Showing posts with label juliana evans. Show all posts
Showing posts with label juliana evans. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Review Filem Mael Lambong

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke TGV Sunway Piramid untuk preview screening bagi filem ‘MAEL LAMBONG’ ni.  Sapa tak kenal watak Mael Lombong ni kan, di adaptasikan daripada sketsa Zizan dan Johan dalam Maharaja Lawak yang lepas.


Terus tercetus idea pengarah Ahmad Idham untuk filemkan sketsa ni. Hebat kan, dala sekelip mata je aku rasa.

Meh layan synopsis filem Mael Lambong ni ek

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.


Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.


Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.


THiller filem Mael LambonG, jom layan jap.



Bagi aku :

Jalan cerita very straight forward. Aku tak perlu serabut nak fikirkan kesudahannya. Ada adegan action, lawak dan romantik. Rasanya korang pun tau kan kalau Zizan buat lawak memang menjadi kan, sama gak dalam filem Mael Lambong ni. Cuma ada certain adegan tu aku rasa, kalau ada kanak-kanak menonton for sure mereka tak paham kan adult punya lawak.
Enjoy lah tengok filem ni, penuh dengan gelak ketawa. Gandingan Zizan dan Juliana Evans memang terbaik.

So cam biasa Mr Big kasi 3.5/5 star

Para pelakon Filem Mael Lambong

Loving Couple - Juliana Evans dan Zizan Razak

Korang mesti tertunggu-tunggu filem Mael Lambong ni keluar kan, jadi Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun 2012 di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.


Wednesday, July 13, 2011

DIGI WWWoW Awards @KL Pac - Post Event Dan Senarai Pemenang

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah ke Digi WWWoW Awards nie kat KL Pac. Sapa yang ajak? of courselah Nuffnang, diorg kan one of the committee and sponsor event ni.

Calon2 bagi kategori 'Blogger Of the Year'

Di sebabkan aku ni puntual orangnya so before 6 aku dah ada kan sana. Siap tengok ikan koi sambil update blog lagi sambil borak2 dengan Hazman. Macam biasa Malaysian Time kan kata kul 7pm but 8.30 cam tu baru masuk hall.Ramai jugak geng blogger yang ada Daydeck, K Ina KL, Jamar, Ujang, Yana, Cik Epal dengan Shaheizy Sam, IssacTan, Elywen, Dusty Hawk. Tapi nasib baik lah diorg ada prepare light snacks food kan so sejuklah sket hati lah kan. Aku bedal banyak betul sushi, rasanya lebih 12 ketul kot. Sedap tuh!

Baki Zainal as emcee for this event.

Majoriti blog yang dipertandingkan banyak yang aku tak kenal or aku yang malas nak amik tau. May be aku kureng blogwalking kot. Yang aku kenal cuma Ben Ashaari, Nara, Dapur Tanpa Sempadan. Itu je. Aku rasa aku lagi ramai kenal presenter dari pemenang. hehehehe

As performer and presenter

MohdZaid.com as presenter

budiey.com as presenter gak

So ini adalah senarai pemenang Digi WWWoW Awards mengikut kategori.

  • Best Internet Good Award : Petfinder.my
  • Blogger of the Year : Anwar Hadi
  • Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
  • Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo
  • Fave Person Over 40 : Brandjontan
  • Fave Person Under 15 : Let It Be
  • Fave Tech Head : The Techno Hut
  • Must-Follow Personality : Anwar Hadi
  • Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
  • Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
  • Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
  • Top Kay Poh : Lee Zi Wen
  • Top LOL : BlogSerius
  • Top Makan-Makan Expert : OhMalaysia
  • Video of The Year : Anwar Hadi

  • Best Internet For All Idea : A.F.O Radio

Congrats to all winner!

Pemenang bagi Fave Under 15

Ini lah Anwarhadi.com yang bolot 3 award sekali gus bergambar dengan Timmothy Tiah dan Nicholas dari Nuffnang.

Apa-apa pun bagus jugak Digi buat event nie. At least bloggers nie di hargai jugak lah kan. Hadiah yang diorg nie dapat memang kaw-kaw best lah. DSLR camera, handphone, holiday lah memacam lah.

Sempat bergambar dengan Douglas Lim

Dengan Hanif EraFm - apsal mata aku bleh tutup plak ni kan

Rasanya cam tahun depan aku nak join lah plak masuk kategori 'Picture Of The Year'. Senang je amik je gambo dan upload hehehhehe...


Ok-ok nak back up blog ni, dengar macam nak kene hack jelah.



WW - Cantiknya Juliana Evans

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Ternyata dia memang cantik, patutlah Zizang suke kat dia. Jumpa kat Digi WWWoW Awards semalam.


P/S ; Daydeck, aku cilok gambo kat FB ko.

Nak tanya sape nak pi tengok film Flat 3A malam nie..comment kat sini ek