Wednesday, February 13, 2013

REVIEW | Filem GANGSTER CELOP

Hi Korang,

Last week dapat jemputan ke preview filem Gangster Celop ni.


Lama betul tak tengok wayang citer melayu, so ktorg pun decide pi lah coz buat kat E-Curve Mutiara Damansara yang banyak parking kan.

Yang bestnya, aku tak tau pun ada blogger HANIS ZALIKHA berlakon as main actress dalam citer. Bila time memperkenalkan artis tu barulah aku nampak muka dia.

Ishk langsung tak mengikut perkembangan zaman aku ni ek!


Buat julung kalinya, filem arahan Ahmad Idham ni menggabungkan dua syarikat produksi yang cukup dikenali iaitu Skop Productions dan Excellent Pictures bersatu menghasilkan filem aksi komedi ini. Beliau mengambil masa tak sampai 6 bulan untuk sessi penggambaran. Cepat kan.


Ok meh baca dulu sinopsis filem Gangster Celop ni ek

'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.



Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.


Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama.


Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru, Hanis Zalikha, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara.

Para pandangan aku :-

1. satu filem aksi komedi yang kelakar. Tak sampai 5 minit yang pertama ktorg dah mula gelak. Pendek kata sepanjang tayangan tu duk bantai gelak la.

2. First time rasanya Yus Raja Lawak berlakon as one of the main character dalam filem. Kita tau dia memang kelakar tapi dalam filem ni dia lebih kelakar yang amat. Memang sesuai jadi ayahanda gangster.

3. Jalan cerita nampak macam straight forward but it’s actually ada twist kat situ yang korang tak akan perasan until penghujung cerita.

4. Kalau korang pernah tengok lakonan Kamal Adli dalam Kembar Siang yang ala-ala blur tuh, watak blur tu dikembangkan lagi dalam filem ni tapi blur yang bijak dan educated. Siap speaking London lagi tau but in ‘blur’ way.

4. Syamsul Yusof memang tak boleh buat watak kelakar tapi dalam filem ni dia menyokong watak Kamal Adli tu yang sampai nampak dia jadi kelakar.

5. Aku rasa dialog Hanis Zalikha sket sangat, dia lebih banyak dengar dan observe. Kalau more dialog lebih menarik watak Suzana tuh. Overall wataknya hidup sangat, sebagai anak orang kaya yang baru pulang dari London.

6. Azad Jazmin memang terbaik kalau jadi gangster, giler sungguh. Bayangkan gangster Penang cakap ala-ala Jepun ke Cina ek. Memang tak terjangkau di minda

7. Ending yang amat tak di sangka. Full of action.hakhakahhakha

So overall Mr Big kasi 3.5/5 star dan aku plak kasi 4/5 star. Biasalah taste kita berbeza kan.

Nak tau ending?

Ermm

Takkan aku nak spoil plak kat sini. Baik korang pi tengok kat panggung sendirilah. Memang sesuai untuk nak release tension keje korang tu kan. Tayangan filem Gangster Celop ni bermula pada 21hb Februari 2013 di semua pawagan kat Malaysia ni.

Terima kasih kat Ruby dan Exellent Pictures coz sudi jemput ktorg ni.Lain kali jemputlah lagi ye.


some pics : cilok dari Google.com dan uzairothman.com





10 comments :

Akupenghibur.com said...

wahhh tak sabar nak tegok nie :)

hazman aka species1980 said...

ruby ada offer time screening nie.... tapi keje petang pulak... huhuhu... tunggu aku buat movie marathon laa....p/s : okey gak la template baru nie

Fifi Nadhrah said...

macam best je cerite ni.. nak tengok jugak la nanti..

Suria Amanda said...

tgok mcm best..tp nak tunggu kat astro first la nampaknya sebab dah x pernah pi tgok wayang...

mizzura said...

oke tak adik hanis kita berlakon..tengok gambar atas macam segan je..hehe..murah rezeki hanis..macam2 offer dapat..

Ridzwan Mohamed said...

menunggu gak citer ni!

Ma'am IEDA said...

Tukar layout ekkk...

mfadhlan said...

belum keluar wayang lagi ni...macam best je.

Hunny Kitty said...

tak sabar nak p tgk~

Jeff Lee said...

Filem nie memang lucu.
Jeff Lee