Tuesday, December 8, 2020

‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR’ Kembali Untuk Musim Kedua

Hi Korang,

‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua! Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020. Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh disaksikan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak. 



MLS menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular. Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin! Bertindak sebagai Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam. 



Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, “Penganjuran Muzikal Lawak Superstar untuk musim kedua ini adalah satu kebanggaan bagi kami. Dengan kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal. Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan konten yang lebih segar, lagi berkualiti demi menepati kehendak audiens. Dengan penglibatan nama-nama ‘heavyweight’ atau besar seperti Dato’ Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan. Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami!” 


TRIVIA MENARIK ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2’ 

▪ MLS musim kedua mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan. 

Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas. 

▪ Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya. 

▪ Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘star’ ini adalah eksklusif untuk Dato’ Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap. 

▪ Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat ‘berpesta klik’ antara satu sama lain! 

▪ Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka. 

▪ Izzue Islam dan Riena Diana muncul sebagai hos bagi Muzikal Lawak Superstar Live+ yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak, mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program virtual berdurasi 60 minit itu bakal berinteraksi bersama peminat disamping menyingkap kembali persembahan para peserta. 

▪ Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan RM10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan. 

▪ Stesen SINAR hadir sebagai radio rasmi bagi musim terbaharu MLS, manakala rakan media rasmi adalah Zon Lawak yang hadir dibawah jenama Astro Gempak. 


BARISAN PESERTA ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2

Nama Kumpulan : UNI 
Ahli Kumpulan : Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC 

Nama Kumpulan : J-BORN 
Ahli Kumpulan : Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman 

Nama Kumpulan : STAMP 
Ahli Kumpulan : Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura 

Nama Kumpulan : GOJES 
Ahli Kumpulan : Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor 

Nama Kumpulan : ABC 
Ahli Kumpulan : Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B 

Nama Kumpulan : HEART 
Ahli Kumpulan : Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers 

Nama Kumpulan : TERUNA 
Ahli Kumpulan : Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari 

Nama Kumpulan : ZOMBI 
Ahli Kumpulan : Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn 

Nama Kumpulan : VIRAL 
Ahli Kumpulan : Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman 

Nama Kumpulan : ZUZUZU 
Ahli Kumpulan : Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF 

Nama Kumpulan : MASHUK 
Ahli Kumpulan : Syuk, Achey Bocey, Mark Adam 

Nama Kumpulan : LEKLU 
Ahli Kumpulan : Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo 

Nama Kumpulan : JAGO 
Ahli Kumpulan : Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas 

Nama Kumpulan : PUPPET 
Ahli Kumpulan : Shariff Zero, Rul Puppet, Wan Puppet 


LANGKAH-LANGKAH MENGUNDI 


1. Layari laman web rasmi MLS di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar dan log masuk ke akaun Astro atau Facebook anda. 

2. Anda mempunyai 20 undian pada hari Sabtu hingga Khamis, dan 50 undian pada hari 

Jumaat untuk mengundi kumpulan kegemaran anda. 

3. Undian dalam talian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos pada akhir rancangan setiap minggu. 

4. Undian akan dibuka semula setelah program minggu itu selesai.

No comments :