Wednesday, December 26, 2018

MBO Lancar Pawagam Berkonsepkan AVANT-GARDE Di ATRIA SHOPPING GALLERY

Hi Korang,

Salah satu rangkaian pawagam kegemaran di Malaysia, MBO Cinemas membawa pengalaman menarik bagi pencinta filem di Petaling Jaya dengan pelancaran cawangan terbaru di Atria Shopping Gallery. 

Pelancaran MBO Atria juga akan menampilkan tiga konsep tontonan yang unik, MBO Samsung Onyx Hall yang pertama kalinya diperkenalkan di Petaling Jaya serta MBO Kecil dan MBO Big Screen. 

Panggung MBO Big Screen dilengkapi dengan teknologi bunyian yang menyeluruh dan skrin sebesar 185 meter kaki persegi, yang menjadikan ia yang terbesar di rantau ini.

Cheah Chun Wai, Pengarah Operasi MBO Cinemas menyebut bahawa syarikat amat teruja dengan ekspansi MBO Cinemas dan tawaran-tawaran terbaru yang diperkenalkan khas buat komuniti dan kaki wayang di Petaling Jaya. 

“Dengan pelancaran MBO Atria, kami mahu komuniti setempat dan juga pelawat-pelawat baru untuk merasai perspektif berbeza ketika pergi ke pawagam. Para penonton dijamin akan merasa teruja dengan pengalaman sinematik yang berteknologi canggih, sehinggakan mereka terlupa yang mereka sedang berada di dalam panggung wayang,” kata Chun Wai. 

MBO Cinemas menawarkan dua dewan pawagam Kecil khas buat pengunjung filem di Atria
Shopping Gallery

Tawaran Inovatif MBO di Atria Mall 

MBO Kecil 
Barisan baru di MBO Atria Shopping Gallery akan merangkumi dua dewan pawagam MBO Kecil, yang berfungsi sebagai ruang khusus untuk ibu bapa dan anak-anak mereka daripada semua peringkat umur dan saiz. Dengan element seperti Kecil Sofabed, kerusi “bean”, taman permainan di dalam panggung serta kerusi-kerusi biasa untuk penonton dewasa, MBO merintis usaha untuk mengubah cara keluarga berinteraksi dengan filem. Tidak seperti panggung tradisional, MBO Kecil membenarkan kanak-kanak berlari bebas dan bermain sepenuh hati mereka sambal menikmati filem-filem kegemaran mereka. Di samping itu, ibu bapa turut berpeluang menganjurkan parti hari jadi untuk anak-anak mereka di dewan pawagam KECIL, menjadikan ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama orang tersayang di MBO Cinemas. 

MBO Big Screen 
MBO turut memberikan buah tangan khas buat pencinta filem di Damansara Jaya dengan memperkenalkan pengalaman sinematik yang inovatif buat penonton dengan panggung Big Screen. Dilengkapi dengan teknologi canggih yang merupakan hasil kolaborasi bersama BARCO, projector laser terkemuka yang juga merupakan teknologi yang pertama seumpama ini di Malaysia, memaparkan kualiti imej sofistikated ke layar perak gergasi dengan kecerahan cahaya yang mengagumkan, kontras warna tinggi dan prestasi warna unggul. Panggung yang berkonsepkan “avant-garde” ini juga turut dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos yang berteknologi unggul yang membawa penonton masuk ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengisi ruang pawagam dan mengisi setiap ruang sekitar mereka – malah di atas kepala – untuk menyampaikan bunyian hiburan yang berkualiti premium. Dolby 

Atmos telah menjadi pilihan suara dan bunyian untuk generasi akan datang di dalam panggung wayang dan menjadi kegemaran studio-studio utama, pengarah-pengarah dan penganjur pameran di seluruh dunia. Buat masa ini, lebih 1,000 filem ditayangkan dan diumumkan menggunakan teknologi Dolby Atmos. 

Dewan pawagam MBO Samsung ONYX yang pertama di Atria Cinema Gallery menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza

MBO Samsung Onyx Hall 
Skrin LED pertama MBO Cinemas di negara ini ditetapkan untuk menawan hati penonton di Damansara Jaya menerusi resolusi 4k yang mengagumkan yang menyokong kandungan High Dynamic Resolution (HDR), persembahan warna yang tepat serta bebas distorsi dengan audio yang sama seperti kehidupan nyata. Skrin piksel dengan video isian resolusi ultra-tajam 4k (4,096 x 2,160) menghasilkan butiran yang jelas dan rumit, memberikan pengalaman sinematik yang lain daripada lain kepada peminat fanatik filem. Bagi menyokong skrin yang menakjubkan, dewan pawagam ini menggunakan teknologi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris mendengar bunyi yang jelas dan seimbang. 

Coca Cola Freestyle 
Selain daripada budaya membeli bertih jagung dan minuman soda yang melengkapkan lagi pengalaman menonton wayang, MBO Cinemas turut memperkenalkan konsep minuman revolusioner baru Coca Cola di lebih 46,000 cawangannya di seluruh dunia. Penggemar filem boleh memilih pelbagai perisa daripada lebih 50 kombinasi pilihan minuman melalui mesin dispenser minuman interaktif dengan paparan skrin sentuh. Perkhidmatan unik ini juga akan diubah-suai untuk memberikan perisa yang kena dengan deria rasa rakyat Malaysia seperti Laici, Mangga, dan beberapa seleksi daripada A&W. 

MBO Cinemas juga akan memperkenalkan kios layan diri yang pertama di Atria Shopping Gallery, yang memberikan pilihan alternative kepada pengunjung panggung wayang untuk membeli tiket dan menjimatkan masa daripada beratur menunggu giliran. Kiosk layan-diri ini turut membolehkan ahli ALLSTAR menggunakan kad kesetiaan mereka untuk terus mengutip mata serta menebus mata ganjaran. 

Ketua Operasi MBO, Cheah Chun Wai menjelaskan secara ringkas mengenai ciri-ciri istimewa pawagam di Atria Shopping Gallery

“Pada waktu dan hari ini, kami percaya bahawa pengunjung panggung wayang berhak mendapat yang terbaik ketika berkunjung ke pawagam. Oleh disebabkan itu, kami mengambil perhatian serius dengan melengkapkan dewan pawagam kami dengan bunyian dan unjuran yang terbaik bagi kepuasan menonton maksima. Kami turut memperkenalkan tawaran- tawaran terbaru di luar dewan layar perak untuk menjadikan pengalaman sinematik pelanggan kami di MBO Atria menyenangkan,” tambah Chun Wai. 

MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery menawarkan 4 skrin standard di samping 4 skrin khas yang menjadikan keseluruhannya 8 skrin dan 1229 tempat duduk agar penonton filem selesa serta Cafecito - sebuah kedai kopi unik bertemakan hidangan konsesi yang menyajikan makanan ringan dan minuman mewah.

Nanti kalau ada masa boleh jugak ke sini ek...










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

MrsEnoxis said...

Tak pernah sampai ke Atria ni lagi. Dah jarang-jarang pergi wayang ni. Tapi yang MBO Kecil tu, memang teringin gak nak bawak anak-anak pergi. Kena tunggu kartun kegemaran diaorang dulu la kot.