Wednesday, April 1, 2015

Blogger Bukan Peramal Keuntungan Perniagaan

Hi Korang,

Sejak jadi blogger yang suam-suam kuku yang bajet retis ni, aku memang selalu dapat pertanyaan mengenai bagaimana nak beriklan di blog aku. Alah blog aku bukan ada apa special pun but maybe diorang ni tertarik dengan cara aku menulis kot 

mari-mari join sama saya ini bisnes ye

Hehehehe.. masuk tong drum angkat sendiri, tong drum pecah jatuh terduduk kan.. hahahahaha mongok punye Cik Lily Putih ni tau. 

BUT THIS IS TRUE!!!

Memang sangat banyak. Ada yang nak beriklan di blog, ada yang nak just shoutout di instagram sajor, ada yang suruh review product, ada yang ajak pi food review, ada yang ajak pi resort bercuti kat tempat diorang dan memacam lagi. Tulis pasal bengkel kereta pun hado gak tau. 

So bersyukur sangattt.

Tapi aku tak delah tamak pun, kalau ada kesempatan aku pi buat, kalau aku rasa sesuai dengan content blog aku then aku pi review bukan semuanya aku sapu ek. Sudahnya aku pi rekemen kat blogger lain jelah yang boleh buat tapi kalau client tak mau, nak buat cam ne kan. 

Ini kisah 3-4 minggu lepas..

Client M : saya berminatlah nak beriklan di blog Cik Lily Putih ni

CLP : ermm tak jadi masalah, asalkan kena dengan terms dan conditions ni, saya ok je.

Client M : Pasal bayaran cam ne plak?

CLP : depends pada budget Encik M, kita boleh workout daripada budget yang encik sediakan tuh. Semua ni negotiable. Saya bukan apa, nak tolong orang melayu kita ni je dan tak nak manipulasi harga blogger rate yang lelain. So saya kena ikut harga market yang bersesuaian.

fuh kiri fuh kanan, berkat doa baginda Ali..

Client M : Soal budget tak jadi masalah. Kalau awak cakap RM700-800 untuk satu review ni pun saya ok tapi awak boleh janjikan pulangan berlipat ganda ke daripada amount yang saya bayar pada awak tuh? Contoh macam, saya bayar awak RM700 untuk satu review tapi awak boleh gerenti ke saya boleh dapat pulangan RM7000 pulak.

CLP : gulppp.. (telan air liur kejap) Ni saya nak bagitau pada Encik M la ye, saya ni bukan kerja kat pasaran bursa saham yang boleh ramal keuntungan produk Encik dan saya rasa sepanjang saya jadi blogger ni belum pernah saya dengar ada kursus untuk blogger jadi peramal keuntungan yang boleh janjikan sesuatu bisnes tu maju. 

meh anak tengok, bisnes kita da untung ke tidak ye

Client M : Jadi awak tak boleh bagitau berape keuntungan ROI (return of investment) saya la ye..

CLP : Memang tak boleh la Encik M, saya menulis blog hanya untuk membantu Encik M spread the news all over the internet sahaja, yang lelain berganutng kepada Encik sendiri. Kalau service Encik tak bagus, barang pun tiruan, makanan pun tak sedap, pekerja pun cam jahanam, saya rasa Encik boleh fikir sendirilah ye berapa keuntungan ROI Encik.

Client M : Ermm tak perlah kalau cam tuh, saya boleh cari blogger lain yang boleh menjanjikan R.O.I yang bagus.

CLP : Insyallah kalau Encik dah niat cam tu ye..



Selang 3-4 hari kemudian..

Client M : Salam Lily, saya nak offer lagi sekali projek review tu dengan awak lah..

CLP : Mintak maaf Encik M, saya tak boleh menjanjikan ROI yang cantik ye. Saya takut bila saya accept offer Encik ni saya jadi tak ikhlas masa buat review nanti. Terima kasih

Ko rasa ape??

Sakitnya ku di sini di dalam hati ku. Dah memang kerja blogger ni spread the news mengenai service / food / product yang untuk meningkatkan lagi pasaran menda-menda ni tapi tak delah sampai boleh cakap hah mesti masyuk ni kan. Rezeki ni semua di tangan yang kat atas tuh, kalau dia kata untung then untunglah. Kalau dia kata sebaliknya mesti ada hikmah punya. 

Yang penting usaha untuk memasarkan sesuatu bisnes tuh.

hah meh tengok dalam teluk jampi ni ek

Ok ok lepas ni nak pi cari mangkuk jampi cam Pak Belalang tu ek, untung-untung aku boleh ramal yang aku akan jadi mak tak lama lagi kan hehehhehhehe.. ishk mengarut sungguhlah!

Anyway, korang yang berminat nak beriklan di blog aku ni don't worry la ye. Just email to ciklilyputih@gmail.com untuk info lanjut. Nak review produk sahaja boleh, nak ajak pi makan boleh pendek kata semua boleh ye hehehehhehe

credit photo : google.com


Tuesday, March 31, 2015

Isi Borang Income Tax e-Filing – LHDN

Hi Korang,

Dah lama tak update blog kan, tup-tup hari ni tulis pasal cara isi borang income tax plak. 

Ishkk bengong Cik Lily Putih ni tau

Mr Big dah bising kat aku dari 2 minggu lepas lagi suruh submit sekali dia punya. Ktorang dah siap isi semua cuma belum hantar je lagi kan, biasalah cari surat declaration insurance untuk tahun lepas ntah mana letaknya. Sudahnya sampai hari ni pun belum hantar lagi. 

Pagi tadi masa on the way pi keja dalam kereta dengar berita kat radio yang mengatakan, kalau submit lekas pada sesiapa yang ada lebihan bayaran, boleh dapat dalam masa 2 hari sekurang-kurangnya kalau tak de apa masalah.

Ermm 2 hari tuh!!!

Cepat betul kan. Agaknya sistem e-filing ni lagi effektifnya, sebab semuanya online. Boleh tengok satu per satu info mengenai kewangan seseorang individu tuh. 


Sesampai office, apa lagi ON laptop terus log in menerusi website yang HR aku dah siapkan awal-awal. HR aku ni setiap minggu anto reminder suruh submit je income tax form ni. Bukan apa, dia pun takut kena kerja dengan LHDN kann sebab tak remind staff suruh buat. Aku agak je hehehhehe

Arr lega rasanya dah submit. 

Tekan sana sini, isi tempat kosong berdasarkan borang EA korang yang HR bagi tuh then settle.

Alhamdulillah ada lebihan bayaran jugak tahun lepas punya, cukuplah buat belanja makan kat TGIF lagi sekali kan.

Korang jangan lupa plak, isi jangan tak isi.

Aku cuma ingatkan sajo…

Cuti holiday? ermm nanti la dulu ek


Friday, March 27, 2015

Senarai Pemenang Giveaway ‘Cik Lily Putih’ Untuk Ammeltz Yoko Yoko

Hi Korang,


Dah tutup giveaway Ammeltz Yoko Yoko kat blog Ciklilyputih ni kan.Tulah sapa suruh tak join kan. Alah next time ada lagi nanti.

Jeng jeng jeng..




2. Moyo




Tahniah kepada semua pemenang


Ok urusan penghantaran produk akan diuruskan secepat mungkin so sila bersabar ye

Yang lelain tuh, dont worry ada lagi giveaway lelain ek