Showing posts with label Ahmad Idham. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Idham. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Review Filem Mael Lambong

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke TGV Sunway Piramid untuk preview screening bagi filem ‘MAEL LAMBONG’ ni.  Sapa tak kenal watak Mael Lombong ni kan, di adaptasikan daripada sketsa Zizan dan Johan dalam Maharaja Lawak yang lepas.


Terus tercetus idea pengarah Ahmad Idham untuk filemkan sketsa ni. Hebat kan, dala sekelip mata je aku rasa.

Meh layan synopsis filem Mael Lambong ni ek

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.


Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.


Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.


THiller filem Mael LambonG, jom layan jap.



Bagi aku :

Jalan cerita very straight forward. Aku tak perlu serabut nak fikirkan kesudahannya. Ada adegan action, lawak dan romantik. Rasanya korang pun tau kan kalau Zizan buat lawak memang menjadi kan, sama gak dalam filem Mael Lambong ni. Cuma ada certain adegan tu aku rasa, kalau ada kanak-kanak menonton for sure mereka tak paham kan adult punya lawak.
Enjoy lah tengok filem ni, penuh dengan gelak ketawa. Gandingan Zizan dan Juliana Evans memang terbaik.

So cam biasa Mr Big kasi 3.5/5 star

Para pelakon Filem Mael Lambong

Loving Couple - Juliana Evans dan Zizan Razak

Korang mesti tertunggu-tunggu filem Mael Lambong ni keluar kan, jadi Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun 2012 di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.


Sunday, May 13, 2012

Coffee With Ahmad Idham

Hi Korang,

Ermm tak kan tak kenal siapa tu Ahmad Idham kan. Dulunya seorang pelakon biasa je but now days dah jadi pengarah, penerbit Excellent Pictures which is salah satu production company yang quite top kat Malaysia ni. 


Aku biasalah ada je orang ajak aku pi hang out dengan abang Ahmad Idham ni. Eh, bukan aku je lah ada lagi blogger lain. Ktorg gather2 kat one of the golf club kat area Bukit Jalil ni. 




Ok gak tempat ni, makan pun sedap dan orang pun tak berape ramai sangat. Kira cam rileks je  bila kat restoran ni.

Actually bukan formal event pun but more on santai cam tu. Ktorg borak2 mengenai kisah dalam industri filem kat Malaysia ni. Kemana hala tuju, citer pasal Finas, topik hot2 masa kini dan memacam lagi lah.



Tengok abang Hazwan yang berlakon Hantu Kak Limah Balik Rumah pun hadoh sebab dia keje dengan abang Ahmad Idham lah. Memang kelakar bile borak dengan dia.



Aku sempat tanya pasal Excellent Pictures kat abang Ahmad Idham ni. Now diorg ni ada shooting a few telemovie dan drama gak. Then diorg gak ada plan untuk buat filem yang aku dah tau tajuknya yang aku dapat rasakan akan meletup nanti. 


Aku tak sempat abiskan hang out tu coz ada hal plak lepas tuh. Rasanya blogger lain mesti seronok berhang out dengan mereka ni kan.

Anyway thanks to blogger roomate Awana aku iaitu Ruby coz sudi ajak lepak dengan abang Ahmad Idham dan abang Hazwan.

Now aku lebih faham lagi tentang dunia artis kat Malaysia ni. Betapa susah senang mereka ni nak majukan industri filem tanahair kita ni kan.