Hi Semua,
GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit.
Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden.
Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata, Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring dengan perubahan keperluan pelanggan. “Giant Destina Putrajaya menggabungkan nilai yang sinonim dengan Giant dengan pengalaman membeli-belah yang lebih moden dan lengkap. Dengan akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, kami berharap cawangan ini dapat memberikan lebih kemudahan kepada penduduk, penjawat awam, warga kerja serta komuniti komuter di Putrajaya,” katanya.
Majlis pelancaran Giant Destina Putrajaya telah disempurnakan oleh En. Cheah Yong Hock, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Pn. Linda Phang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, En. Ikhwan Hamzah Azizan, Senior General Manager, KLCC Holdings Group Commercial & Development dan Encik Pardon bin Munawar, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam.
Antara tarikan di Giant Destina Putrajaya ialah pilihan sajian menerusi Uncle Jack Fried Chicken, Sudut Nasi Campur dan Kyojin Sushi, selain Mercato Café & Bakery yang menawarkan kopi, roti sourdough yang dibakar segar serta pilihan pastri. Pelanggan turut mempunyai akses kepada produk kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan menerusi MY CHEMIST Hub
Pembukaan Giant Destina Putrajaya turut diraikan bagi menerusi aktiviti bersama pelanggan dan pengguna komuter, penduduk Putrajaya dan warga kerja sekitar Putrajaya melalui pesta “Jalan Jalan Cari Jajan” dari 13 - 31 Ogos 2026 yang menampilkan pelbagai jenis snek kudapan dan minuman yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada penawaran istimewa Giant kepada pelanggan, Giant juga memperkenalkan penghargaan khusus buat penjawat awam dan pesara bagi rangkaian makanan mereka iaitu Uncle Jack, Mercato Café dan Kyojin Sushi. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Giant dalam menyediakan pengalaman membeli yang lebih bernilai dan menyeluruh kepada pelanggan.
Giant Destina Putrajaya mencerminkan komitmen GCH Retail untuk terus menyediakan pengalaman membeli yang lebih mudah, lengkap dan bernilai kepada pelanggan, selaras dengan keperluan gaya hidup moden kepada penduduk Putrajaya.
.jpg)




No comments :
Post a Comment