang ditawarkan oleh myIOU, seperti pembayaran ansuran bulanan tanpa faedah selama dua, tiga atau enam bulan,” kata Khor. myIOU memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakan kad debit atau kredit untuk perkhidmatan BNPL. Melalui pendaftaran yang ringkas, pengguna diberi kelulusan kredit segera sebanyak RM1,000 dan boleh menambah had kredit sehingga RM10,000.




myIOU yang berwajah baharu ini diperkenalkan dengan rekaan minimalis untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna dan memudahkan pengendalian. Rekaan baharu ini memudahkan akses kepada perniagaan atau jenama yang boleh didapati untuk semua kategori agar urusan membeli-belah yang lebih mudah. Selain itu, promosi dan ganjaran turut ditonjolkan agar mendapat lebih perhatian pembeli.

Bersempena dengan pelancaran myIOU App 2.0, pameran (roadshow) turut diadakan selama 5 hari di IOI City Mall, Putrajaya bagi mempromosikan applikasi baharu ini bermula dari 16 - 20 Mac 2022. Roadshow ini turut menampilkan peniaga myIOU termasuk All IT Hypermarket, Gintell dan Brooks. Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pengalaman unggul dalam membeli-belah meggunakan aplikasi tersebut di gerai-gerai perniagaan dan menyertai pelbagai aktiviti menarik.

IOUpay turut mengumumkan kerjasama tahun 2022 bersama artis antarabangsa dari Hong Kong, Priscilla Wong, dan pelakon terkenal tempatan Syafiq Kyle sebagai duta jenama baharu myIOU.


Priscilla Wong merupakan pelakon dan hos televisyen TVB terkenal yang popular di kalangan penonton Asia Tenggara sejak tahun 2012. “Malaysia adalah rumah kedua saya dan sentiasa dekat dengan saya. Saya berharap perbelanjaan secara bijak menggunakan myIOU dapat dimanfaatkan oleh semua peminat saya,” ujar Priscilla.



Syafiq Kyle merupakan pelakon terkenal tempatan dan juga model untuk beberapa jenama fesyen antarabangsa termasuk MSGM, Hackett London dan Salvatore Ferragamo. “Selepas menggunakan aplikasi myIOU, saya dapat menguruskan perbelanjaan saya terutama apabila membuat pembelian dengan bayaran tanpa faedah dan membuat bayaran ansuran sehingga 6 bulan,” kata Syafiq.

Duta-duta baharu ini dipilih berdasarkan pengaruh besar mereka terhadap pengguna di pasaran. Mereka akan mewakili myIOU dalam kempen pemasaran utama dan berkongsi pengalaman menggunakan myIOU bersama para peminat mereka. Aplikasi myIOU yang dipertingkatkan ini boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Pemilik perniagaan yang berminat untuk menyediakan tawaran BNPL kepada para pelanggan mereka bolehlah melayari myIOU.com untuk sebarang maklumat lanjut.


1 comment :

Sis Lin said...

Ooo ada lain juga ekk.. biasa bayo Jompay guna CIMB clicks jerr..