Thursday, March 18, 2021

5 Restoran Makanan Jepun Yang Sedap Di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Makanan adalah sebahagian besar dari setiap budaya di dunia. Cara untuk mengenal budaya atau negara adalah melalui makanannya. Itulah sebabnya pelancong suka mencari makanan di restoran tempatan bagi setiap tempat yang dilawati. 


Walaubagaimanapun, untuk menjadi seorang ‘pelancong’ tidak bermakna kena keluar negara. Tak perlu berbelanja lebih kerana dengan mudah kita boleh ke pelbagai negara dengan merasai makanannya. Salah satu contoh, restoran Jepun. 


Tanpa perlu pergi ke Jepun, tetap boleh membayangkan bagaimana budaya negara Jepun itu sendiri dengan merasai makanannya. Tak perlu juga terus ke negara Jepun untuk menikmati makanan itu kerana sudah ada banyak restoran Jepun di Kuala Lumpur. 


1. Nippon Sushi (Halal)



Nippon Sushi adalah restoran Jepun halal yang dimiliki oleh orang Malaysia. Restoran ini mengekalkan menu yang pelbagai bagi memenuhi pelbagai peringkat umur. 


Perkara paling menarik di sini, setiap pesanan makanan akan di hantar kepada pelanggan oleh robot. Ia akan berhenti di hadapan kita dan akan menunggu kita mengambil makanan sebelum keluar. 


Alamat: Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam, 11.30 pagi - 10.30 malam (Khamis)


2. Kuro Tepanyaki (Halal)



Rakyat Malaysia sangat menyukai makanan "masak sendiri sendiri". Macam main masak-masak pula lakunya. Restoran ini sering dikunjungi ramai kerana menyediakan bufet tepanyaki DIY yang pertama di Malaysia. 


Di sini dapat menjadi tukang masak tepanyaki dan masak daging mengikut tahap citarasa sendiri. Boleh juga minta bantuan kakitangan yang ramah jika tak pasti apa yang harus dilakukan. 


Alamat: 9A, Nadayu28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor 

Waktu Operasi: 11.30 pagi - 3.30 petang, 6 petang - 11 malam, setiap hari



3. Nippori Cafe



Nippori adalah restoran Jepun sederhana yang dikendalikan oleh orang Jepun yang kini tinggal di KL. Ketua chef Nippori mempunyai pengalaman selama 40 tahun menjadi chef di seluruh dunia. 

Restoran terasa selesa dengan persediaan Jepun dengan tempat duduk tatami dan meja bulat di restoran. Segala-gala mengenainya membuatkan kita terasa seperti berada di dalam rumah di Jepun. 


Alamat: 102 (First Floor), Empire Damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor 

Waktu Operasi: 12pm - 2.30pm, 6pm - 10pm

 


4. Menya Shi Shi Do (Non Halal) 



Kedai ramen ini dimiliki bersama oleh sepasang suami isteri. Si suami dari Jepun dan si isteri  warga Malaysia. Mereka berkongsi rasa ramen asli dengan pencinta ramen di sini, di Malaysia. Dekorasi restoran mereka benar-benar akan membawa kita terus ke Tokyo, menjadikan pengalaman makan di sini lebih unik. 


Alamat: Lot 100 P2.039, The School Jaya One, No, 72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Waktu Operasi: 11 pagi - 9.30 malam


5. Makoto Japanese Restaurant (Non Halal)



Bagi mereka yang gemar belut panggang Jepun yang disebut sebagai unagi, boleh pergi ke Desa Sri Hartamas dan nikmati sendiri unagi terbaik di Malaysia. Makoto adalah restoran khusus unagi pertama di KL yang mengendalikan unagi. 


Tempat ini telah dipuji oleh orang Jepun sendiri kerana "merasa seperti di rumah". Ini bermakna makanan di sini benar-benar mengekalkan rasa asli menu Jepun khusus untuk menu belut panggang. 


Alamat: 54, Jalan 27 / 70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: 12pm - 2.30pm, 6pm - 11pm Isnin-Jumaat, 12pm - 3pm, 6pm - 11pm Sat-Sun



Mahu Nikmati Menu Jepun Tapi Tak Ada Masa Untuk Ke Restoran?


Mahu nikmati makanan Jepun tapi sibuk dan tak ada masa untuk ke restoran bukan satu masalah besar. Tak dapat pergi ke restoran, boleh order untuk nikmati di rumah saja. Salah satu pihak yang menawarkan servis online food delivery ini adalah Foodpanda. 



Membuat pesanan di aplikasi Foodpanda sangat mudah. Hanya perlu muat turun aplikasi Foodpanda, terus boleh mula buat pesanan. 


Semudah A B C, makanan yang dipesan akan dihantar terus sehingga ke pintu rumah. Bolehlah nikmati menu makanan Jepun yang dipesan dengan penuh selera dan santai sambil tonton TV. 


Seronok juga nikmati makanan yang dihantar begini kerana tak perlu penat pandu kereta pergi dan balik. Tak perlu juga beratur tunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk kosong. Malah tak perlu juga penat tekan pedal minyak sehingga lepas kesesakan lalulintas. 


1 comment :

Wak Lat said...

sushi king xde dlm senarai? bia betik.. hehehe 😅