Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

“Tickling My Tastebuds”


Hi Korang,

I like citer pasal makan ni.

Makan..makan..makan..

Bila kita stress ke bosan ke, apa yang korang buat? Cam aku haruslah makan. Sebab makan ni memang akan membaikpulih segala masalah yang melanda jiwa time tuh.

Macam orang cakap, Kenyang Perut Suka Hati

Betul kan?

Macam ktorg (aku + Mr Big) memang kaki mencuba makanan pelik. Tak kisahlah apa pun but yang penting of courselah halal lah. Banyak yang tempat yang ktorg pi cuba makan, ada sedap ada yang tak so yang mana best dan sedap aku tulisla kat blog ni dan yang tak tu pepaham jelah ek.

Di antara makanan yang pernah ktrog cuba ialah

SUMO ONGIRI Rice Ball

Hah amik ko, beso kan?

Ktorg pi cuba makan rice ball or nasi kepal ni bak kata orang melayu di area Kuchai Lama. Berusaha aku mencari siap google bagai tempat ni.


Dalam rice ball ni ada inti (stuffed) savoury dikira macam lauk gituh. Yelah makan nasi tak de lauk, aper cer plak. Nasi ni menggunakan beras Jepun yang kurang kanji dari beras kita ni. Kira tak gemuklah kalau makan banyak pun. Sebelum nasi ni dikepalkan, ianya di campurkan dengan pelbagai bahan rempah ratus macam black pepper, cuka, soy sauce, sesame seed dan oil.


Inti atau stuffingnya aku order soft chicken bone. Alah ayam bahagian tulang putih yang lembut. Di goreng dengan beberapa rempah Jepun yang aku tak berape sure coz terlupa nak interview Chef. Ada rasa pedas, manis sket. Sedaplah.

Bila dah letak isinya tuh, bentukkan macam bentuk ‘A’ gemuk gituh. Kemudian letak nori (kepingan seawed), kalau nak letak lah. Eh terlupa plak, letak sos-sos sket kat atas nasi kepal ni untuk tambahkan sedap lagi.


Hah terus belah masuk ke mulut dengan lahapnya ye. Rasa memang terbaik gituh, sebiji ni sama macam makan nasi berlauk gak lah cuba ianya mudah untuk di makan, simple je tapi mengenyangkan. Kalau tak kuat makan, sebiji ni boleh dikongsi makan berdua kan romantik gituh.


So kaki makanan Jepun yang taksub cam aku ni, boleh lah mencuba sendiri ooo.

Actually banyak lagi makanan yang aku pernah cuba macam makanan Vietnam, makanan Jepun, makanan Indonesia dan ntah ada banyak lagi lah. Korang boleh je klik kat FOOD column kat atas tuh.

Nak jadi cam food blogger KY SPEAK tu tak lah kan, but orang kata kongsi pengalaman je.

Hah cam tu sekali bila citer pasal makan kan, betapa gilanya aku dengan makanan, cam nelah nak kurus ek. Kalau korang tak caya lagi, meh tanya abam food blogger sorang ni, dia taulah kegiatan makan aku nie

Selamat makan korang...



Monday, October 22, 2012

Mestilah Confidence Dengan Veet

Hi Korang,

Cuba cakap dengan aku siapa yang betul betul tak de bulu kat badan dia, meh cakap cepat. Hah, tak de kan.  Kalau ada memanglah penipu sangat, abis bulu mata, bulu hidung tu bukan bulu ke? Hkahkahakha. Gurau je lah.


Memang tak dinafikan orang perempuan pun ada gak bulu-bulu yang badan kan. Tempat tu tak sure plak aku, but for me aku pun ada gak. Kat situ, kat sini dan kat sinun. Malu nak cakap lah. Rahsia wanita.


Rasanya dengan kebanjiran produk Veet di pasaran ni, rasa wanita yang begitu teruja nak mendapatkannya. Sebab produk Veet begitu mudah dan senang untuk digunakan dan tak sakit langsung. Untuk removal cream tu just sapu kat tempat yang sepatutnya, tunggu 3 minit dan tada.. hilang segala bulu tau.



How Veet gives you soft and smooth skin that brings out the confidence in you

Ermm confidence? Memang perlu ada dalam diri kita. Tapi kalau kita tak confidence cam ne kita nak present diri kita. Betul tak? Takkan dengan kaki berbulu korang nak pakai mini skirt kan, haruslah orang rasa geli je nak pandang apatah lagi nak deal something, walaupun muka korang cantik macam Diana Danielle. So aku rasa sedikit sebanyak Veet ini dapat membantu menambahkan lagi rasa keyakinan dalam diri kita ni.

Tengok ni


Tengok baju ni, aku cuma pakai sekali masa company annual dinner tahun lepas. 



Di sebabkan baju ni cam over sangat, aku kena cover dengan shawl officemate aku ni. Now baju ni dah terperuk dalam gobok. Tak berpakai langsung.

Rasa cam nak pakai balik, jom modified sket lah.



Dah siap potong dah, semua buat sendiri tau. Selalu aku suruh je mak aku potong. Pemalas punya anak kan.



Hah, kira ni dah ok kot. Jom cuba pakai, takut tersenget ke, salah potong ke apa kan


Tada... inilah hasilnya. Comey gak di bawa berjalan. Memang renyuk sket ooo sebab tak gosok pun kan baru test ni lepas gunting tadi. Abaikan lemak-lemak yang korang nampak tu ek.


Terus rasa confidence aku dibuatlah. Dapat melaram ke sana sini dengan skirt warna warni. Tak payah lagi beli skirt baru kan.


Anyway itu je cerita aku dengan Veet. Simple je. Dengan adanya Veet hopefully korang pun akan lebih confidence dengan diri korang ye.

Sebelum layan dulu video ni



  
Kan aku dah kata, mudah je dengan Veet ni kita mesti rasa confidence punyalah.

Adios geng...




Friday, August 17, 2012

Filem The Expendables 2 Mengugat Jantungku


Hi Korang,

Ktorg berdua hampir tak pi tengok preview filem The Expendables 2 ni kat GSC One Utama.

Sebab apa?


Ya ampun, parkingnya yang amat teruk sekali. Dekat nak 1 jam baru jumpa tempat parking, itu pun park betul2 pintu masuk dekat escalator Parkson tuh. Kalau kena clamp, memang aku lempang guard kat situ lah.

Nasib baik ktorg dah berbuka dalam kereta dengan beef lasagna yang sangat sedap so tak de rasa cam nak telan pak guard kat One Utama ni. Rupanya ramai yang terkandas dek sebab tak dapat parking ni, so counter Nuffnang collect tiket ni kosong je. Senang sket nak amik kan.


Ok back to filem The Expendables 2 ni, jom layan synopsis jap.


The Expendables are back and this time it’s personal… Barney Ross (Sylvester Stallone), Lee Christmas (Lee Statham), Yin Yang (Jet Li), Gunnar Jensen (Dolph Lundgren),Toll Road (Randy Couture) and Hale Caesar (Terry Crews) — with newest members Billy the Kid (Liam Hemsworth) and Maggie (Yu Nan) aboard — are reunited when Mr. Church (Bruce Willis) enlists the Expendables to take on a seemingly simple job. The task looks like an easy paycheck for Barney and his band of old-school mercenaries. But when things go wrong and one of their own is viciously killed, the Expendables are compelled to seek revenge in hostile territory where the odds are stacked against them. Hell-bent on payback, the crew cuts a swath of destruction through opposing forces, wreaking havoc and shutting down an unexpected threat in the nick of time — six pounds of weapons-grade plutonium; enough to change the balance of power in the world. But that’s nothing compared to the justice they serve against the villainous adversary who savagely murdered their brother. That is done the Expendables way….



Bagi Aku :

Siapa yang tak pernah tengok yang previous dulu The Expendables ni, kena pi tengok dulu then baru korang boleh kenal watak-watak dalam filem ni. Para pelakon sama dengan previous filem but ada tambahan pelakon-pelakon otai seperti Bruce Willis, Van Damme, Arnold Schwagnezzer, Chuck Norris. Itu yang menguatkan jalan cerita filem ni.


Banyak aksi-aksi bunuh dan potong kepala cam tu je. Memang tersentak-sentak jantung aku sekejap kan. Action memang terbaik lah. Masa diorg berlawan tuh, memang best.

Tapi kesudahannya sedih arr…kahkahakhaka Eh mana boleh citer kang korang mesti marah aku kan. So baik korang pi tengok sendiri ek kat wayanglah.

Untuk filem ni, Mr Big kat 4.5/5 siap dia tepuk-tepuk tangan sebab excited sangat dengan aksi yang dipertonton kan.


So thanks to Nuffnang coz sudi bagi aku tiket FREE untuk The Expendables 2 ni. Bukan setakat tiket malah aku dapat gak mouse pad filem yang comel ni tau. Sukalah nak letak kat opis pun PC lah.


Monday, August 13, 2012

Buka Puasa ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ @ Restoran Nelayan Titiwangsa, KL.


Hi Korang,


Last week aku dapat jemputan ke buka puasa dengan Colgate ni di Restoran Nelayan Titiwangsa ni. Dah Churp2 & Colgate jemput haruslah tak tolak kan. Makan tuh rugi rasanya tak pergi kan.


Actually majlis ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ ni adalah acara kebajikan tahunan dari Colgate-Palmolive Malaysia bersempena dengan bulan Ramadhan ni. Acara ni adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang datangnya dari institusi pertubuhan yang telah di pilih oleh pihak Colgate.


Sementara menunggu waktu berbuka, ada pelbagai acara yang disediakan untuk anak-anak yatim ni seperti pertandingan membuat kad raya tercantik, ada persembahan istimewa dan pelbagai lagi.

Sejak dari 2008, pihak Colgate Berjaya mengumpulkan RM567,500 keseluruhan 4 kempen yang pernah di anjurkan sebelum ini yang kesemua bantuan derma ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan di seluruh negara.  Tahun ini Colgate memperkenalkan charity packs bagi Colgate Maximum Cavity Protection dan Koleksi Kayu Sugi. Dengan pembelian produk ini sepanjang kempen (1hb Julai sehingga 30hb September 2012) di dijalankan, pihak Colgate akan menderma kan 10 sen bagi setiap charity pack dan 20 sen untuk setiap twin pack





Ramai gak bloggers yang hadir macam Zaid, Anakperak, RedMummy sekeluarga, geng-geng Churpers dan Nuffies. Aku semeja dengan Eila (JejariRuncing), Kak Jem (Viruspadu) dan Ceera serta DustyHawk. Hah, berbual tak ingatlah kan sembang pasal nak raya, memacam citer kuar. Bila ambik makanan tuh, penuh semeja maklumlah steamboat kan. So bedal lah itu suka perut.


Bagi kempen ini juga, pihak Colgate telah pun memperkenalkan Facebook page yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda Malaysia ini melakukan kebajikan dengan menyebarkan melalui social media.

Caranya, mudah je

Orang ramai boleh membantu golongan anak yatim ni dengan 3 cara iaitu LIKE, PLEDGE dan SHARE.

Setiap ‘LIKE’ di Colgate Malaysia Facebook page, Colgate akan menderma 50 sen kepada badan kebajikan

Setiap ‘PLEDGE’ pula, Colgate akan menderma RM3

Setiap ‘SHARE’ atau dengan kad ucapan kepada sesiapa, Colgate akan menderma sebanyak RM1.

Best kan, so kunjungi website www.facebook.com/ColgateMY dan cuba sendiri. Mesti korang akan suka punyalah.


Lepas buka tu, ada sessi penyampaian hadiah bagi pemenang kad raya tercantik. Suka anak-anak yatim ni bila dapat hadiah kan.


Anyway, terima kasih pada Colgate yang sudi menjemput ktorg berdua ke majlis ni. At least dapat berpeluang meraikan anak-anak yatim ni kan.



Saturday, April 21, 2012

Welcome To Awana Kijal TerenGGanu

Hi KoranG,

Selamat datanG ke Awana Kijal TerenGGanu ye



Dapat bereHat weekend ni kat sini. Walaupun bereHat tapi berbloGGinG tetap jugak kena buat kan.

Stay tune..

CLP notes : MuraH Rezeki kali ni

*** Nasibla kan... hehehehhe





Thursday, October 27, 2011

DiGi Presents the HTC Sensation

Hi Korang,

Bila citer mengenai HTC Sensation ni, aku jadi tak menentu. Yelah satu-satu phone yang menjadi idaman aku kan. Tup tup masa aku pegi Buka Puasa dengan DiGi hari tuh,aku di beri peluang untuk review HTC Sensation ni selama 2 minggu. Wah seronok tak terhingga, celik mata je HTC Sensation sebelum tidur pun still nak main jugak dengan HTC Sensation kan.

Hah, teruk kan? Betapa aku jatuh cinta sangat dengan HTC Sensation ni. Dah meh aku citer sket tau sebab apa aku suka sangat dengan telefon ni.


1. Saiz Dan Designnya
Bagi aku saiznya mudah di pegang, just nice to hold. Tak de lah berat sangat pun tapi dia nipis (11.3mm). Screennya plak sebesar 4.3 inch. Walaupun warnanya hitam but designnya solid.(polimer + steel + aluminium) Cantik. Ada USB function so boleh charge dan transfer gambar terus ke laptop tau.


Application dalam HTC Sensation ni sangat mudah di fahami, very straight forward. Slide atas bawah pun laju je. Boleh buka banyak application dalam satu masa. Yang penting ANDROID!


Ini memang best. Bab social network ermm memang mantap. Facebook dan Twitter tip top. Memang terbukti. Update status atau upload gambar ke Facebook sekejap je. Lagi plak tengok Youtube langsung tak de buffering. 


Bila amik gambar tu tak yah tunggu lama, just snap dan view tak yah tunggu pun. Gambar pun cantik dan tak goyang pun. Very clear. Video plak HD so lagi lah cantik. 


Selain daripada Facebook dan Twitter, ada pelbagai application yang lain menyeronokkan jugak. Seperti ada arah kiblat, boleh tengok function Cuaca yang menarik, GPS jugak jelas dan up to date. Ada plak apps Mirror, sesuai untuk wanita2 cantik seperti aku ni kan yang suka sangat nak melawa je. Main game pun syok jugak.


Actually banyak lagi aku nak citer but ini pun dah cukup membuatkan aku terpukau dengan HTC Sensation. Walaupun harganya di pasaran lebih kurang RM1,799 tapi ini tak membuatkan aku patah semangat untuk mendapatkan nya.

Kalau korang tak de teman atau selalu keseorangan, HTC Sensation ni memang sesuai menjadi peneman di kala boring. Memang 'Teman Setia Anda' lah.


Now DiGi tengah buat tawaran HTC Sensation dengan harga murah  lagi berpatutan. Rasa-rasanya aku mampu untuk memilikinya. Ada pakej untuk setahun dan 2 tahun.

So meh check it out kat website nie : http://www.digi.com.my/internet/smartplan/smartplan.html

Terbaek lah DiGi!


Wednesday, July 27, 2011

WW - Cuba Teka Siapa Ni..

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.. Ermmm


Apa macam, kenal tak?

Ini the best shoot dari seat atas yang kiranya jauh gaklah kan...


Wednesday, July 13, 2011

DIGI WWWoW Awards @KL Pac - Post Event Dan Senarai Pemenang

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah ke Digi WWWoW Awards nie kat KL Pac. Sapa yang ajak? of courselah Nuffnang, diorg kan one of the committee and sponsor event ni.

Calon2 bagi kategori 'Blogger Of the Year'

Di sebabkan aku ni puntual orangnya so before 6 aku dah ada kan sana. Siap tengok ikan koi sambil update blog lagi sambil borak2 dengan Hazman. Macam biasa Malaysian Time kan kata kul 7pm but 8.30 cam tu baru masuk hall.Ramai jugak geng blogger yang ada Daydeck, K Ina KL, Jamar, Ujang, Yana, Cik Epal dengan Shaheizy Sam, IssacTan, Elywen, Dusty Hawk. Tapi nasib baik lah diorg ada prepare light snacks food kan so sejuklah sket hati lah kan. Aku bedal banyak betul sushi, rasanya lebih 12 ketul kot. Sedap tuh!

Baki Zainal as emcee for this event.

Majoriti blog yang dipertandingkan banyak yang aku tak kenal or aku yang malas nak amik tau. May be aku kureng blogwalking kot. Yang aku kenal cuma Ben Ashaari, Nara, Dapur Tanpa Sempadan. Itu je. Aku rasa aku lagi ramai kenal presenter dari pemenang. hehehehe

As performer and presenter

MohdZaid.com as presenter

budiey.com as presenter gak

So ini adalah senarai pemenang Digi WWWoW Awards mengikut kategori.

  • Best Internet Good Award : Petfinder.my
  • Blogger of the Year : Anwar Hadi
  • Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
  • Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo
  • Fave Person Over 40 : Brandjontan
  • Fave Person Under 15 : Let It Be
  • Fave Tech Head : The Techno Hut
  • Must-Follow Personality : Anwar Hadi
  • Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
  • Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
  • Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
  • Top Kay Poh : Lee Zi Wen
  • Top LOL : BlogSerius
  • Top Makan-Makan Expert : OhMalaysia
  • Video of The Year : Anwar Hadi

  • Best Internet For All Idea : A.F.O Radio

Congrats to all winner!

Pemenang bagi Fave Under 15

Ini lah Anwarhadi.com yang bolot 3 award sekali gus bergambar dengan Timmothy Tiah dan Nicholas dari Nuffnang.

Apa-apa pun bagus jugak Digi buat event nie. At least bloggers nie di hargai jugak lah kan. Hadiah yang diorg nie dapat memang kaw-kaw best lah. DSLR camera, handphone, holiday lah memacam lah.

Sempat bergambar dengan Douglas Lim

Dengan Hanif EraFm - apsal mata aku bleh tutup plak ni kan

Rasanya cam tahun depan aku nak join lah plak masuk kategori 'Picture Of The Year'. Senang je amik je gambo dan upload hehehhehe...


Ok-ok nak back up blog ni, dengar macam nak kene hack jelah.