Tuesday, September 1, 2020

Fatin Kitchen Tempat LEPAK Best Di Danau Kota, Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Ya ampun kalau dalam seminggu tak citer pasal makan-makan memang tak sah kan hehehee… 

Biasa dengar Danau Kota?? 


Ermm korang mesti tau sebab ada uptown famous kat situ kan.. Memang betul, Danau Kota merupakan satu lokasi yang tak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur di mana semua tahu kat sini ada pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu dan lokasi ini di beri jolokan dengan "Syurga Makanan" bagi pengunjung yang berada si sini. 

Kak lily kalau bab makan nie, sanggup terjah walaupun jauh mana pun. Yelah kita nak cuba makanan yang sedap-sedap kan. 


Kebetulan jugak kengkawan sekolah Mr Big ramai yang duduk area Wangsa Maju ni so diorang cadangkan untuk ktorang lepak-lepak di Fatin Kitchen. Ermm tempat baru nieh, harus kena check it out. 

Menu Masakan Bertaraf 5 Bintang 

Kalau korang nak tau, menu makanan di sini merupakan menu masakan bertaraf 5 bintang tau. Mereka menawarkan menu tempatan dan western, seperti Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Mongolia, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan banyak lagi. 





Oh ye, kesemua menu-menu dimasak oleh bekas chef hotel bertaraf 5 Bintang. Ermm, patut la menu dia semua sedap dan terbaik di Danau Kota. 


Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan ini bukan calang-calang orang tau. Kenalkan Chef Yusaini atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Yus yang merupakan salah seorang Malay Food Chef yang mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai chef dan pernah berkhidmat di beberapa Hotel 5 bintang sebelum ini. 

Ini penting nieh nak kongsi gak, harga menu makanan di sini memang murah dan berpatutan. Nampak makanan macam ekslusif tapi harga jauh lebih murah berbanding tempat lain. 

Bak orang kata Menu Makanan Taraf 5 Bintang tapi harga hanya Taraf 2 Bintang tau !! betul lah !! 

Suasana Restoran Yang Selesa 

Tengok menu pun dah tempting inikan pulak suasana di dalam restoran. restoran yang sangat selesa beserta dekorasi yang menarik, suasana yang santai, bersih dan moden. 








Kak lily nak bagitau ni yang restoran Fatin Kitchen ni ada menawarkan pakej Birthday Party di mana mereka mempunyai Hall yang sesuai untuk mengadakan majlis ringkas. Even kalau nak adakan private party pun pun boleh hanya buat tempahan je di sini. 



Jadi kalau sesiapa yang ingin adakan majlis ringkas seperti Annual Dinner, Majlis Seminar, Majlis sambutan hari jadi, Gathering rakan sekolah/pejabat, makan-makan bersama family atau Candle Light Dinner bersama kesayangan memang sesuai la. Fatin Kitchen ni tertutup dan mempunyai air-cond tau. Itulah kak lily cakap selesa, make up tebal 40inci pun tak cair ekk hehehe 

Port Lepak Terbaik di Danau Kota 

Seharusnya kak lily akan masukkan Fatin Kitchen ni di dalam list "port lepak" terbaek di Kuala Lumpur. Makanan sedap, environment restoran pun cantik, so boleh lah lepak lelama sket kan. 



Jangan khuatir, bab SOP kat sini memang sentiasa dititikberatkan. Jadi tak perlu risau ye.. 

Korang yang masih lagi tercari-cari tempat lepak sekitar Kuala Lumpur yang best, boleh la singgah ke Fatin Kitchen sebagai lokasi untuk korang lepak dan makan ek. 

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu operasi boleh rujuk di bawah.
 

Lokasi Fatin Kitchen :
No 77G & 79G
Blok D Platinum Walk 
53300 Danau Kota,Setapak KL ( Bersebelahan Hayaki) 

Dibuka Setiap Hari (Isnin - Ahad) 

Masa: 12.00 tengah hari - 12.00 malam

Tel tempahan : 0162244487 

Untuk datang 'pick up' dan servis penghantaran ditawarkan dari hari Isnin hingga Ahad, bermula jam 12:00 PM - 10:00 PM sahaja. 


Instagram : @fatinkitchenhq



1 comment :

I N A A I N A A said...

Huihhhhh ena tertarik dengan Nasi Lemak Rendang Rusa tu.. tak pernah makan lagi daing rusa..