Monday, October 24, 2016

Jom Airfry Bersama PHILIPS Grand Finale Cook-off

Hi Korang,

Last 2 week, aku sempat ke pertandingan memasak menggunakan airfryer anjuran Philips dan Institut Jantung Negara (IJN) bagi program FATCHECK For A Healthy Heart yang berlangsung di Tropicana Shopping Mall. 

Alah aku tak masuk pun lah just jadi jemputan media je hhehehehhe


Pertandingan Jom Airfry dan Menang dianjurkan bagi menyokong keraian Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia, yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular (CVD). Sejajar dengan kempen ‘Power Your Life’ oleh Persekutuan Jantung Sedunia, Philips mensasar untuk menggalakkan orang ramai menyandang tanggungjawab peribadi dalam mengamalkan gaya hidup mesra-jantung, bermula dengan pemakanan yang sihat. Untuk pertandingan ini, peserta dalam pasukan berpasangan perlu menghantar resipi rendah-lemak untuk hidangan mesra-jantung yang disediakan menggunakan airfryer bagi melayakkan diri. Pasukan finalis kemudian dipilih berdasarkan betapa sihatnya dan cara penyampaian hidangan mereka, cara kreatif menggunakan airfryer selain kisah peribadi peserta mengenai penggunaan airfryer. 


“Fokus Philips dalam kesihatan jantung merangkumi pencegahan, diagnosis dan rawatan. Kerjasama baru kami dengan Persekutuan Jantung Sedunia adalah elemen penting dalam komitmen kami untuk memacu pencegahan CVD dengan mengutarakan faktor risiko yang dikaitkan dengan CVD dan membantu orang ramai membuat pilihan lebih baik dan mengamalkan tabiat lebih sihat seumur hidup,” kata En Muhammad Ali Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia. “Ini juga tahun kedua kami bekerjasama dengan IJN bagi program pendidikan masyarakat FATCHECK For A Healthy Heart kerana ia adalah misi bersama kami untuk mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam di kalangan orang ramai mengenai pemakanan mesra-jantung.”


“Tahun ini, kami gembira melihat penyertaan daripada mereka yang gemar menghidangkan makanan airfry dan sedar mengenai pengamalan gaya hidup sihat menerusi hidangan yang mesra-jantung. Dengan alatan dapur seperti Philips Airfryer Turbostar, Philips mahu terus membaiki kehidupan dengan menawarkan produk serba inovatif,” tambah Encik Ali. “Philips Airfryer Turbostar adalah alatan terbaru dalam rangkaian alatan dapur kami. Dengan alat ini, kami menawarkan pilihan menikmati masakan mesra-jantung dan rendah-lemak yang mudah dan tidak renyah tanpa mengetepikan rasanya. Hidangan yang disediakan hari ini oleh para finalis dengan minat mendalam mereka terhadap teknik airfry adalah contoh yang baik untuk menunjukkan kebolehan Airfryer dengan menggunakan sedikit atau tiada langsung minyak,” tambah Encik Ali.


Sebelum acara Grand Finale Cook-off, kelima-lima pasukan finalis menghadiri sesi masterclass di mana mereka berpeluang belajar daripada Chef Selebriti Zamzani Wahab dan Puan Mary Easaw, ketua pakar diet daripada IJN, masing-masing mengenai memasak semasa tertekan dan keperluan nutrisi yang disyorkan. Kesemua pasukan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka daripada masterclass ini dalam pertandingan peringkat akhir hari ini. 






Untuk menambah cabaran pada para finalis, pertandingan akhir memaparkan sebuah kotak misteri yang mengandungi bahan rahsia yang perlu digunakan di dalam hidangan akhir. Dalam masa sejam, para peserta perlu memasak dua hidangan untuk dua orang membabitkan hidangan utama bernutrisi dan rendah lemak serta pencuci mulut, menggunakan Philips Airfryer. 

“Mengurangkan pengambilan lemak telah menjadi antara cabaran terbesar untuk penduduk di Malaysia. Malah, Tinjauan Nutrisi Dewasa Malaysia pada 2014 mendapati kebanyakan kita makan terlalu banyak lemak, dan pengambilan median 46.43 gram sehari. Pemerhatian ini amat signifikan kerana pengambilan lemak berlebihan meningkatkan risiko serangan jantung. Tambahan lagi, Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 30% rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan 17.7% daripada mereka adalah obes. 47.7% juga mempunyai kolesterol tinggi. Ini amat menggusarkan bagi Malaysia. Hakikatnya, lebih 90% pesakit jantung mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kardiovaskular – yang turut diberi penekanan oleh inisiatif Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan Malaysia – Sindrom Koronari Akut (NCVD-ACS),” kata Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN.

Peringkat akhir pertandingan telah diadili oleh Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Puan Mary Easaw, Chef Selebriti dan penulis buku resipi Marina Mustafa dan Encik Muhammad Ali Jaleel. Hidangan telah diadili berdasarkan rasa, persembahan dan nilai nutrisi. 


Pasukan yang menang membawa pulang hadiah yang berikut:
  • Pemenang Utama – Produk Philips bernilai RM10,000 dan Pakej IJN Men and Women Wellness bernilai RM3,000
  • Pemenang Tempat Kedua – Produk Philips bernilai RM7,000 dan Pakej IJN Essential Wellness bernilai RM1,900
  • Pemenang Tempat Ketiga – Produk Philips bernilai RM5,000 dan Pakej IJN Essential Wellness bernilai RM1,900
  • Pemenang hadiah saguhati – Pakej IJN Fitness and Wellness bernilai RM1,500

Selain daripada pertandingan akhir Jom Airfry dan Menang, siri jelajah hujung minggu di Tropicana City Mall bersempena pertandingan akhir ini menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada 100 pengunjung pertama oleh IJN, promosi pakej IJN Wellness dan pameran produk Philips. 

Untuk informasi lanjut mengenai program dan pertandingan FATCHECK For A Healthy Heart, layari www.fatcheck.my atau www.facebook.com/MyFatCheck

No comments :