Wednesday, August 13, 2014

REVIEW | Filem The Expendables 3

Hi Korang,

Lama tak pi tengok wayang lah.


So tadi sempat pi ke One Utama tengok filem The Expendables 3. Dah apply ½ day leave dan bos kata ok so aku pun cabut lah.

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan filem ni daripada The Expendables yang pertama kan. Walaupun aku perasan ramai yang duk sibuk download free yang cetak rompak punye filem ni, not for me sebab aku suka tengok gambar yang clear cam wayang tuh.


Sudah jangan nak mengarut, meh layan sket synopsis filem The Expendables 3 ni

Barney, Christmas and the rest of the team comes face-to-face with Conrad Stonebanks, who years ago co-founded The Expendables with Barney. Stonebanks subsequently became a ruthless arms trader and someone who Barney was forced to kill... or so he thought. Stonebanks, who eluded death once before, now is making it his mission to end The Expendables -- but Barney has other plans. Barney decides that he has to fight old blood with new blood, and brings in a new era of Expendables team members, recruiting individuals who are younger, faster and more tech-savvy. The latest mission becomes a clash of classic old-school style versus high-tech expertise in the Expendables' most personal battle yet.

Ok paham kan serba sedikit jalan ceritanya. Jeng jeng jeng..


Bagi aku:-

Of courselah start je filem action dah ada action scene, sama macam The Expendables 2 gak. Diorang pi menyelamatkan salah seorang team member yang dulu untuk tugasan yang mencabar seterusnya. So dalam tugasan besar ni memacam konflik yang berlaku sehingga Barney ni bubarkan team lama dan tubuhkan team yang baru kata orang pucuk muda gituhlah. Yelah ko nak fight orang jahat tahun millennium ni kenalah guna senjata canggih dan tech savvy tak boleh nak harapkan tenaga sangat kan.

Part ni sedih sket, macam orang kata habis madu sepah dibuang kan tapi sebenarnya si Barney ni sayangkan teamnya lama takut diorang mati. So tubuhkan team baru yang awesome bergaya ni, tapi bak orang kata kalau tak de yang lama, yang baru tu tak berapa berguna sangat kan.

So kesudahannya… alah korang pi tengoklah sendiri ek hehehehehhe

Aku tak jadi spoiler, kang aku plak korang marah..

Anyway watak Galgo (Antonio Banderas) sangat kelakar, dia berjaya buat aku dan satu panggung gelak tak henggat. Sebijik macam watak Puss in Boots dia buat.

Movie Rating : 4/5 stars


Filem The Expendables 3 ni akan mula di tayangkan pada 15 Ogos 2014 di pawagam seluruh Negara. Baik book tiket cepat, aku rasa weekend memang penuh orang tengok citer je nanti..

Ok Selamat menonton korang!


Para pelakon filem The Expendables 3


7 comments :

sitirohaida said...

lama dah tak pi tengok wayang..kena tunggu bila dah muncul kat astro best jer..

akubiomed said...

Hero tua-tua yang mantap beraksi. Masih ada lagi peminat tegar.

hazman fadzil said...

Memang inilah satu-satunya filem yang paling ramai hero yang gempak dan femes....

maszull said...

assalamualaikum CLP....seronok ke cite ni...;)

maszull said...

assalamualaikum CLP...terbaik ni...:)

Lya Akif Imtiyaz said...

Nice sharing

Suria Amanda said...

SA pun dah lama x pi tgok wayang...ntah bila la nak pi....sedih tul xde masa langsung untuk diri sendiri...