Showing posts with label Chef Rose Weiss. Show all posts
Showing posts with label Chef Rose Weiss. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Aku Masak Spagheti Carbonara Chef Rose, Sedap..

Hi Korang,

Cuti-cuti ni memang aku duk berumah tangga kat dapur ni.

Dah nama pun cuti so malas nak kuar rumah, so masak apa je yang ada dalam fridge ni. So aku terjumpa krim masak, daging meatloaf, cheese, button mushroom, bawang-bawang semua ada, pasta memang dah siap standby kan.

So tengok aku masak apa? jeng jeng jeng

Spaghetti Carbonara

Resipi ni aku cilok dari FB Selera TV3. Alah yang Chef Rose jadi host tuh. Masa dia masak tu aku tengok macam mudah je so terus aku amik resipinya dah try buat la.


Kalau korang baca resipinya memang senang nau, ikut je segala step dalam resipi tuh.Tapi aku punye tu kuahnya cair sket sebab aku nak berkuah, baru masyuk.





Apalagi korang pun boleh cuba gak, bila dah tak tau nak masak apa lagi kan.

Selamat makan korang!






Sunday, September 30, 2012

Celcom Cupcakes Challenge Finale @ Publika Solaris Dutamas

Hi Korang,

Hari tu aku kan ada join baking workshop untuk Celcom Cupcakes Challenge kan? Semalam merupakan Finale bagi cabaran tersebut.



Bertempat di Publika, Solaris Dutamas seramai 55 finalist bertanding untuk mendapatkan wang tunai dan smartpHone S3. Aku berkesempatan untuk ke majlis penutup ini.





Para finalist cuma dikehendaki menghias cupcakes yang telah disediakan mengikut gambar hiasan yanG telah di upload di fanpages Celcom Cupcakes Challenge. Dalam masa 1 jam ni, aku tengok mereka bersunGGuh-sunGGuh untuk menyiapkan kek-kek cawan yang comel ini. 


Pertandingan ini di adili oleh celebrity chef terkemuka iaitu Chef Rose Weiss (rancangan Selera TV3), Chef Sherson Lian (rancangan 5 Rencah 5 Rasa) dan Chef Dato' Fazley Yaakob (rancangan MasterChef Selebriti). Aku rasa diorang mesti pening nak memikirkan siapa yang patut menang sebab banyak sangat design yang menarik.

So ini dia pemenangnya :-



Congrats to Vincent Liew, Juneci Siong & Mac Leong - our Top 3 winners 



Tahniah kepada semua pemenang!



Terima kasiH kepada Celcom yang sudi menjemput aku ke Finale Celcom's Cupcake Challenge ni, memang best sangatlah. Rasanya kalau ada lagi pertandingan seperti ni aku pun nak join gak. 


Meh check it out Celcom links below on Facebook about Celcom's Cupcake Challenge: