Friday, August 15, 2014

REVIEW | ORIDERM Skincare

Hi Korang,

Kan aku ni suka cuba selalu yang boleh menyelesaikan masalah kulit muka kan. So now aku cuba produk ORIDERM ni plak.

Ramai duk complaint kat aku cakap, tak de effect kat muka ke asyik tukar-tukar skincare? Ermm so far alhamdullilah tak de masalah. Maklumlah kulit muka orang kampung kan tahan lasak hahahahha riak plak aku ni. Tak lah tipu-tipu memang tak de masalah apa-apa pun. Jerawat pasir kecik-kecik tu biasalah. Tapi kulit berminyak ni memang tak boleh nak elak senantiasa ada je.

Meh aku nak perkenalkan pada korang produk Oriderm nie k.

Ada 2 set iaitu Set Remaja dan Set Anti Penuaan

Jadi aku ni muda remaja lagi, so gunalah Set Remaja. Eh elek tipu aarr. Sebenarnya set remaja ni bersesuaian dengan orang-orang kulit berminyak tak kira remaja muda ke remaja purba kan. Sebab kita kena kurangkan atau hilangkan minyak-minyak di muka dulu then baru boleh pakai set Anti Penuaan.


Set Remaja / Teenager Set
-------------------------------
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.

2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah

3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.

Cara pemakaian:-
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.


Set Anti Penuaan / Anti-Ageing
-----------------------------------
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian

2. Absolute Hydro Fluid
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah

3. Absolute Hydro Serum
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah

4. Absolute Hydro Cream
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah

Cara pemakaian:-
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.


Kesan selepas 7 hari menggunakan Set Remaja:

Dia tak de effect yang kuat macam keluar jerawat ke minyak muka makin banyak keluar tapi aku boleh perasan perbezaannya. Selalunya sebelum tengahari aku dah sibuk kering muka aku dengan oil blotter paper ni. Sekarang ni tak yah lagi.

Rasa minyak tu sedikit demi sedikit berkurangan dan hilang. Tak yah nak basuh muka dan letak make up balik kalau nak keluar office pi event kan coz makeup still ada cuma touch up je sana sket sini sket. Nampak muka cam bersih sket dan clear je bekas-bekas jerawat tuh.

muka seharian keluar, ada kesan minyak tapi sket je lah. dah mula berkurangan


Ok itu baru guna Set Remaja, nanti aku nak cuba Set Anti Penuaan plak ye.

Hanya RM150 untuk Set Remaja dan RM280 untuk Set Anti Penuaan. Rasaikan sendiri perbezaannya dan mulakan hari anda dengan ORIDERM hari ini!

Korang, kalau interested nak cuba bolehlah call di talian 0164224439 untuk keterangan lanjut dan kalau korang cam nak tengok sendiri keberkesanan produk ORIDERM ni boleh ek di laman instagram @Oriderm_Malaysia

Ada banyak testimonial kat situ lah.

3 comments :

Ash Awan said...

flawlesss!!! nak cuba lah.

hazman fadzil said...

Perghhh.... inilah the MODEL LOOK yang paling gempak dan natural beb.... nampak cool jer...

Suria Amanda said...

SA jenis kulit sensitif. ..pyh nk cari product yg sesuai....nk pi facial pun x tau mn satu yg bagus