Thursday, November 1, 2018

Promosi Perkahwinan Di Holiday Villa Subang Sempena TCE Wedding Expo 2018

Hi Korang, 

Weekend lepas kak lily berkesempatan ke promosi pameran perkahwinan di Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang sempena TCE Wedding Expo 2018. 


Walaupun hotel ni telah lama bertapak di Subang ni tapi kemudahan dewannya up to date wokeh. 

Ia adalah masa yang tepat untuk bertemu satu sama lain dengan pihak perancang perkahwinan professional dan melihat apa yang pihak hotel boleh tawarkan termasuk sampel reka bentuk, pameran, pakej dan idea inovatif untuk perkahwinan korang yang akan datang. 

Sini kak lily tunjukkan beberapa gambar untuk panduan korang ek...





Terdapat 3 ballroom perkahwinan yang berbeza iaitu Ballroom Victoria, Klasik dan Vintage. Ballroom Victoria mempunyai dekorasi perkahwinan yang bagus dan kemas dengan beberapa tempat foto yang kak lily rasa cantik untuk di potretkan iaitu di pintu masuk, taman, kawasan mocktail dan dewan pernikahan. Sesuai untuk kaki instagrammer #OOTD. 





Luas dan besar, boleh memuatkan 600 - 1000 orang dalam satu-satu masa. Senanglah sekali jemput dalam satu dewan tak yah nak pening-pening nak buat 2-3 majlis kan.


Kemudian kak lily dapat merasai ni ‘Chinese Wedding Menu’ yang di hidangkan di The Inn Of Four Season Restaurant. 


Di antaranya seperti Deep fried Momo Cheese Roll, Steamed Bamboo shoot roll with Tobiko, Miniature Braised Seafood Soup with Crab Roe in Shooter, Steamed Chicken with Chinese Herbs, Deep fried Seabass Chef Special dan Salted Egg Prawn with Golden Oats

Deep fried Momo Cheese Roll, Steamed Bamboo shoot roll with Tobiko

Deep fried Seabass Chef Special

Salted Egg Prawn with Golden Oats

Steamed Chicken with Chinese Herbs

Mesti korang fikir yang harga pakejnya "Sangat Mahal" untuk mengadakan perkahwinan di hotel. Tetapi menghairankan, pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Holiday Villa Subang adalah berpatutan dan pihak hotel menawarkan pakej All-in-One atau menyesuaikan mengikut keperluan pelanggan. Best kan tuh!! 

Holiday Villa Hotel and Conference Centre Subang akan menawarkan diskaun 10% eksklusif pada bulan hadapan sempena Ekspo Perkahwinan TCE 2018 di Mid Valley Exhibition Centre dari 9 - 11 November 2018 di Booth No. 2 


Pasangan juga akan berpeluang menyertai cabutan bertuah semasa pameran selama tiga hari itu. Beberapa hadiah cabutan bertuah adalah 3D2N menginap di Kuta Wina Holiday Villa Bali, diskaun baucer dari Pointers Jewellers dan Pick A Gown bridal house di sediakan untuk di menangi. 


Untuk korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Promosi Perkahwinan ini ni boleh ke website http://www.holidayvillasubang.com.my/ atau email ke : weddingplanner@holidayvillasubang.com.my atau telefon di +603 50227829. 


Jom kita ke : 

HOLIDAY VILLA HOTEL & CONFERENCE CENTRE SUBANG
9, Jalan SS 12/1, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan 

+60 3 5633 8788 
+60 3 5633 7449 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 

So korang yang duk sibuk tercari-cari tempat untuk melangsungkan hari pernikahan bolehlah ke TCE Wedding Expo 2018 nanti ek













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

OKje said...

Seronoknya dapat kawen dalam dewan yg cantik dan selesa mcm ni ye..... Tak perlah rezeki memasing. Kita dulu buat kenduri kawen kat kg je hihi.....