Showing posts with label dinner for two. Show all posts
Showing posts with label dinner for two. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Restoran Steamboat Antarabangsa @ Bandar Baru Bangi

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi yeah! I like!

Biasalah kalau dah lapo memang tak fikir apa pun, janji nampak kedai makan best terus je singgah. Malas nak pilih-pilih sangatlah, takut salah pilih langsung tak lalu nak makan.


Ktorg ke Restoran Steamboat Antarabangsa kat area Bangi ni. Restoran yang menghidangkan steamboat dan grill sekali, lebih kurang macam Red Wok Restaurant. Mak ok ok je but Mr Big suka main masak-masak ni, boleh tunjuk skill katanya.


Menunya haruslah bahan-bahan untuk steamboat dan grill. Ada ayam, daging, kambing, unta (tipu je lah), segala mak neka seafood, sayur-sayuran untuk kesihatan, pelbagai jenis mee kering, buah-buahan dan tak ketinggalan ais-krim pun ada tau.


Berkonsepkan ‘Eat All You Can’ so bolehla makan mengikut selera tekak memasing tapi jangan sampai membazir ye sebab setiap 100gm makanan membazir akan discharge RM10.00. Hah cuak kan, dah berhenti sebelum perut meletup tau.


Bahan-bahan steamboat, amik sket je takut tak abis plak nanti.

lokan grill

eee lemak sedapnya....

sotong grill


Tukang masak setia aku, akan tunjukkan skill bakar membakar ni ye

Hangus-hangus dapur dibuatnya


Mee Maggie aku ni, memula macam tak selera nak makan kan coz cendawan tu nampak buruk sangat tapi bila dah siap masak. Wallah.. sedap sangat.


Licin semuanya, yang tinggal kulit-kulit lokan dan pinggan mangkuk kosong je.


Kalau teringin, mehla ke sini :-

Restoran Steamboat Antarabangsa
10G-1 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam

GPS : 2.960356,101.755901

Harga tak de lah mahal sangat. RM25 seorang dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Tapi aku tak sure plak harga sekarang ni, naik ke dah turun ye. Alah kalau dah kaki makan, mana ada kisah soal harga kann, janji sedap dan kenyang.

Selamat makan korang!