Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Buffered Earnings (BE) Menyinggah Plak

Hi Korang,

Memalam nie sambil layan AF dengan whole family Mr Big ni sambil berblogwalking kan. Memacam info yang aku dapat dari berblogwalking nie.

Errm pasal seniwati meninggal, pasal kes tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di hulu langat dan memacam lagi lah. At least aku tau jugak hal dunia ni kan.

Tup tup tengah check website Nuffnang, aku terperasan menda nie


Hehehehheh nampak tak caya pun ada. Yelah aku memang jarang dapat buffered earnings (BE) nie, blog tak glamer lah kata kan.

Apa-apa thank you to Nuffnang sebab bagi kesempatan kat aku tambah duit dalam account Nuffnang kan..

p/s : Pas nie kena banyak lagi update blog lah jawabnya..

Tuesday, February 8, 2011

Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash Yang Cantik Ni

Hi Korang,

Aku bersiaran langsung lagi depan tv kat hall umah aku nie. Pakai netbook comel je malas nak on PC besau kat bilik entertainment tu kan..Sambil tunggu MrBig balik dari main RC kat Lekas Highway. Ada game hari nie.


Aku nak citer sket nie, bila aku check Analytics kat account Nuffnang nie, aku selalu perasan ramai sangat korang nie suka sangat google pasal Ashley Khoo nie. Ishk mentang2 aku ada letak gambo dia kan masa entry TM B.Bash hari tu kan.


Siapa Ashley Khoo A.K.A Summer Ash nie kan?


Ermm cantik tak? Mestilah cantik kan. Kalau korang nak tau dia nie seorang professional online gamer. Ganas tu kan, muka cun gila tapi bila beraksi di alam maya mak ai kalah korang yang kaki game tau kan. Aku pernah tengok dia main masa kat TM B.Bash hari tu ermm memang wow wi lah. Even MrBig yang kaki gamer pun surrender bila TM offer challenge denga dia tau. Ishk kagum betulaku dengan minah nie lah.

Summer Ash tenang je ketika beraksi

Di antara screen shot yang Mr Big sempat amik


Ashley Khoo nie jugak one of the TM Unifi duta tau. Ala mesti korang perasan iklan Unifi kat tv kan. Ada budak pompuan 3 orang yang duduk kat couch tu kan, dia yang tengah tu lah.

Kalau korang nak tau sangat pasal minah ni, hah ni dia korang click je kat link bawah ni.

Kepada mamat2 yang skodeng pasal Ashley Khoo, jangan jeles aku dah amik gambo dengan dia dah

Ashley Khoo (Personal Thought) http://summerash.xanga.com/weblog/

Summer Ash (Official Website for Online Gamer) http://summerash.wordpress.com/

Hah, cepat2 click ok. Mesti korang suka kan.

Monday, December 27, 2010

Welcome To Nuffnang G+ Club

Hi Korang,

aku baru je dapat email nie dari Nuffnang pasal nie.



Ermm haruslah suka kan.Pas nie lagi lah banyak event aku dapat pegi kan.

Anyway, korang dapat tak email cam aku nie ek?

Friday, November 19, 2010

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

Hi Korang,


Korang perasan hari ni, ada satu berita di webpage Nuffnang pasal TGV telah hilang kunci bilik projector yang mana tersimpannya filem Tron Legacy yang akan ditayangkan pada 15 november pada jam 7.30malam. So mereka sekarang ni sedang menjalankan siasatan terperinci. Pelik kan, cam ne boleh hilang ek? Nie mesti orang2 yang terlalu taksub dengan filem Tron Legacy nie kan.


Best sangat ke citer tuh sampai boleh hilang kunci bilik projector tu kan, ermm korang baca sinopsis nie.



Hah, apa macam? Best tak. Aku rasa pun cam best jugak lah. So berbalik pasal cam ne korang nak tolong TGV cari balik kunci yang hilang tu. Nah, korang baca plak:

1. korang kena like fanpage www.facebook.com/TGVCinemas dan register kat sini untuk mengetahui keadaan semasa kes kunci ni

2. korang kena selalu alert dengan clue2 yang diberikan di fanpage TGV cinema tu..

poster



Tengok, TGV bermurah hati nak bagi hadiah yang best, kalau korang jumpa kunci tu lah. La tak percaya, baca lagi bawah nie :

 
TGV Cinemas and partners are giving out A Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50” 3DTV and many other attractive prizes to the ones who manage to solve the case.

So, ada berani?

Tuesday, November 16, 2010

Nuffnang Press Screening : Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1

Hi Korang,


Dengan bantuan daydeck, aku dapat jugak Nuffnang invitation for press screening Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 nie di GSC Mid Valley, semalam pagi.


Ini serba sedikit sinopsis filem nie.

Harry Potter and the Deathly Hallows merupakan series yang ketujuh dan series terakhir di dalam series filem Harry Potter, di mana ianya di bahagikan kepada 2 series yang panjang.

Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 bermula 19 November 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 akan ditayangkan 15 Julai 2011

Bahagian 1 mengisahkan Harry, Ron dan Hermione menjalani satu missi pengembaraan yang amat merbahaya iaitu menjejaki dan menghapusksn rahsia keabadian dan kuasa Voldemort – The Horcruxes. Tanpa bantuan professor dan pengetua Dumbledore, 3 sekawan ini harus saling membantu sesame sendri untuk menangani segala apa jua dugaan yang datang. Tetapi Dark Forces senantiasa akan memecah belah mereka bertiga ini.


Sementara itu, di dunia Sihir menjadi sesuatu tempat yang paling merbahaya bagi musuh Dark Lord. Peperangan yang tiada kesudahan sudah bermula dan tentera Voldemort ‘Death Eaters telah berjaya menakluki Kerajaan Sihir dan Sekolah Hogwarts. Ini kerana mereka mencari sesuatu yang bernilai untuk Voldemort iaitu Harry Potter, The Chosen One.


Harapan Harry adalah untuk mencari The Horcruxes sebelum Voldemort menangkapnya. Apakah kesudahannya, ermm korang kenalah tengok kan filem nie kat panggung.


Bagi aku, cerita nie memang best. Sound effectnya yang superb. Jalan ceritanya mudah untuk difahami walaupun ada a few babak tu nampak cam lembab sket.

So kalau korang nak tengok citer nie, please make sure korang tengok series yang sebelumnya, so dapatlah korang catch up watak2 dalam filem nie.

Rating 8.2 out of 10. I Like.. Cepat book tiket sekarang..

Wednesday, November 3, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

Hi Korang,


Rapunzel A Tangled Tale

Aku kalau dapat rambut emas 70 kaki panjang yang cantik giler nie macam Rapunzel, haruslah aku memanfaatkan sesungguh hati. Memanglah nak jaga tu susah tapi aku akan buatkan rambut Rapunzel aku nie berguna untuk aku.

So, bagi menampung perbelanjaan penjagaan rambut Rapunzel aku nie, aku akan buat business rekreasi kecil-kecilan di kawasan rumah aku nie iaitu


BUGGY JUMPING

La sebab ape? Aku kan duduk umah burung merpati (condo). Tingkat tinggi plak tu kan. So why not, aku cuba bisness nie. Lagipun kat tempat aku nie, tak de tempat untuk remaja belia beriadah. Kalau playground bebudak kecik tu adalah.


Aku buat bisnes nie on weekends je. Maklumlah time cuti kan. Semua orang ada rehat2 kat umah. So station nak lompat tu, aku buatlah booth kat tingkat yang paling atas sekali. So orang2 dari building lain pun boleh nampak.



Ala aku charge memurah je bukan harga oversea tau, lagipun aktiviti keluarga kan. Mak bapak anak2 pun pun boleh main sekali. Nanti pepandailah aku adjust ketinggian kan. Dah nama rambut Rapunzel.


So bolehlah diorg2 yang datang main nie praktis buggy jumping sebelum pi buat real buggy jumping kat oversea kan.



By the way, kalau betul2 aku ada rambut cam cik Rapunzel nie, ishk memang aku treasure bebetulah.

Tapi yang cuma ada:-

Ini je yang ado!... Cik Lily Putih Si perasan Rapunzel

La bukan apa, korang baca nie...Nuffnang la nie.. Ada nak kasi tiket wayang free lagi.

The 40 most creative blog posts will win a pair of invites to watch Rapunzel : A Tangled Tale 3D on 24 November! On top of that, we have a few prizes for those who outdo themselves in their blog post this time. Wanna know what’s up for grabs?





Oit, cepatlah join. Korang tak nak ke hadiah2 yang gerek2 nie ek?

“My Magical Journey”

Hi Korang,

Mengembara ke sesuatu tempat yang tak terfikir langsung dalam kepala otak aku nie mesti akan mengasyikkan.


Lebih-lebih lagi, beruntungnya aku kalau dapat masuk ke dunia Narnia. La korang tak tau ke Narnia tu sape? Ermm please google kat internet dan pastinya korang kan jumpa. La tak kenal Narnia lagi? Meh sini aku tunjukkan kat korang.

Apa macam? Ermm its actually  adventure movie yang akan ditayangkan Disember nanti.


So kalau aku dapat explore dalam dunia Narnia nie ek, ermmm......

Haruslah aku nak rasa cam ne agaknya dapat ada kat dalam kapal yang besar tu ek?. Memang besar giler ko..


Besar kapal adventure tu, segala jenis benda kapal tu boleh bawak. Hah nie sebelum belayar memang nampak cam comot sket.

Apalagi, dah duduk dalam kapal tu, kenalah rajin tolong2 apa yang patut di buatkan dalam kapal tu kan. Konon-konon jadi ship crew lah. Buat segala benda. Experience tu kan.


Bila dah tolong2 each other, haruslah aku dapat pujian dari Prince Caspian kan.


Terus rasa bangga sekejap lah. Tu yang duk kat anjung kapal sambil melayang perasaan kan.


Wah rasa bertambah bangga lagi, bila dengan tetiba aku muncul sebagai pekerja terbaik kat kapal tuh. Tak caya? Tengok poster kat atas tu. Itu kan muke aku , betul tak?

Korang jangan percaya, sepatah haram apa yang aku tulis kat atas tadi tu. Nie bukan apa, sesaja nak join contest anjuran Nuffnang nie. Untung2 dapat tiket 3D free untuk film Narnia yang terbaru nie.

Eh, cepatlah korang join gak, banyak hadiah best tau.
 

So, what exactly is up for grabs? The most creative blog posts will win:

Grand Prize x 1: 1 Brand New Sony Ericsson Xperia™ X10 worth RM1,999

Top 20 : 2 GSC 3-D Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader (8 December 2010 starts at 8.45 pm)

Consolation Prize x 90: 2 GSC Premiere Movie Passes to The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Trader (8 December 2010 starts at 9.30 pm )

The Blog & Win contest is exclusive to Nuffnangers but if you are keen to win more Sony Ericsson mobile phones & Movie passes, just participate in the GSC-EON Bank Credit Card contests such as Capture & Win, Share & Win and Spot & Win contest for The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. You can check all this out in their minisite at www.gsc-eonbankcard.com or Facebook Fan Page: “The Ultimate Movie Card”

Monday, October 25, 2010

Nuffnang premier Screening You Again

Hi Korang,

Ermm terlambat plak citer pasal nie sebab last week sibuk pergi course untuk jadi doktor tau. La korang tak caya ke? Tunggu nanti okeh.



Jumaat lepas, dapat jugaklah aku tiket free from Nuffnang citer You Again nie kat Cathay Cineleisure Damansara. Aku di antara orang2 yang terawal sampailah. Sempat lah pi makan kat Ikea kan.


Citer You Again nie best gak. Kelakar tau. Ala citer time sesekolah dulu. Yang asyik duk kena buli je kan. Bila dah besar yang membuli boleh jadi bakal kakak ipar yang dibuli. Hah, terus terperanjat. Disebabkan takut abang dibuli nie kena buli lagi teruk so memacam caralah yang dibuli nie memprotect abangnya dari sipembuli nie. Padahal pembuli nie dah insaf sebenarnya.


Dengan Akuzle Ayu


Ramai jugak jumpa bloggers lain seperti akuzle Ayu, Ruby,Vinnie, Nia, makdara terdiva dan Amy. Geng2 tali barut pun ada gak seperti CheArm,Sumijelly,Jejai Fink, Anakperak,Redlinda. La abis movies baru jumpa RedMummy yang padahal sebaris je duk dengan aku. Hamzah, sejak ko ada CikShara nie, k lily pun ko tak perasan ek.. ishkk menyampah tau..

Memekak2 dalam panggung sebelum citer tu start. Maklumlah ktorg duduk semuanya dekat2 belaka. Kelakar betul lah...

p/s: sesape ada gambau muke aku, bagitau tau. Nak ek? plz...

Sunday, October 24, 2010

Aku Jatuh Cinta Dengan Blackberry Torch 9800

Hi Korang,

Semakin hari semakin aku terbayang-bayangkan Blackberry Torch 9800 nie. Eh bukan aku sorang je malah MrBig pun dah berjangkit angau dengan Blackberry Torch 9800 nie. Ini kerana dalam buletin blog Nuffnang ada cerita pasal Blackberry Torch 9800 yang di lancarkan tak lama lagi nie.


Sebab apa aku kemaruk sangat nak blackberry Torch 9800? Majoriti kengkawan aku semuanya dah ada Blackberry series yang lain dan diaorg nie sibuk api-apikan aku dengan mrBig suruh tukar ke Blackberry Torch 9800 nie.


 
Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog comot aku nie tau..


Blackberry Torch 9800 ni adalah keluaran terbaru dari syarikat Blackberry yang tak asing dimuka bumi ini. Blackberry Torch 9800 ini adalah 1 smartphone hadir dengan keybord Blackberry dan dengan skrin sesentuh sebesar 3.2 inci, Antara kelebihan lain Blackberry Torch 9800 ini adalah seperti berikut:-
 

Dengan adanya Blackberry Torch 9800 ini kita semua boleh mengemas kini semua rangkaian sosial yang memang popular di seluruh dunia antaranya adalah Facebook, Twitter, Myspace, Flickr, dan banyak lagi secara mudah serta dimana jua kita berada tak kira masa.



Blackberry Torch 9800 ini juga boleh menggunakan kad memori sehingga 32 gig ini bermakna kita boleh menyimpan pelbagai data didalam Blackberry Torch 9800 anda tak kira apa jua sekali data yang ingin anda simpan seperti gambar, muzik, video serta pelbagai lagi.



Aplikasi kamera untuk Blackberry Torch 9800 ini pula dibina dengan 5MPkualitinya memang mengujakan kepada aku kerana aku memang sukakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi camera yang kualiti gambar terbaik. Selain itu kamera Blackberry Torch 9800 ini datang dengan built in flash ini bermakna kualiti gambar akan menjadi baik disertai pula dengan 11 mode imej bagi memudahkan kita mengambil gambar secara spontan.



Multi-tasks ini bermakna kita boleh membuka lebih dari satu halaman dengan tab browsing serta kita boleh "bookmark" halaman yang kita suka ini bagi memudahkan untuk kita memilih dan membuka halaman yang kita minati.


Kalau nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 ni memang sampai bila pun payah nak abis kerana banyak sangat kelebihannya, sekarang aku nak mengomel mengenai Celcom Exec 50 yang sedang hangat diperkatakan
 


Antara kelebihan Celcom Exec 50 pula adalah :-

Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
Komitmen bulanan serendah RM50
Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.


Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.

Ishk, rasa memang betul2 tak sabau lah... Tunggu BB aku datang...

Monday, October 18, 2010

Taylor's University Lakeside Campus, Untungnya Dapat Study Kat Sini

Korang,


Alangkah bestnya kalau dapat belajat kat Taylors Uni nie. Mesti rasa bangga betul lah. Yelah dulu masa time aku study, belum wujud lagi campus2 yang superb nie kan.


Kalau korang nak tau, Taylors Uni nie dulunya di kenali sebagai Taylors College kat Subang Jaya tuh. Now, diorg dah move to this new tall big white building yang ada tasik tau.

Memacam course ada

PR Taylors yang guide ktorg untuk melawat Taylor's Uni nie.

1st time lah aku masuk campus nie. Kagum jugaklah. Banyak betul facility yang disediakan untuk student2 belajar. Dari ke bermacam2 lab sampai ke library yang sejuk dan cozy tu semua aku redah.

Library dia sejuk giler, cozy je rasa.

Banyak betul lab kan

Banyak tenpat jugak lah ktorang di bawa melawat. Nah, korang layanlah gambo2 yang tak seberapa nie.

Rangka manusia pun ada

Kereta racing kat Mech pun ada

Besau tau screen mac nie. aku rasa 32' ada
 Ada lagi rangka manusia terbaring kan

Ermm mesti seronok dapat jadi student balik kan.Yelah segala facilities ada. Time aku belajar dulu, internet pun blom glamour lagi


TQ Nuffnang & Taylors. Best betul lah..

p/s: Nanti baru masukkan gambo2 korang yang cun2,cantik2,cute2,ensem2, manja2, posing2  tu tau. Skrg nak pi meeting nie. Chow..