Showing posts with label Galaxy Wonderland. Show all posts
Showing posts with label Galaxy Wonderland. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Yuna – Home [Official Galaxy Wonderland Music Video]

Hi Korang,
Ingat cerita aku pasal music video Yuna Galaxy Wonderland tuh?
Alah yang shooting pakai Samsung Note II je, canggih kan.
Video musicnya baru je official keluar baru-baru ni. Padahal aku dah lama tengok masa HOME launching premiere bulan lepas.
Memang betul-betul wonderland, semuanya di awing-awangan. Ada trishaw terbang, burung hornbill colorful dan memacam yang unik pasal Malaysia semuanya termasuk dalam video music ni
Nak tengok?
Ni kat bawah ni aku dah attached, tinggal korang click untuk view sahaja


Apmacam?
Best kan
Kalau nak lagi best, meh tengok cara pembikinan video music Yuna-Home ni



Canggih kan, aku pun sendiri tak sangka cam tu sekali jadinya.
Ok, nak layanlah lagi.
So thank you Samsung for this special project. Hopefully lepas ni Samsung dapat berkoloberasi dengan Yuna lagi ek.



Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday - Botol Wonderland

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week

Jeng jeng jeng...


Cantik tak?

Best kan.

Tapi bila korang tau apa dalamnya lagi best.

Cer teka cer teka...


Saturday, December 15, 2012

GALAXY Wonderland, Me And YUNA

Hi Korang,

Hari tuh menconteng kat BE CREATIVE, now kat Galaxy Wonderland plak.

Dah kenapa aku ni? Menconteng tak abis-abis.

Alah menconteng tu kan idea so lagi banyak menconteng lagi banyak idea timbul untuk blog aku ni ye tak.

Memang talented la Yuna ni kan, ada je idea dia nak buat lagu. Kali ni dengan Samsung Galaxy Note 2, beliau akan menghasilkan music journey berkonsepkan Malaysian. 


Aku pun mestilah nak mengoverkan diri, mana tau idea aku dimasukkan dalam video music nanti. So haruslah masuk ke website www.galaxywonderland.my ni untuk upload idea aku.


Lepas masuk kat website ni, dah boleh start create idea korang. Kat sini gak Yuna kasi guideline apa yang korang kena buat. 


Disebabkan idea aku ni tak berapa nak berkembang lagi, aku just insert gambar yang aku rasakan sesuai untuk kali pertama ni. Kemudian aku tambah-tambah  sket untuk nak kasi lagi cantik lagi hehehheheh


Kemudian kena letak addition coment untuk cantikkan lagi hasil keje korang. Aku tulis simple je


Sepatutnya kena register dulu tapi aku buat terbalik plak sebab over excited nak menconteng kan. So register letak email, password kemudian siap dah.

Nak tengok hasil karya seni aku yang pertama. Ok tutup mata jap, kemudian kira ek

1
2
3

tada...


Ala simple je coz first time cuba ni, rythm tak feel lagi. Jadi akan aku improve idea aku ni sebagus mungkin. Lagipun lukis pakai S PEN, ingat senang ke? 

Lain la kalau Samsung Note 2 tu ada depan mata kan. ehehhee of course lah aku expert melukis kan.


Ok cari idea lagi ni lah sambil minum kopi kat starbucks ni ek. Mana tau idea muncul tetiba plak kan

Korang,
jom cuba gak tau.. klik sini www.galaxywonderland.my

Cepat la ek










Monday, November 26, 2012

Join Yuna On Samsung GALAXY Wonderland


Hi Korang,

Apa plak GALAXY Wonderland ni ek ?


Ramai yang fikir ni mesti smartphone baru keluaran Samsung kan. Ermm tidak sama sekali ye. Salah tu jangkaan korang.


Will Quah as a host untuk event ni yang aku minat sejak dulu lagi, tapi nampak dia cam dah tua sket kan.. tak per I like him!

GALAXY Wonderland ni merupakan satu project khas di antara penyanyi YUNA Zarai dan Samsung untuk menghasilkan muzik video yang akan dengan menggunakan Samsung GALAXY Note II. Alah sama macam SPARKLE Project yang dulu tuh.


Sekali lagi Yuna akan bekerjasama dengan Samsung dan juga orang-orang yang talented serta para peminatnya yang kreatif dalam menghasilkan video klip berkisar kisah hidup orang kita.


“We are very excited to collaborate with Yuna once again. She is a unique srtist who embodies the unique and inspirational stories we wanted to showcase on GALAXY Wonderland. Samsung is committed to provide people with enriching experiences and creating this beautiful collection of inspiring personal stories with everyday Malaysian is yet another avenue for us to do so” said Vincent Chong, Head of Mobile Phone Division at Samsung Malaysia Electronics.


Sambil tunggu nak interview sket dengan Yuna, sempat gak aku amik  a few shot dalam Renoma Café Gallery ni, cantik sungguh interiornya. Rasa macam la kat galeri perabut yang unik.


Yuna sempat perform lagi tau, nyanyi lagu Terukir Di Bintang secara akustik. Rilek je rasa bila dengar.

Kurus + gemuk = ktorg memang comey ehhehe

So apa lagi korang pun boleh submit segala inspirasi korang di GALAXY Wonderland’s online portal galaxywonderland.my so Yuna boleh gunakan segala inspirasi korang ni sebagai idea untuk menulis lagu baru nanti.

Best kan, glamer lah korang nanti ek.


Perjalanan kisah seni Yuna ni korang boleh tonton secara berseries di Astro Ria tau. Nanti dia citer lah apa yang menarik untuk dalam kisah di Wonderland tu ek.


Tengok aku pun dah di Galaxy Wonderland kan. Comelnya gambo aku di edit dengan Samsung GALAXY Note II.


Untuk lebih info pasal GALAXY Wonderland dan juga Samsung GALAXY Note II, korang rajin-rajinlah ke galaxywonderland.my atau ke Facebook (FB) Samsung Mobile Malaysia https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia

p/s : Some photos by SONY a300. Cantik gak ek.