Tuesday, March 23, 2021

Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Secara PERCUMA Dari RichWorks

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman kan!!

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman yang merupakan anak Melayu tempatan sulung yang mendapat anugerah global Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena Persidangan Industri Pemasaran dan Pengiklanan Dunia, MADcon: Global Marketing Conference (MADcon Dubai 2019) dan juga mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).



Ramai usahawan di Malaysia ini memang kagum dengan beliau, berusaha untuk mengikuti Program Nak Ubah Hidup (NUH) pada setiap tahun kerana intipati kandungan programnya yang begitu menarik sekali. Kak lily juga pernah mengikuti program ini beberapa tahun lepas, ternyata memang seronok dan berinformatif.

Di sebabkan pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia, ramai di kalangan usahawan-usahawan kecil terjejas kesan daripada wabak ini, kebanyakannya mula gulung tikar dan melepaskan aset-aset bernilai bagi meneruskan perniagaan mereka.


Berikutan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) ingin membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.


"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.


Tambah beliau, inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Sehubungan itu, Suley memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.

"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.


Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Tarikh : 26 Mac hingga 28 Mac 2021

Bayaran : PERCUMA

Bagaimana caranya ??



Klik DAFTAR PROGRAM di laman web www.BinaBisnesBerjaya.com


Kak lily yakin dengan menyertai program ini, ramai usahawan akan bangkit semula untuk meneruskan perniagaan mereka dan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.

Ingat!! Jangan lupa tau, cepat-cepatlah mendaftar sebelum ianya penuh.




2 comments :

Unknown said...

mantap!!
boleh join

Unknown said...


OSEM!!
MUST HELP OTHERS BY INVITING THEM TO RICHWORKS
THEN OUR BIZNES WILL TURN GREAT!

cn