Tuesday, March 9, 2021

Fesyen Untuk Si ‘PLUS Size’ Pada Harga Berpatutan Hanya Di Bob Rock Lovelily

Hi Korang,

Bagi kitaorang berdua yang bersaiz comel ni agak payah jugak untuk mendapatkan pakaian yang sesuai. Memang merata tempat kitaorang cari dan ada yang jumpa jugak tapi saiz tak menepati citarasa pun. Kebanyakannya potongan bahagian baju tuh besar tapi lengannya kecil so agak susah untuk menyarungnya.

Bila ramai suggestkan supaya dapatkan baju-baju untuk saiz kami ni di butik Bob Rock Lovelily ni macam tak percaya dibuatnya ialah memang belum pernah jumpa lagi butik sebegini.

Kalau korang nak tau yang butik Bob Rock Lovelily ini merupakan kedai pakai yang menjual pakaian SAIZ BESAR yang mana ianya bersesuaian dengan potongan badan orang Asia.



Kenapa di tekankan orang Asia?

Kerana kebanyakan orang Malaysia ini memang bersaiz besar tapi tidak sebesar dan setinggi orang Eropah, orang Amerika serta Asia Barat, maka terciptalah idea bagi Bob Rock Lovelily untuk mewujudkan kedai pakaian saiz besar yang mengikut potongan orang Asia.

Di butik Bob Rock Lovelily ini, mereka menawarkan pakaian saiz besar untuk lelaki mahupun wanita yang saiznya bermula dari XL hingga 6X. Pakaian lelaki adalah di bawah jenama Bob Rock, manakala untuk pakaian wanita di bawah jenama LoveLily.

Pakaian-pakaian ini boleh di jadikan sebagai pakaian harian mahupun pakaian rasmi ke tempat kerja juga seperti Kemeja, Seluar Slack Kerja yang stretchable, Seluar Jeans, Baju Melayu dan juga Kurta Saiz Besar. Begitu juga dengan baju wanita terdapat juga blouse plain atau bercorak, seluar panjang, baju kurung dan pelbagai lagi.



Rekaan dan Material Bermutu Tinggi

Bob Rock LoveLily sangat mengutamakan material yang bermutu tinggi dan ini membuatkan mereka memilih dan mencari kain sendiri dan bagi mereka pemilihan dalam fabrik adalah penting dan keutamaan di butik ini.

Tambahan pula dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas akan membuatkan para penggaya fesyen ‚‘plus size‘ ini senang berpeluh maka butik Bob Rock Lovelily memilih fabrik berasaskan kain kapas sebab lebib memberi ruang penafasan bila berpeluh pun diserap dan mudah kering.

Beberapa faktor pemilihan fabrik berasaskan kain kapas adalah kerana:-

· Tekstur kainnya yang lembut, sejuk dan tidak mengecut. Selesa dipakai.

· Kain kapas adalah hypoallergenic atau tahan hama dan habuk. Ianya adalah kain pilihan terbaik terutama bagi mereka yang mempunayi masalah asma dan alahan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga sesuai kerana kain ini memang boleh elak masalah kerengsaan kulit.

· Tekstur fabrik membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit, mengurangkan rasa kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan.



Design Terbaru Dari Bob Rock Lovelily

Kini pelbagai jenis rekaan fesyen pakaian lelaki dan wanita di butik ini.

Baju Melayu Besar

Yang terbaru adalah baju melayu kerana banyak permintaan dari pelanggan yang bertanyakan Baju Melayu Saiz Besar.




Salah satu sebab para pelanggan mencari baju melayu yang telah siap kerana kos untuk menempah sepasang baju melayu semakin tinggi harganya itu belum masuk harga kainnya lagi.


 
 

Dengan itu Bob Rock Lovelily mengambil langkah untuk menyediakan rekaan baju melayu besar “Ready Made” dengan harga yang sangat berpatutan yang berukuran data 70 inchi iaitu pit to pit 35 inchi dari XL hingga 6XL juga.

Kurta




Koleksi Kurta Printed dan Kurta Plain yang terbaru untuk Bulan Ramdhan dan Syawal yang bakal tiba akan pasti di gemari

Seluar Slack Stretchable

Untuk koleksi seluar boleh dikatakan hampir ke semua rekannya jenis yang boleh meregang dan ini sangat sesuai untuk orang bersaiz besar.






Ada juga koleksi couple jugak tau di Bob Rock Lovelily

Amat sesuai di gayakan baju yang sedondon lelaki dan perempuan. Sama cantik dan sama padan

Couple Set


Pelanggan boleh datang ke outlet ataupun membuat pembelian dari laman web :


Ataupun

Boleh singgah ke Butik Bob Rock and LoveLily untuk mencuba pakaian-pakaian ini.



Butik Bob Rock
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.


+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :


Instagram :


1 comment :

Sis Lin said...

Kan Kak, Kita pun saiz besar gak ni, kat JB pun susah nak cari kedai saiz besar.. nasib boleh beli online haaaa...